||| Tercari² |||

Saturday, October 29, 2011

Tahniah #OctTwtFest!!! [VLOG]

Salam Pojiepeeps,

Bagaimana cuti sambutan Deepavali haritu? Ada yang buat open house? Tak invite Pojie pun tau. Kita dah la mengidam makan laddu dan maruku yang sedap². Huhu. Oklah buat korang yang dah datang ke #OctTwtFest minggu lalu bagaimana? Best tak? Bagi yang tak sempat hadir, nak tau best ker tidak, betapa terujanya Pojie di sana, boleh layan vlog yang telah Pojie sediakan, dan silalah komen.


Apa² pun tahniah diucapkan buat orang² kuat #OctTwtFest dan juga korang semua yang telah berjaya memecahkan rekod dunia seramai 2,288 orang [KLIK]. Wah, memang nombor sangat "ong" tuh! Bukan itu sahaja malahan juga dapat unlock epic swarm badge seperti yang telah diharapkan sebelum ini.


Sehingga kini, Pojie terasa kemeriahannya, rasa sangat best dan terhibur semasa berada di sana. Berjumpa dengan kawan² baru dan lama. Kawan² yang selama ini muncul di timeline dan mention, kali ini dapat bersua muka, berlaga pipi dan perut. Huh, bukan selalu tau! Antara teman² retis yang dapat bertentang mata, bertentang lensa camera adalah...


Mengikut arah jam: @neyrashazeyra @AidaSue @zullicious @NurAizuddin @AmalEspraza @Ariffmasrom @EmanTheHalia @AslannAs @tetaufiq @jellyboone 


Mengikut arah jam: @tetaufiq @nemomimosh @taufiqhelios @Afnie_Lan @nemomimosh @hazeecsulaiman @azfarul @FazleyYaakob @ImranAjmain 


Bersama retis (aka penari Siti Nurhaliza); @NazimNasri 

And last but not least; my kembar Hafiz Chopp (dia takde Twitter ek?)

Actually ramai lagi, tersangat ramai yang Pojie terjumpa di sana dan tak sempat nak snappy² memandangkan orang yang terlalu ramai macam ulat taik. Ada juga teman² Twitter yang datang tetapi tidak dapat ditemui kerana tak cam muka. Mungkin lepas ini pihak pengurusan boleh memikirkan sesuatu cara dan langkah untuk semua tweeples saling mengenali dari jauh. Maybe adakan tag nama dan dilekatkan di baju masing² instead of riben kan. Kalau tidak, nampaknya terpaksalah lepas ini Pojie akan buat button atau nametag dengan nama sendiri. Tak pun topi ker kan, sebatu orang dah nampak. Kaoo mampooo??! Apa² pun terima kasih yang tidak terhingga kepada teman² lama dan baru yang sudi bertegur sapa dan borak² dengan Pojie haritu. Dan terima kasih juga buat #tunangkite merangkap cameraman bidan terjun untuk vlog Pojie pada hari tersebut.

Thank you sayang...

Jadi korang jangan lupa layan vlog Pojie atas tuh dan komen. LRT pun kalah dengan kelajuan Pojie. Haha. Semoga kita bertemu lagi tahun hadapan, insyaAllah. Alah, tak perlu tunggu twtup tahun depan jer kan, kalau rasa² ada kawan² yang nak ajak jumpa lepak sama², mention jer @Pojiepooh, insyaAllah permintaan korang akan ditunaikan andai ada kelapangan masa dan keadaan yang mengizinkan. Nak jumpa di #TwtupKaseh 3.0 pada 13 November nanti pun boleh. Sehingga bertemu lagi lain kali...

See ya!!!
Hanya satu,

Friday, October 28, 2011

Premiere Screening; Don’t Be Afraid Of The Dark

Hi Pojiepeeps,


Dah 2 minggu berturut² Pojie pergi ke GSC Midvalley menonton filem hantu seram nih. Kalau last week Pojie tengok paranormal Activity 3, tetapi pada hari Selasa baru² ini Pojie telah pergi menonton Don't Afraid Of The Dark, atas ihsan @namqulida yang mendapat tiket melalui ChurpChurp. Kira Pojie replace tempat dia malam tuh. Cerita yang Pojie kira mengecutkan juga buat Pojie yang takut dengan kegelapan ini. Cerita remake dari cerita asal pada tahun 1973, diarahkan oleh Troy Nixey berdasarkan skrip oleh Matthew Robbins and Guillermo del Toro. 

The story centers on Sally a young girl (Bailee Madison) who is set 
to live with her father (Guy Pearce) and his girlfriend (Katie Holmes) 
in an old mansion they are renovating. She unwittingly unleashes malevolent creatures that try to destroy her entire family." [KLIK]


Kesian tau budak nih duduk kat rumah ayah dia yang besar dan spookie. Ayah dia yang terlalu busy dengan urusan kerja dengan ibunya yang tidak mengendahkanya membuatkan dia rasa terpinggir. Dia mendengar suara² dari basement yang membuatkan dia eager untuk mengetahui lebih lanjut. Memandangkan suara² itu menginginkan dia untuk menjadi kawan, membuatkan dia telah melepakan "makhluk" yang sebenarnya berbahaya buat mereka sekeluarga.


Lama kelamaan budak perempuan tuh realize makhluk itu adalah ancaman untuknya lalu meminta pertolongan keluarganya tetapi tidak diendahkan. Makhluk yang takut kepada cahaya itu mula menganggu keluarga tersebut semata² ingin mendapatkan budak perempuan itu. Apa terjadi seterusnya? Saksikannya sendiri di pawagam berhampiran anda. So far dah keluar since 26 Oktober lalu...


Scary tak??!

Hanya satu,


Thursday, October 27, 2011

Selamat Pergi Sayang... RIP

Salam Pojiepeeps,

Mungkin dalam kegembiraan ada kedukaan. Setiap yang bernyawa pastinya akan mati. Begitu juga dengan manusia, apatah lagi binatang. Biarpun seteguh mana sayang, bila tiba masanya, yang bernafas pastikan terhenti. Itu juga yang terjadi kepada LV, teman kepada Prada. Anak² kecilku yang manja, yang nakal dan degil, yang sering menceriakan hariku seperti yang pernah ku coretkan di sini dan sini. Kini LV telah pun pergi. Ketiadaannya hanya disedari tengah malam semalam, tatkala pulang ke rumah...


Melihatkan si kecil LV terbaring kaku, keras dan kejung membuatkan hati aku hiba. Sayu hatiku tatkala tidak sempat memberikan makanan kegemaran dia yang ingin ku berikan hari ini. Tak sampai impian aku mahu membawanya berjalan2 di pejabatku, seperti dulu. Semua tidak kesampaian. Hari ini, kelak ku semadikan di sebuah perkuburan kecil tanpa bertanda, agar sayangku pergi dengan aman. Maafkan papa yang tak bisa menjagamu dengan sebaik mungkin. Mesti ada terlebih atau terkurang sehingga kau pergi meninggalkan papa bersama Prada. Dan semoga Prada tidak kesunyian lagi tanpa temannya di sisi...



Goodbye LV.
Rest in peace...

Hanya satu,


Wednesday, October 26, 2011