||| Tercari² |||

Tuesday, July 26, 2011

Alalala, buah hati papa!

Salam,

Actually Pojie dilahirkan sebagai anak sulung dari 6 orang adik beradik. Masa kecil² dulu Pojielah yang rajin menjaga adik². Tolong mandikan, tolong bersihkan berak kencing, tukar lampin, tolong dodoikan, uishh best ok. Yang last tuh paling best bila Pojie dapat meng"iqamat"kan dia. Muda² lagi dah ada ciri² seorang ayah tau! So kira dari budak² lagi Pojie dah sangat suka dengan budak² nih especially yang comel dan baik. Yang nakal² tak layan, memang nak kene cubit jawapnya. Lepas tuh ajar dia dengan sains dan teknologi macam Starfall nih. So sekarang nih ada sindrom tak sabor nak menimang anak sendiri pulak memandangkan anak² yang ada tak berapa nak manja dah. Setiap kali tengok baby kegeraman itu adalah sangat luar biasa. Ironinya dulu lebih suka bahasakan diri as "abang" dengan budak², now lebih suka dipanggil "uncle". So sekarang tak sabar nak baby yang comel yang boleh Pojie hangkut pi opis, gomol² dia tiap² malam macam nih...


Alalala, buah hati papa!
Comelnyaaaa!!!

Hanya satu,

Monday, July 25, 2011

Musim Bina Masjid :)

Salam,

Alhamdulillah sekarang nih hampir setiap minggu ada jer majlis berbahagia dari teman² dan saudara mara Pojie yang terdekat. Artis² apatah lagi setiap minggu ada jer berita mendirikan masjid. Syukur sangat². Semoga kebahagiaan yang dibina kekal sehingga ke syurga. Baru², selang 2 minggu selepas majlis pertunangan Pojie, seorang teman baik Pojie bernama Hafes Ramli pula menyusul, bertunang bersama pilihan hati beliau; Emylia Zakaria di Senawang, Negeri Sembilan.


Tahniah diucapkan!

Perkenalan sejak di kolej dan berbunga cinta awal tahun ini, senyap² terus nak tunang. Wah, masing² dah ikut konsep Pojie yer, bercinta senyap², bertunang terus! Bagus². Tunang pun tak lama, insyallah by end of this year mereka akan bernikah. Amboi, tak sabor² nampak, tak reti tunggu turn ker? Hahah. Tak mengapalah dah rezeki dia sampai dulu. Pojie masih lagi mengumpul, terbuntang² mata demi mencari duit nak kahwin nih.  Huhu. Tumpang gembira bila seorang demi seorang teman rapat Pojie mula nak melangkah ke jinjang pelamin. Yelah, bila lagi kan masing² dah nak menginjak usia emas dah. Huhu.

Wawan Azwani pun baru jer mendirikan masjid pada 23 Julai lepas, clash pulak dengan interview MAS cabin crew so tak dapatlah pergi. Ampun sangat². Apa pun tahniah ya. Oh ye, tidak dilupakan juga tahniah diucapkan buat teman sekolej Pojie semasa di KUSTEM (sekarang UMT), pengacara Majalah 3; Nurul Syuhada Nurul Ain yang baru melangsungkan perkahwinan dengan jejaka idaman di KLCC minggu lepas. Jemputan untuk keluarga terdekat jer katanya, tak mengapalah janji berbahagia. Agak² kalau Pojie buat konsep majlis kecil² untuk keluarga terdekat dan hanya menyiarkan nota manis saja orang boleh terima tak tanpa sentap? Hahah. Silap² mak yang sentap. Yela dah sah² anak sulung, nak dibuatnya gilang gemilang, nak book Dewan Jubli Intan kat Muar tuh lagi, mampooo??! Haha! Apa² pun doakan jelah agar semuanya berjalan dengan lancar :)

Ameennnn...

Hanya satu,

Saturday, July 23, 2011

Klimaks Dreamgirls, "And I Am Telling You I'm Not Going" & Effie White

Salam kawan²,

Selamat berhujung minggu. Oh, bagi yang tiada perancangan untuk hari minggu nih, Pojie sarankan kepada anda cepat² pergi ke Istana Budaya untuk menyaksikan pementasan Dreamgirls. Malam esok adalah persembahan yang terakhir. Dan normally persembahan yang terakhir lagi best sebab mereka all out, kira last kopek la tuh. Kasi pukul habis. Dan sehingga kini Pojie masih lagi terngiang² persembahan kemuncak di mana Dina yang memegang watak Effie White telah dipulaukan oleh semua teman² dengan penuh ego dan attitude dengan lagu "It's all over". Kemudian Dina mempersembahkan lagu "And I Am Telling You I'm Not Going" dengan baik sekali, memberikan emosi dengan kelantangan vokalnya, malah tidak keterlaluan dikatakan sehebat pemain watak asal iaitu Jennifer Holiday dan Jennifer Hudson. Itulah babak terbaik dalam pementasan tersebut.


Oklah since tiada rakaman babak kemuncak itu untuk Dreamgirls di Istana Budaya, jadi Pojie share kepada kawan² rakaman asal pementasan Dreamgirls pada tahun 1981 yang watak Effie White dijayakan oleh Jennifer Holiday dengan baik sekali. Penuh bertenaga dan emosi, sehingga melahirkan mimik wajah yang kelakar bagi Pojie, demi melahirkan penghayatan yang mantap. Haha, layankan...


Hebat bukan! Kemudian pada tahun 2006 pula, Dreamgirls diangkat ke layar perak dengan Jennifer Hudson sebagai pendukung watak Effie White. Persembahan bertenanga dan mantap dengan gaya tersendiri turut ditampilkan...



Hebat bukan??! Seperti itu jugalah Dina menjayakan watak Effie White. Meremang dengar Dina nyanyi dalam Dreamgirls sehingga dikatakan dialah pemegang utama watak Effie White menggantikan Elvira Arul, dan bukan lagi sebagai pelakon gantian. Hebat bukan! Nanti kalau ada rakaman, atau ada di Youtube, kelak Pojie share dengan kalian. Tapi apa² pun meh layankan paduan suara Jennifer Holiday dan Jennifer Hudson. Walaupun memasing over sampai nak tercabut anak tekak, usus besar, ginjal segala bila melihatkan mereka menyanyi, tapi sewajarnya mereka mendapat standing ovation. Oh, jangan lupa kita sudah ada penyanyi setaraf mereka sekarang. 



Update 11 Ogos 2011: 

Tatkala entri ini ditulis Pojie tak perasan pun ada preview yang sudah diupload di Youtube. Dan seperti yang dijanjikan ini sajalah preview nyanyian dari Dina dalam Dreamgirls yang sehingga kini membuatkan Pojie goosebumps mendengarnya. Beliau sangat hebat. Layanlah, walaupun cenonet cuma...


Dina, you go girl!!!

Hanya satu,

Friday, July 22, 2011

Usah Diragui

Salam,

Biar daku berbicara dari hati yang lara. Mungkin sedikit kecewa dengan tindakan mereka. Oh, siapa mereka? Pastinya teman². Teman² yang menjadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan. Andalah dramatis terkemuka, hidup dasar berpura². Terima kasih kerana menyampaikan segala berita, segala kejahilan dahulu kala. Terima kasih kerana membuatku membuka mata, hati dan minda. Bahawa berhati² walau di mana², bila² masa, siapa sahaja. Lebih² lagi tatkala ingin membina hidup bahagia. Pastinya ada yang memandang serong lalu mula mencaci hina. Disampaikan segala berita nista.


Alhamdulillah, biarpun perit aku tetap redha. Diharap si dia begitu juga. Segala ujian ditempuh bersama, suka dan duka itulah cinta. Janji sehingga menutup mata. Alhamdulillah, Allah kurniakan si dia, bijak mencerna segala berita. Supaya tiada yang merana, hatta aku mahupun dia. Terima kasih sayang, kasih cintamu tiada terbayang. Buat si dia, setiap insan punya cerita. Cerita silam biarkan berlalu, kelak bahagia kan bertemu. Ku padamkan kenangan hitam dari ingatan, ku bina bahagia dengan dirimu sebagai teman. Teman sehidup semati, suka dan duka, senantiasa di sisi. Usah kau ragui hati ini, daku perlukan sedikit sokongan, untuk berubah ke arah kebaikan, untuk ku menepis segala tohmahan, untuk mencintai dan dicintai seorang insan. Terima kasih kerana masih memahami. Hanya satu pintaku, usah kau ragui hati ini...


Sayang, sesungguhnya ku tahu, bukan mudah bagimu.
Semua yang berlaku akan mengujimu, mengujiku.
Apa terjadi, usah ragui...

Hanya satu,

Thursday, July 21, 2011

Penjimatan TERHEBAT dengan Flexiroam

Salam,

Sekarang nih musim sale sana sini. Branded warehouse sale pun ada. Kalau SOGO tak payah cakaplah kan "everytime sales" kata member. Tapi basically sale adalah bermusim, ikut masa tak sepanjang tahun (kecuali SOGO), dan diskaun yang ditawarkan pun biasanya 20%-70%. Jaranglah kita lihat sampai 80% kan. Kira taklah berjimat banyak mana pun. Tetapi dengan Flexiroam; penjimatan yang berbaloi², korang mampu berjimat sehingga 90% ok. Tak percaya? Mari Pojie tunjukkan contoh dengan Flexiroam Calculator...

Indonesia. Ok, ni contoh la yer. Memandangkan taklah jauh sangat dan ramai pula yang suka ke sana lebih² lagi Bali dan Bandung. Pergi sana selama 7 hari. Wah, konon² pi honeymoon la kot. Lepas tuh setiap hari korang membuat panggilan 10 minit dan menerima panggilan 5 minit. Dengan Telco M, jumlah besar yang akan korang belanjakan untuk panggilan antarabangsa dari Indonesia adalah sebanyak RM899.50, tetapi dengan Flexiroam anda hanya perlu membayar RM70 sahaja! Jimat 92.22%! Bukan itu saja malahan panggilan adalah UNLIMITED! 


Ini bermaksud korang hanya perlu membayar RM10 sehari untuk panggilan tanpa had. Woi, mana nak dapat penjimatan yang sehebat ini. Wei, mana korang nak cari tawaran sehabat ini selain dari Flexiroam? Oklah basically pergi ke mana² sahaja ketika di luar negara dengan menggunakan Flexiroam memang jimat habis gua cakap lu! Jimat gila tuh, nak bergayut lama² dengan buah hati walaupun di luar negara pun takde masalah la, RM10 jer sehari apalah sangatkan..

Oh, bagi yang belum mendaftar? Daftar sekarangn [LINK] dan akan diberikan RM10 kredit percuma ke dalam akaun anda.Lepas tuh terbanglah ke mana sahaja ke mana² dan dapatkan penjimatan yang hebat ketika anda berada di luar negara...

Hanya satu,