||| Tercari² |||

Saturday, February 27, 2010

Jumpa Di Sana!!!

Oh my God! Sejak sebulan yang lalu Pojie telah dikejar dengan kesibukan. Bukan sahaja kesibukan kerja tetapi juga kesibukan bersantai. Sampai rasa aktiviti bersantai di atas katil sambil menonton TV dan DVD kegemaran pun dah berkurangan. Setiap bulan Pojie sudah dirangka dengan pelbagai aktiviti malah sehingga saat ini, jadual peribadi Pojie untuk aktiviti mingguan sudah penuh sehingga akhir bulan Mei. Ko ada busy mengalahkan artis nih! Aduhai, penatnya...

Minggu nih pun sama, bermula dengan hari Jumaat semalam aktiviti makan² bersama teman² rapat. Hari ini dan esok pula dengan gathering. Hari ini Big! Gathering War Pain(t) Ball anjuran Melz. Perlu berada di Zoo Negara (sebab tempat paintball tuh dekat area sana) sebelum pukul 9.30 pagi dengan berbaju lengan panjang. Ohoo, segan dowh jumpa Melz dan lain² sebab ini geng² blogger otai ramai join. Takpelah pakai mask nanti kan! Haha!

Esoknya pula gathering Blogger Family Day. Hah, yang ini more to blogger² yang telah berkeluarga especially blogger² mama. Pojie belum berkeluarga, hatta keluarga pun di kampung, maka Pojie akan bersama beberapa keluarga blogger Pojie. Siapa? Kita nantikan di sana yer di Taman Tasik Perdana sebelum pukul 9 pagi dengan tema biru dan potluck. Kalaukalian tiada aktiviti hujung minggu ini, meh la join memeriahkan keadaan. Kepada blogger² lain dan pembaca² tersayang yang akan join...



Jangan lupa na..
Kita jumpa di sana!!!

Love,

3 bicara yang baik hati...:

AJ said... Reply To This Comment

gathering best...

p/s:saya dah updatekan pasal gathering tu di blog...

Unknown said... Reply To This Comment

update lah weh! hehe.

Adam said... Reply To This Comment

aaa...nak ekot....nak ekot.. bawak adam plsss