||| Tercari² |||

Thursday, July 28, 2011

Malaysia dikalahkan Singapura? Takpe, Flexiroam kan ada...

Salam,

Oklah, mesti ramai yang rasa frust semalam pasukan #HarimauMalaya, ada yang nak ikut pasukan Singapura pulang? Kalau nak ikut pulang jangan lupa Flexiroam. Kang kesian pulak korang nak pi sana dah la currency mahal, kene roaming charge pulak, kan best tuh! Kita nak berjimat kan. Eh, melalut sudah!


Oklah, tapi kalau hujung minggu ni ada yang berhajat mahu ke Kota Singa, pastikan Flexiroam turut anda bersama² anda. Jangan lupa masukkan sekali dalam travelling checklist, jadi korang tak lupa nanti. Yelah, dengan Flexiroam korang dapat reduce kan roaming charge antara Malaysia dan Singapura. Kan lebih menguntungkan tuh. Dapat call si dia yang tersayang dengan hanya serendah RM10 sehari dan tanpa had. Tak percaya refer sini. Penjimatan lebih 80% tuh. Jimat tak ingat! Tapi sebelum itu korang perlulah tau how it works barulah penjimatan itu berbaloi. Nanti Pojie ceritakan lebih lanjut lagi berkenaan dengan caranya, serta lain² negara antarabangsa yang boleh anda nikmati penjimatan hebat dengan Flexiroam ini.

Hanya satu,



Tuesday, July 26, 2011

Alalala, buah hati papa!

Salam,

Actually Pojie dilahirkan sebagai anak sulung dari 6 orang adik beradik. Masa kecil² dulu Pojielah yang rajin menjaga adik². Tolong mandikan, tolong bersihkan berak kencing, tukar lampin, tolong dodoikan, uishh best ok. Yang last tuh paling best bila Pojie dapat meng"iqamat"kan dia. Muda² lagi dah ada ciri² seorang ayah tau! So kira dari budak² lagi Pojie dah sangat suka dengan budak² nih especially yang comel dan baik. Yang nakal² tak layan, memang nak kene cubit jawapnya. Lepas tuh ajar dia dengan sains dan teknologi macam Starfall nih. So sekarang nih ada sindrom tak sabor nak menimang anak sendiri pulak memandangkan anak² yang ada tak berapa nak manja dah. Setiap kali tengok baby kegeraman itu adalah sangat luar biasa. Ironinya dulu lebih suka bahasakan diri as "abang" dengan budak², now lebih suka dipanggil "uncle". So sekarang tak sabar nak baby yang comel yang boleh Pojie hangkut pi opis, gomol² dia tiap² malam macam nih...


Alalala, buah hati papa!
Comelnyaaaa!!!

Hanya satu,

Monday, July 25, 2011

Musim Bina Masjid :)

Salam,

Alhamdulillah sekarang nih hampir setiap minggu ada jer majlis berbahagia dari teman² dan saudara mara Pojie yang terdekat. Artis² apatah lagi setiap minggu ada jer berita mendirikan masjid. Syukur sangat². Semoga kebahagiaan yang dibina kekal sehingga ke syurga. Baru², selang 2 minggu selepas majlis pertunangan Pojie, seorang teman baik Pojie bernama Hafes Ramli pula menyusul, bertunang bersama pilihan hati beliau; Emylia Zakaria di Senawang, Negeri Sembilan.


Tahniah diucapkan!

Perkenalan sejak di kolej dan berbunga cinta awal tahun ini, senyap² terus nak tunang. Wah, masing² dah ikut konsep Pojie yer, bercinta senyap², bertunang terus! Bagus². Tunang pun tak lama, insyallah by end of this year mereka akan bernikah. Amboi, tak sabor² nampak, tak reti tunggu turn ker? Hahah. Tak mengapalah dah rezeki dia sampai dulu. Pojie masih lagi mengumpul, terbuntang² mata demi mencari duit nak kahwin nih.  Huhu. Tumpang gembira bila seorang demi seorang teman rapat Pojie mula nak melangkah ke jinjang pelamin. Yelah, bila lagi kan masing² dah nak menginjak usia emas dah. Huhu.

Wawan Azwani pun baru jer mendirikan masjid pada 23 Julai lepas, clash pulak dengan interview MAS cabin crew so tak dapatlah pergi. Ampun sangat². Apa pun tahniah ya. Oh ye, tidak dilupakan juga tahniah diucapkan buat teman sekolej Pojie semasa di KUSTEM (sekarang UMT), pengacara Majalah 3; Nurul Syuhada Nurul Ain yang baru melangsungkan perkahwinan dengan jejaka idaman di KLCC minggu lepas. Jemputan untuk keluarga terdekat jer katanya, tak mengapalah janji berbahagia. Agak² kalau Pojie buat konsep majlis kecil² untuk keluarga terdekat dan hanya menyiarkan nota manis saja orang boleh terima tak tanpa sentap? Hahah. Silap² mak yang sentap. Yela dah sah² anak sulung, nak dibuatnya gilang gemilang, nak book Dewan Jubli Intan kat Muar tuh lagi, mampooo??! Haha! Apa² pun doakan jelah agar semuanya berjalan dengan lancar :)

Ameennnn...

Hanya satu,

Saturday, July 23, 2011

Klimaks Dreamgirls, "And I Am Telling You I'm Not Going" & Effie White

Salam kawan²,

Selamat berhujung minggu. Oh, bagi yang tiada perancangan untuk hari minggu nih, Pojie sarankan kepada anda cepat² pergi ke Istana Budaya untuk menyaksikan pementasan Dreamgirls. Malam esok adalah persembahan yang terakhir. Dan normally persembahan yang terakhir lagi best sebab mereka all out, kira last kopek la tuh. Kasi pukul habis. Dan sehingga kini Pojie masih lagi terngiang² persembahan kemuncak di mana Dina yang memegang watak Effie White telah dipulaukan oleh semua teman² dengan penuh ego dan attitude dengan lagu "It's all over". Kemudian Dina mempersembahkan lagu "And I Am Telling You I'm Not Going" dengan baik sekali, memberikan emosi dengan kelantangan vokalnya, malah tidak keterlaluan dikatakan sehebat pemain watak asal iaitu Jennifer Holiday dan Jennifer Hudson. Itulah babak terbaik dalam pementasan tersebut.


Oklah since tiada rakaman babak kemuncak itu untuk Dreamgirls di Istana Budaya, jadi Pojie share kepada kawan² rakaman asal pementasan Dreamgirls pada tahun 1981 yang watak Effie White dijayakan oleh Jennifer Holiday dengan baik sekali. Penuh bertenaga dan emosi, sehingga melahirkan mimik wajah yang kelakar bagi Pojie, demi melahirkan penghayatan yang mantap. Haha, layankan...


Hebat bukan! Kemudian pada tahun 2006 pula, Dreamgirls diangkat ke layar perak dengan Jennifer Hudson sebagai pendukung watak Effie White. Persembahan bertenanga dan mantap dengan gaya tersendiri turut ditampilkan...



Hebat bukan??! Seperti itu jugalah Dina menjayakan watak Effie White. Meremang dengar Dina nyanyi dalam Dreamgirls sehingga dikatakan dialah pemegang utama watak Effie White menggantikan Elvira Arul, dan bukan lagi sebagai pelakon gantian. Hebat bukan! Nanti kalau ada rakaman, atau ada di Youtube, kelak Pojie share dengan kalian. Tapi apa² pun meh layankan paduan suara Jennifer Holiday dan Jennifer Hudson. Walaupun memasing over sampai nak tercabut anak tekak, usus besar, ginjal segala bila melihatkan mereka menyanyi, tapi sewajarnya mereka mendapat standing ovation. Oh, jangan lupa kita sudah ada penyanyi setaraf mereka sekarang. 



Update 11 Ogos 2011: 

Tatkala entri ini ditulis Pojie tak perasan pun ada preview yang sudah diupload di Youtube. Dan seperti yang dijanjikan ini sajalah preview nyanyian dari Dina dalam Dreamgirls yang sehingga kini membuatkan Pojie goosebumps mendengarnya. Beliau sangat hebat. Layanlah, walaupun cenonet cuma...


Dina, you go girl!!!

Hanya satu,