||| Tercari² |||

Monday, July 18, 2011

Dreamgirls; The Broadway Musical Sensation

Salam,

Baru² nih pada 13 Julai 2011, Pojie telah diberi diberi peluang oleh Broadway Academy untuk menyaksikan pementasan Dreamgirl, dari produksi mereka. Terima kasih banyak². Pementasan ini masih lagi sensation di Istana Budaya tatkala entry ini ditulis sehingga 24 Julai 2011.


Apa yang bole Pojie katakan, Dreamgirls di Istana Budaya ini merupakan pementasan broadway terhebat tahun 2011 ini. Lebih² lagi dengan kehadiran pelakon² yang bukan sahaja hebat dengan lakonan, tetapi juga dengan vokal yang ditampilkan sepanjang persembahan. Sepanjang pementasan audien tidak henti² memberikan tepukan lebih² lagi tatkala Dina yang memegang watak Elfie White melontarkan suaranya yang mentap. Goosebumps ok! Dan untuk watak itu, yang memberikan impak besar kepada keseluruhan cerita, watak Elfie White ini turut dijayakan oleh Elvira Arul. Pojie tak pasti siapakah itu, tapi Pojie tak berkesempatan melihat kemampuan beliau kerana pada malam itu, Dina pendukung watak itu di samping watak² yang lain. Cheryl Samad dan Dafi betul² membuktikan kehebatan beliau dalam dunia seni suara, begitu juga Tony Eusof dan Azura Zainal.


Apa yang boleh dikatakan, jalan cerita dan plot tiada banyak beza berbanding pementasan dan filem asal Dreamgirls ini. Cuma apa yang membanggakan set dan props dia sungguh meletop. Angle dalam setiap babak juga disusun kemas, cuma sedikit menganggu apabila kelihatan sangat ketara crew keluar masuk, menarik menolak props. Mungkin masih sempat untuk membuat sedikit rombakan agar tidak terlalu jelas kelihatan di atas pentas. Walaupun bagaimana pun pementasan tetap hebat! Costume dan wig juga menarik.


Overal Pojie turut memberikan 5 bintang kepada pementasan bertaraf antarabangsa ini. Sesiapa yang masih belum menyaksikan pementasan ini, cepat² book ticket. Selling fast tau! Sangat berbaloi, tiket mahal pun tapi puas hati. Trust me! Dreamgirls cukup mengujakan dan hebat dari 14 Julai - 24 Julai. Untuk maklumat lanjut bolehlah layari FB Dreamgirls dan sebagai penguja naluri anda, saksikan persembahan mereka yang sememangnya layak mendapat...

standing ovation!



Hanya satu,

Saturday, July 16, 2011

Inikah MALAYSIA, negaraku yang tercinta???

Salam kawan²,

Hari ini genaplah seminggu perhimpunan Bersih yang telah memberikan impak kepada Malaysia di mata dunia. Tak kisahlah apa jua tuntuan Bersih itu bagaimana sekali pun tapi pembawakannya adalah ke arah menjahanamkan negara sangatlah dikesalkan. Mungkin Pojie di antara jutaan suara halus rakyat Malaysia yang kesal perkara ini berlaku. Luahan hati kami tidak sedikit pun diendahkan oleh pihak kerajaan dan pembangkang, masing² umpama ingin menegakkan benang yang basah. Kuasa membutakan mata dan mentulikan telinga mereka. Masing² bersalah kerana menyusahkan semua pihak. Dan yang menyedihkan ia memberikan pandangan negatif masyarakat luar terhadap Malaysia.


Melihatkan video di atas (dan video² lain) membuatkan Pojie tergamam dan mengalirkan airmata kesedihan kerana memikirkan keadaan Malaysia yang kacau bilau, tidak seaman dulu. Rakyat bertindak liar atas nama menegakkan hak, manakala anggota keselamatan pula ibarat "harapkan pagar, pagar makan padi". Di manakah keselamatan Malaysia sekarang? Malaysia sudah semakin tidak aman. Tidak seaman ketika Tun Mahahir mentadbir negara dulu. Pojie sangat sedih. Kalian juga pastinya merasakan yang sama. Sekarang masing² perlu menjaga diri sendiri dan keluarga dengan sebaik²nya, kerana Malaysia sudah semakin tidak aman. Pemerintahan yang kucar-kacir, amat menakutkan dikala ini. Kacau bilau dan jenayah di sana sini. Apa² pun mungkin sudah takdirnya begini umat di akhir zaman. Bertelagah sesama sendiri. Teruskan berdoa agar segalanya aman seperti sediakala.

Insyallah...

Hanya satu,

Friday, July 15, 2011

Flexiroam; Cas perantauan antarabangsa yang berbaloi-baloi

Salam geng!

Nak tanya, berapa ramai antara pembaca PoJiePooH nih pernah melancong ke luar negara? Berapa ramai pula pernah menggunakan perkhidmatan perantauan antarabangsa (baca: international roaming) ketika di luar negara? Mungkin ada di kalangan anda semua yang mengikuti business trip dan sentiasa membuat dan menerima panggilan ketika di luar negara bukan? Bagaimana dengan kadar yang ditawarkan kepada anda? Agak² sakit jantung tak setiap kali melihat bill yang tinggi melambung gara² perkhidmatan tersebut? Nah dengan Flexiroam anda tidak perlu risau lagi.


Percaya atau tidak, dengan hanya serendah RM10 sehari, anda boleh menggunakan perkhidmatan perantauan antarabangsa nih tanpa had. Erk, tak percaya? Ya Pojie ulang sekali lagi, RM10 sehari TANPA HAD! Hei, anda boleh membuat call dari luar negara ke Malaysia dan menerima panggilan dari Malaysia ketika di luar negara dengan hanya RM10 sehari. Apa yang anda perlukan hanyalah handphone, kredit Flexiroam, simkad Malaysia dan simkad antarabangsa. 


Oklah tak usah Pojie borak banyak², apa kata hujung minggu nih buat sesiapa yang merancang ke luar negara, korang sign up dulu [KLIK] dan automatik anda akan mendapat kredit RM10 percuma! Untuk informasi lebih lanjut silalah layari www.flexiroam.com. Minggu depan Pojie akan menceritakan lebih lanjut lagi pasal perkhidmatan yang hebat ini. See ya!

Hanya satu,

Thursday, July 14, 2011

Selamat Bertunang #engkuF #errapazira

PERHATIAN: 
Entri panjang berunsur peribadi dan sedikit jiwang, sila jangan #muntahdarah

Salam,

Alhamdulillah, setelah sekian lama kami menyimpan rahsia hubungan kami berdua kini tarikh 3 Julai 2011, terlakar sebuah lagi memori indah dalam hidup kami berdua, juga keluarga dengan majlis pertunangan kami. Semenjak dari awal perkenalan di awal tahun ini, kemudiannya merisik ketika sambutan ulangtahun kedua ibu bapaku (juga hari lahirku) sehinggalah kini, kami memberitahu kepada semua bahawa kami pasangan bercinta dan telah pun selamat bertunang. Dulu kami bukanlah pasangan kekasih yang bercinta, tetapi lebih suka dipanggil teman tapi mesra. So tiadalah istilah makwe, pakwe boyfren girlfren segala yer. Sebab tuh aku berani mengaku aku single. Dia pun mengaku tiada pakwe. Betul la kan memang tak tipu pun.

Selama kami berTTM (teman tapi mesra), tidak banyak yang kami kongsikan dengan teman² kami apatah dengan pembaca semua, memandangkan si dia dan juga saya pernah kecewa dan kali ini tidak mahu terlalu heboh, takut tak jadi. Andai ada pun hanyalah cerita² nakal dari kanda Natasha ku, yang tidak dimengertikan oleh semua. Beliaulah yang merakamkan setiap detik percintaan kami. Dah dekat² barulah kami invite teman² yang rapat dengan kami. Yang rapat jer tau. Yang kurang rapat tuh ampun yer. Majlis pun buat kecil-kecilan jer. Pojie nak jemput ramai² bukan rumah Pojie tapi rumah orang. Tapi insyallah majlis langsung nanti akan di jemput sekaliannya :) Tapi kami tetap bermesra² di twitter kalau korang nak tahu. Ada yang perasan² jugak tapi tak amik port sangat. Mungkin fikir kebetulan, atau mungkin bergurau memandangkan kami berdua unmention each other. Tapi hashtag dalam tweet² Pojie ada #errapazira #puterigunungflora #bakalbini #DearFutureWife itulah merujuk kepada Zaihazra Sulaiman yang kini menjadi #tunangkite. Sweet kan..

 
Mungkin ada yang mengatakan kami nih feeling² #retis tapi itulah kami. Lebih² lagi dikatakan menjadi trend bercinta sesama blogger. Blogger ibarat artis juga. Semua kisah akan menjadi tatapan para pembaca. Bezanya artis, wartawan jaja cerita, tetapi blogger, sendiri jaja cerita. Pojie taknak lah terlalu ingin menjaja cerita. Bercinta bagai nak rak tapi hujung² cerai berai. Pojie belajar dari kesilapan lalu, juga kesilapan teman² juga. Hal personal tak semua indah untuk dikongsi. Ada yang memuji, ada pula yang mencaci. Jadi pembaca² semua jangan risau, lepas Pojie dah menjadi tunangan orang nih, sampailah dah kawen beranak pinak insyallah, takdelah Pojie nak showing off kisah percintaan Pojie semua. si dia pun juga mengerti. Ada yang boleh dikongsi, ada yang tak perlu sama sekali.

Apa² pun alhamdulillah penyatuan #satucintaduajiwa berakhir sudah dengan jayanya, kini dimulakan dengan episod yang baru pula. Mungkin ada yang terfikir Pojie berlakon di sebuah filem Satu Cinta Dua Jiwa, itu memang lakonan semata² tetapi benar di dunia nyata. Apatah lagi dengan kemunculan Pojie dan si dia di GLAM memang membuatkan semua teman² makan hati, ada juga tergelak di dalam hati memikirkan betapa tingginya imaginasi seorang Pojie. Sehingga tibalah harinya Just Enganged menjawab segala persoalan yang terbuku di minda. Kami telah pun benar² selamat bertunang. 

Now I'm declaring myself Mohd Fauzi Abdullah 
proudly engaged with Zaihazra Sulaiman. 

 

Pelbagai persiapan telah kami rancang, segala²nya tersusun rapi termasuklah rahsia ini, walaupun ada spoiler sikit, tapi masih terkawal rapi. Seawal detik perkenalan kini sudah menghampiri pasti. Terima kasih berbanyak² kepada yang mendoakan kebahagiaan kami, terutamanya keluar, sedara mara dan teman² sekalian. Bayangkan rombongan pihak Pojie sampai dengan 10 kereta, belum lagi dengan kawan² yang terlebih dulu sampai. Walaupun ada masalah dan sedikit pertengkaran, alhamdulillah sampai juga. Ampun kepada Abah dan teman² sekalian andai ada yang tertinggi suara. Pojie tak boleh nervous, cepat stress dan mulalah melenting. Ampun sangat, memang diluar kawal.



Terima kasih sangat² kepada para sponsor dan hantaran. Ada yang terpaksa kami bawa sponsor² ke majlis nikah nanti. Tetapi andai masih yang berkesudian nak sponsor, kami masih membuka peluang kepada anda. Dan insyallah, tiada halangan kami akan memberikan credit kepada setiap sponsor yang kami terima. Ofkos sekali lagi sponsor dari mem besor akak Natasha kami yang bukan saja menjadi saksi cinta kami dari awal lagi sehingga kini, terima kasih yang tidak terhingga...

Semoga detik itu menjadi kenangan yang indah bukan sahaja untuk kami berdua, malahan juga keluarga kami. Terima kasih yang tidak terhingga kepada teman² yang telah menghadiri majlis kami. Terima kasih banyak². Semoga jodoh blogspot ini berpanjangan. Siapa kata jodoh blogspot tidak berpanjangan? Terima kasih The Gorgeous yang sudi meng-GOJES-kan majlis kami. Sayang takde masa kami buat outdoor photoshoot. Terima kasih juga buat Kak GONJENG Hezesuze yang datang bersama El-Zafril, yang dah lama tak bersua muka, sudi memeriahkan suasana. Kini kau kenal bakal adik iparmu jua. Ramai juga bff yang mengucapkan congrats, terima kasih, terima kasih kepada semua. Maaf andai ada yang terkasar bahasa, terlepas pandang untuk Pojie ucapkan terima kasih. Aiii, lega sikit hati ni semua berjalan lancar, so boleh fikir next step pulak dan cari duit untuk kawen. Apa² pun...


Horey!!!
Eh silap, alhamdulillah...

Sekarang ni aku tengok dah macam trend ke ape duk cari cinta dalam internet sebab masing-masing nak tackle blogger perempuan yang hot-hot, cantik-cantik untuk yang lelaki la then dapat tayang dekat kengkawan. Bangga. Yang perempuan pulak menggedik dengan blogger lelaki yang ada pakej. Ye lah nanti boleh berbangga dengan kawan-kawan.  - Huda Luna

P/S: Ada yang bertanya bila nak langsung majlis pernikahan? Hint dia dalam vlog salah satu daripada link² di atas. Surprise seterusnya bakal menanti :)


Hanya satu,