||| Tercari² |||

Wednesday, July 13, 2011

Tuesday, July 12, 2011

Wahai KERAJAAN dan PEMBANGKANG, ada kau fikir seperti beliau???

Salam kawan²,

Heboh sana sini bersih. Kerajaan tuding jari kepada pembangkang, pembangkang tuding jari pada kerajaan. What I can say is, BULLSHIT! Selama²nya masalah negara tak selesai bila gajah sama gajah bergaduuh, kancil di tengah² tersepit. Siapa tersepit? Kita! Ada yang mendengar luahan hati kita? Malas nak cakap banyak² sebab memasing claim diri dah cukup pandai dan bijak, meh kita tengok pakcik nih yang Pojie terbaca dari Ibnu Khusairy. Abaikan keadaan beliau, tapi dengar baik² apa yang dikatakan. Kita manusia boleh menghakimi orang, tapi kita manusia tak mampu membaca hati orang. Allah maha melihat, Allah mengetahui. Tanya diri kau apa bakti kau pada negara, bukan apa bakti negara pada kau...



"Aku tak boleh nampak kiblat Allah dengan duit"

Hanya satu,



Monday, July 11, 2011

I'm gonna miss you my baby Prada & LV

Salam,

Erm, dalam kegembiraan, ada juga kedukaan pasti datang menyelit. Selepas beberapa rencana menjatuhkan kebahagiaan yang mula terbina tidak berjaya, kini betul² seminggu selepas majlis pertunangan yang lalu, pagi Ahad baru² ni Pojie dikejutkan dengan kehilangan anak² Pojie; Prada dan LV adalah anak² Pojie, yang menjadikan Pojie seorang duda anak dua.

Banyangkan buka² pitu bilik Pojie tengok sangkar mereka terbuka luas. Yer, terbuka luas yer. Dan tatkala itulah Pojie baru teringat pada malam sebelum itu Pojie bermain² dengan mereka sampai kepenatan sebelum masuk tidur, masukkan mereka dalam sangkar seperti biasa dan damn! POJIE TERLUPA NAK LOCK! Sangat tak boleh dimaafkan ok. Sepatutnya Pojie boleh mengelakkan berlaku kalau Pojie aware bila lock sangkar mereka. Paling mengharukan pagi² Ahad tuh sebenarnya Pojie terdengar bunyi anak² di muka pintu bilik. Ingatkan Pojie mimpi, tak sangka, tatkala itulah mereka dah mula melarikan diri. Kebetulan tingkap terbuka luas, sah² dia melompat keluar dari tingkat 5 rumah Pojie. Panggil² pun dah tiada sahutan, celah² pun tiada...

Arghh!!!!

Stress! Stress! Stress sangat²! Bayangkan kat rumah Pojie tinggal berseorangan. Ada anak² tulah peneman sepi Pojie buat ajak bermain dan berbual. Sedih gila. Nak beli baru? Ntah bila tahun la pulak. Memandangkan duit sekarang semua nak simpan untuk persiapan perkahwinan nanti. Tak boleh membazir sebarangan T___T. Pojie fikir ini mesti kerja LV nih. Sebab dia jenis offensive sikit berbanding Prada. Mesti dia hasut Prada join dia melarikan diri. Omaigod!!!


Tapi alhamdulillah, Allah mendengar rayuan aku tidak rela kehilangan anak². Mungkin juga anak² aku cuba bermain sorok² ibu, atau cuba untuk menguji papa dia. Akhirnya selepas Pojie balik dari menyaksikan Mak Dara Nyonya semalam, buka² pintu anak² sudah menanti atas sofa. Terus campak barang² dan peluk anak², terus masukkan dalam cage dan lock. Muahahah! Rasakan. Main² kat luar tak nak mintak izin kan.. Tapi demi sayang kat anak², mungkin dia terasa kurang kasih sayang lebih² lagi papa bakal mendapatkan mak tiri untuk diorang, so malam semalam bawa anak² tidur bersama². Biarpun lena seketika cuma, tapi aku bahagia...

Love you Prada!
Love you LV!



Hanya satu,

Sunday, July 10, 2011

Teater Mak Dara Nyonya, ayuh kawan²!

Salam kawan²,

Lupakan #Bersih yang WTF tuh, hari minggu lebih elok BERSIH kan rumah, lap tingkap kipas segala. Pas tuh takde apa² nak buat, jom join Pojie tengok teater. Kali ini Pojie ingin mengajak kawan² semua menyaksikan Teater Mak Dara Nyonya yang bermula malam ini dari 6 - 12 Julai, di Matic.


Tak sabar ingin menyaksikan kehebatan Fara Fauzana beraksi di pentas teater pula. Dan yang pastinya Pojie tak sabar² nak melihat Misha Omar dan Sarimah Ibrahim beraksi lagi. Mesti meriah malam nanti. Juhara Ayob dan Norzizi Zulkifli, ikon teater pastinya tidak ketinggalan. Tak sabar nak tengok nanti. Pastinya #tunangkite join sama. Dia taknak join saya ajak #tunangorang pulak. Eh? Jom kawan². Insyallah Qarl join sama! Untuk tempahan tiket dan maklumat lanjut bolehlah melayari http://makdaranyonya.blogspot.com/


"Teater Mak Dara Nyonya yang menggabungkan monolog serta mainan emosi mampu diterjemahkan tiga pendukung watak keponakan atau cucu saudara bersifat tamak haloba bagi menonjolkan isu perebutan harta datuk mereka daripada isteri muda si datuk bergelar Nyonya yang selama ini dianggap pengikis, sedangkan ironinya masing-masing punya agenda sendiri."



Update 12 Julai 2011: 

Hanya satu,

Saturday, July 9, 2011

Bila @EmanTheHalia @NurAizuddin #retisblogger berbicara...

Salam,

Actually dari dulu Pojie teringin sangat nak berbicara pasal dua orang anak muda yang hebat dan berbakat. Bukan setakat comel dan jambu (awek² ramai meleleh), tetapi penulisan dan persembahan mereka membuatkan Pojie bangga (dan jeles) juga sama kemampuan mereka. Anda kenal mereka ini...?


Merekalah @EmanTheHalia dan @NurAizuddin, pemilik kepada BilaTergigitHalia dan BersamaAizuddin. Apa yang boleh dikatakan mereka mempunyai pembaca (dan peminat) yang tersendiri, bakat yang hebat. Blogger senior kertu cam Pojie nih memang tak bisa menandingi mereka. Eman dengan bakat menulis secara bersahaja, juga pencetus kepada #WordlessWednesday juga Universiti Blogger Malaysia. Minda anak muda yang begitu jauh memandang ke hadapan. Pojie kenal seawal beliau menjejakkan kaki di dunia blogging ini. Manakala Din pula seorang yang begitu petah berkata² seperti mana Nisa. Ditambah pula dengan rupa menjadikan beliau ibarat duta kepada 1Tube. Mengenali jejaka ini dari gathering di Times Square awal tahun lalu dengan nama "bulat", tang mana bulat pun Pojie tak tahu. Semoga mereka berjaya menjadi top blogger dan top host insyAllah....



Hanya satu,