||| Tercari² |||

Thursday, November 24, 2011

Photoshoot PERCUMA bersama Hafizudin Hamdan!!!

Hi Pojiepeeps,

Bagaimana hari anda? Hebat semua? Alhamdulillah. Entri kali ini khas buat korang di luar sana yang gemarkan aktiviti fotografi nih. Pojie nak berkongsi kepada anda hasil seni dari fotografer muda yang kreatif bernama Hafizudin Hamdan yang menarik dan istimewa pada pandangan mata Pojie. Tak tahu pula korang macam mana kan. Terlalu banyak gambar yang menarik di blog Hafizudin Hamdan ini tetapi Pojie hanya bisa berkongsi 3 gambar yang mungkin bukan terbaik, tetapi menarik antaranya adalah...

MUZAME & DURRA // RECEPTION

Menarik gambar ini pada pandangan Pojie adalah kerana beliau mengambil gambar dari sudut orang ketiga, yang jika dilihat turut dapat merasakan debaran dan kegembiraan tatkala melihat kejelitaan pengantin perempuan, ketika di hari yang berbahagia. Menarik bukan. Dengan shot di sudut bahu, sudah dapat melahirkan kecantikan dan keindahan pengantin yang cantik umpama bidadari, yang sedang menanti kedatangan putera raja. Cewah!

DAMIYA & FAZLI // POTRAITURE

Bagi gambar ini pula, kita dapat melihat bagaimana keadaan latar tempat dan masa yang terlahir di dalam gambar ini. Sebuah taman yang cantik menghijau, di waktu pagi yang segar dan ceria. Keadaan yang sesuai untuk pasangan bercinta menghabisi masa bersama², menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Malah pencahayaan yang cantik, menimbulkan mood ceria pasangan ini, terlahir melalui gambar. "A picture is worth a thousand words".

TAJUL AND FRIENDS CONVOCATION // UIA

Ini lagi satu. Pojie sangat fanatik dengan sesebuah gambar yang bukan sahaja cantik dari segi shot dan pencahayaan, malahan juga ekspresi yang terlahir melalui gambar tersebut. Gambar di atas jelas membayangkan betapa gembiranya sekumpulan teman dari UIA ini di hari convocation mereka. Setelah penat lelah berhempas pulas menimba ilmu, kini saat yang paling gembira sudah tiba, jelas terpancar wajah² teruja dan gembira di dalam gambar ini. Shot yang menarik, ekspresi terbaik!

So far, itu sahaja yang dapat Pojie kongsika di sini. Kalau korang nak melihat lagi hasil kerja seni beliau bolehlah melawat blog beliau [KLIK] dan Facebook. Dan kalau berminat untuk mengabadikan saat² bahagia anda melalui gambar² yang hebat, bersama fotografer yang hebat ini boleh hubungi beliau;

Email : hafizudin.hamdan(at)gmail.com
Facebook : sukasukaphoto
YM : kopisecheywan
Twitter : @akukopi
BB pin : 20CB059D

Anda yang sukakan bergambar, photoshoot sana sini mesti teruja kan. Ramai blogger² di luar sana ada DSLR, selalu bereksperimentasi dengan teman², upload di FB dan blog, #untunglaa korang ada banyak peluang. Gambar pun menarik. Korang yang takde kelebihan macam macam Pojie ni jangan risau. Anda juga berpeluang menghasilkan gambar yang menarik dengan khidmat Hafizudin Hamdan secara PERCUMA! Yup, Pojie tak silap taip, memang percuma. Hadiahnya? Sesi fotografi bersama Hafizudin Hamdan selama 2 jam dan 1 frame size A3.

Cool bukan??! So apa lagi, cepat² baca peluang tersebut [KLIK] dan mulakan langkah anda untuk membuat entri dengan mengambil beberapa hasil seni beliau. Cepat tau, contest terbuka sehingga 5 Disember 2011.

All the best!!!

Hanya satu,



2 bicara yang baik hati...: