||| Tercari² |||

Thursday, November 10, 2011

Nuffnang Premiere Screening; The Adventures of Tintin

Salam Pojiepeeps,

Dah 3 minggu berturut² Pojie tengok movie free kat GSC Midalley atas tajaan Nuffnang dan ChurpChurp. Ada juga yang tak dapat directly to me, tapi tengok on behalf of my friends. Haha baik hati kan. Setelah Paranormal Activity, Don't Be Afraid Of The Dark, kini diberi kesempatan sekali lagi, cuma genre yang berbeza iaitu The Adventures of Tintin [KLIK]. Tengok versi 3D lagi ok! Bertuah diberi peluang menyaksikan filem arahan pengarah hebat Steven Spielberg ni seminggu lebih awal dari tarikh tayangannya. Terima kasih sekali lagi kepada Syafiq Ahadin.


So far, filem yang diadaptasi dari komik bersiri oleh Hergé, a Belgian artist ini, pernah juga disiarkan sebagai rancangan kartun sekitar pertengahan 90an dulu [KLIK]. Ia mengisahkan tentang pengembaraan seorang budak lelaki yang obses dengan kapal² antik juga seorang penyiasat persendirian bernama Tintin, yang telah membeli sebuah kapal antik yang menjadi rebutan seorang penjahat yang menginginkannya kerana sebuah rahsia. Maka pengembaraan pun bermula sehingga menemukan kepada seorang kapten kapal yang kaki botol, kunci segala rahsia yang dicari² selama ini [KLIK] . 



Apa² pun Pojie sangat teruja menyaksikan filem ini memandangkan jalan cerita serta adventure yang ada di terkandung di dalam filem ini. Malahan juga figura manusia di dalam filem ini kelihatan hampir real dan sempurna. Lebih² dalam versi 3D kan. So far rasanya mesti ada sambungan bagi filem ini. Jadi buat anda yang meminati filem bergenre adventure, bolehlah menyaksikan filem ini yang akan keluar di pawagam pada 10 November 2011 nanti. Hari ini lah kan?! Cepat!!!

Selamat menonton!!!

Hanya satu,

4 bicara yang baik hati...:

Kakiwayang said... Reply To This Comment

Yezza...memang betul..antara filem yang graphic detail dia cam superb... sesuai la kalo nak bawak family or belanje adik2 tengok wayang..haha..

p/s : kakiwayang.com pun ada wat review juga..jemput singgah ye..

ed shokolath said... Reply To This Comment

beshnyer... ed x dpt ape2 pon. hihihih

KiFli MaLLy said... Reply To This Comment

kelas uols, enjoy!!!

Syafiq Ahadin said... Reply To This Comment

jeles!!!!!!!!!!!!!