||| Tercari² |||

Monday, October 24, 2011

Hulurkan Tangan, Ringankan Beban Bersama TLC

Salam kawan²,

Setiap hari setiap ketika kita sering diuji dengan pelbagai dugaan dari yang Esa. Kadang² ada yang manis, ada yang pahit. Tak semua orang merasai kemanisan hidup sebagaimana yang kita merasainya sekarang. Ada yang tiada ibu bapa, kehilangan ahli keluarga, hidup dalam kedaifan dan kekurangan fizikal sini dan sana. Oleh itu kita yang diberikan kehidupan yang lebih sempurna, yang lebih bernasib baik, sewajarnya menghulurkan bantuan kepada mereka yang tidak bernasib baik. Beruntunglah ada TLC, yang berperanan menyalurkan bantuan kepada yang memerlukan.


Berita baik untuk anda yang mempunya earning yang banyak di dalam akaun Nuffnang juga ChurpChurp, anda boleh menyumbangkan sedikit daripada rezeki yang anda perolehi itu kepada insan² yang memerlukan. Apalah sangat menyumbangkan RM10, RM5 atau RM1 kepada mereka. Tak luak banyak mana pun dari keuntungan yang anda perolehi kan! Caranya mudah sahaja, anda boleh memilih untuk menyumbang dari akaun Nuffnang [KLIK] atau ChurpChurp [KLIK]. Mudah saja kan. Selain itu juga anda juga berpeluang membawa pulang Churpie si burung yang cute ini dengan hanya RM25 sahaja. Dan kesemua sumbangan² dan pembelian anda akan disalurkan terus kepada tabung Rumah Aman.


Jadi kepada anda, inilah masa untuk anda menambah pahala dengan meringankan sedikit bebanan insan² yang kurang berkemampuan, yang memerlukan bantuan kita. Dengan bantuan kita yang tidak seberapa, besar nilainya buat mereka untuk memberikan mereka sinar untuk meneruskan kehidupan mereka insyaAllah. Agar kelak kita diberikan kesenangan, rezeki yang tidak putus² dari Allah, atas keprihatinan dan sumbangan kita itu. Dan bagi yang masih ingat lagi akan #TwtupKaseh, kali ini ia meneruskan misi dan kali ini mereka akan mengadakannya di Rumah Orang Tua Al-Ikhlas pada 5 November 2011 nanti [KLIK]. Untuk mendapatkan update lebih lanjut, anda boleh la like FB Program Amal TwtupKaseh by Twitterjaya dan follow Twitter @TwtupKaseh

Yang berat sama dipikul,
Yang ringan sama dijinjing...

Update 28 Oktober 2011: 
Tarikh #TwtupKaseh 3.0, lawatan ke rumah warga emas ditunda kepada 13 November 2011 [KLIK].


Hanya satu,

0 bicara yang baik hati...: