||| Tercari² |||

Thursday, October 7, 2010

Bila si kecil Prada berbicara...



"Yer sayang, apa dia???"



"Entahlah sayang, papa pun kurang periksa hal ini. Mungkin hidupnya merana dan menyedihkan kot, sebab itu dia bersikap tidak berperikemanusiaan. Tiada perasaan sayang pada binatang. Mungkin juga dia binatang yang berbadankan manusia. Sehingga sanggup melihat pembunuhan berlaku... Mana tau... "



Ok sayang, papa janji! Sayang jangan risau ok, papa ada kamu sorang jer. Mama dah takde (kes bapa tunggal)... Sayang kena pandai jaga diri, jangan terlebih noty ok!



"Aishhhh, anak aku nih. Takde mende lain. Makan jer. Debab macam papa nanti takde siapa yang nak nanti. Tengok cam papa nih, duda sampai la nih, takde pun yang sudi masuk meminang. Sebab badan dah bulat. Tapi comel la juga macam kamu. Nah, pi amik papaya nih, makan sampai abes tau"!

Itulah antara perbualan antara seorang bapa mithali dengan anak kecilnya. Usah percaya kerana ini hanyalah rekaan semata². Cuma hingga kini Pojie rasa sedih dan terkilan dengan apa yang berlaku ke atas Kiddo, anak Ieka Taniea, yang telah dianiayai oleh teman sekerjanya. Sampai hati. Cerita ini Pojie dapati melalui apa yang Pojie dengar melalui auntie Prada, Kak Tash. Semoga Kiddo bersemadi dengan aman. Alangkah Prada terkepit tangan Pojie dah nangis sakan sampai hilang macho seorang bapa tunggal, inikan pula mati. I can't imagine how broke your heart. Sabarlah ok...

RIP Kiddo...

Love,

Demimu Whopper Burger King!

Salam,

Wahhh since masing² mengetahui pasal Burger King buat promosi semalam, masing² pakat pi sana untuk mendapatkan Whopper dengan harga RM1. Dan setelah menyusun strategi bersama² teman sepejabat, akhirnya ia menjadi milikku...



Gigih tak Pojie dengan opismate ponteng kerja kejap semata² mau pergi ke Burger King di IOI Mall, kerana itu yang dirasakan paling convenient. Sampai² jer hambek kau! Berduyun umat manusia menanti giliran...



Ni kira kami bernasib baik la tak perlu beratur panjang seperti orang lain di lain² tempat. Lebih² lagi masa lunch hour kan, merasalaa habis lunch hour pun dalam queue lagi. Ada juga beberapa kisah haru yang Pojie baca kat wall Burger King. Hahaha... Tak kisah la, janji Pojie lepas hajat. Kira ni 1st time juga la Pojie makan Whopper nih since Burger King is not my favourit, but since ada promo gila gempak nih, layankan saja. Tempat mana lagi yang boleh dapat 3 burger besar dan 3 coke dengan harga RM12.60 sajorr? Takde kann.. Puas ati la, lepas gak la kekenyangan sampai malam sebab Whopper pun besar whooo...



Dan saat yang menggermbirakan apabila kami 1 opis buat Whopper Party. Makan party sampai kenyang. Kerja² tolak tepi dulu janji perut terisi, hati gumbira...



Ngggaaaaaapppppp!!!

Love,

Wednesday, October 6, 2010

Jom ke RUMAH TERBUKA!

Salam kawan²...

Wahhh, 2nd entri untuk hari ini. Pasal makan juga. Yela, time² masih dibulan Syawal nih meh kita makan selagi terdaya. Sampai terlupa nak Puasa 6. Sentap! Takpela, tiada rezeki untuk tahun nih, hope sempat la untuk tahun depan. So, kali ini Pojie dapat info dari Abg Etomyam nih pasal jemputan ke rumah terbuka. Eh, bukan rumah terbuka beliau ataupun Pojie tapi ini dia...



Erm, apa lagi kawan² jom kita serbu. Hehe. Kira this weekend la last open house. So pulun sampai abes ok. Lepas ni kena start balik diet untuk mendapatkan semula potongan badan yang telah hancur dek raya. Hahahah!

Love,

Jom lunch di BURGER KING!!!

Salam,

Wahhh, apa kes pagi² dah ajak orang lunch nih? Haha, bukan apa uols, POjie nak ajak korang semua makan whopper kat BK hari ni. Tak kisah la bila pun, tapi Pojie plan time lunch nanti. Sebab apa? Sebab nih ha...



Best tak? Dengan hanya RM1 jer korang leh dapat burgur besar camtu. Kalau rasa tak puas leh beli 2 3 lagi. Murah jer. Nak Pojie belanja pun boleh. Tapi untuk hari ni jer tau. Itu pun dengan pembelian minuman berkarbonat. Wowwww, naik lagi la kandungan gula dan kolestrol. Takpe² sekali sekala. Lagi pun dah lama tak makan BK ni. Hiks ;p

So, let's serbu!!!

Love,

Tuesday, October 5, 2010

PoJiePooH Kini Berwajah Baru!!!

Salam,

Mula² sekali Pojie mahu mengucapkan berbanyak² terima kasih kepada teman² yang sudi bersikap terbuka dengan memberikan buah fikiran serta komen² terhadap blog Pojie nih. Kerana walaupun agak tersentap dengan kata² sebilangan daripada mereka melalui Formspring dan Twitter, tetapi sedikit sebanyak membuka mata Pojie untuk lebih berjaya di dalam industri blogging ini walaupun Pojie tau itu hanyalah angan² semata². Kerana mereka jugalah Pojie sudah edit blog ni untuk kelihatan lebih fresh dan muda, macam tuannya. Hehe. I bet you won't realize until I make this special entry, am I right? Alah, tak payah angguk, memang Pojie dah tau. Nasib jadi blogger picisan nih...

Apa² pun terima kasih banyak² kepada mereka² di bawah ini yang telah sudi memberikan feedback yang bernas;



Layout la pojie. Layout nye kurang menarik perhatian. Jojo bagi cadangan la. Ayat2 untuk entri tu tak perlu ayat skema sangat. Gunakan ayat2 over. Macam biasa pojie cakap kan cam over. Hahaha. Jgn marah pojie sayang ku!
►►► Jojobdina (http://jojobdina.blogspot.com/)
♥ Ok, demi kamu sudah ku tukar layoutku. Cuma bahasa Pojie akan fikirkan ya :) ♥

Ada byk faktor yang mendorong terhadap perkara ini. Tetapi untuk permulaan, selalukan melakukan blogwalking dan komen entry blog orang lain. Jika orang datang ke blog kita dan mula tinggalkan komen, maknanya itu salah satu usaha yg perlu diteruskan. Jika masih bermasalah, bermakna ada faktor lain yang perlu di kaji dengan lebih mendalam seperti content blog, design layout dan cara penulisan.
►►► JawsIsmail (http://jaws.my/)
♥ Erm, 1st idea tuh dah selalu buat, 2nd idea tuh make sense. Thx! ♥

Loading time blog buat hati x teringin nak mengomen. Att: all bloggers including me. :)
►►► Aizulazril (http://aizulazril.blogspot.com/)
♥ Ok, sudah remove a few unwanted widget, hope it helps. ♥

Yeke? Mana tau ramai yang tak sudi baca & tinggal komen...
►►► Homosapiensz (http://homosapiensz.blogspot.com)
♥ Trafik duk lagu tuh juga. Sentap! ♥

Eh biar betul blog Pojie xde orang nk bace.. bro bace pe.. komen tidak he..23x
►►► BroFramestone (http://www.broframestone.com)
♥ Kannn! Sampai hati... T_T ♥

Malas.
►►► Azfarul (http://enciksedap.com)
♥ Ei, sepatah kata jer? Cam tak ikhlas. ♥

Best je
►►► Abangfaizul (http://jalanpilihanku.blogspot.com)
♥ Nih pun sama. Malas jer nak jawab... ♥



Oleh sebab itu nah Pojie sudah membuat sedikit pembaharuan agar anda semua gembira setiap kali masuk ke blog Pojie. Tak gembira juga tak tahu la, dah memang nasib kot. Tapi ini hanyalah sementara waktu. Masih lagi tidak berkesempatan nak buat spring cleaning pada blog n layout nih sebab makan masa yang lama dan leceh kan. Pojie nih blogger partime jer uols, bukan cam uols semua yang hebat² belaka. Nanti yer, mahu buat photoshot segala biar kasi pembaca muntah darah setiap kali masuk blog Pojie sebab akan ada muka budak bulat dan comel sebagai penyambut tetamu. Gittew! Insan yang akan bertanggungjawab untuk mereka layout Pojie pun sudah pun ada, cuma tunggu masa untuk further discussion jer.



Untuk wajah baru ini Pojie masih mengekalkan a few widget macam search bar (senang korang nak cari previous entri Pojie), lepas tuh dari Nuffnang tetap ada (walaupun sentap berbakul² sama dia), dan ada lagi la. Pojie telah membuang beberapa gambar atau widget yang dirasakan kurang sesuai atau tidak perlu, demi untuk memastikan loading time korang ke blog ini lebih pantas. Malah Pojie juga telah mengubah tajuk blog ini sebagai PoJiePooH; Hanya satu. Ok tak. Berita yang bestnya, Pojie sudah kembali meletakkan chatbox di tempat yang asal. Jadi sila tingglkan jejak korang di situ yer. Jangan carut Pojie lagi tau!



So, apa pendapat korang dengan wajah baru nih. Ada suka? Ada menyampah? Ada no komen? Ada aku kesah siapa Pojiepooh nih? Huhuhu, tak baik tau. Kalau rasa tak best, tak menarik, bagitau saja ok. Tau la korangd ah meletop, Pojie noob lagi nih! **dah 3 tahun noob lagi ker???

Love,