||| Tercari² |||

Friday, October 14, 2011

Korang sayang Pojie tak?

Hi Pojiepeeps!

Actually Pojie rasa segan sangat nak mintak², nak suruh² korang pembaca dan teman setia Pojie like itu dan ini. Malah rasanya Pojie sangat jarang nak join contest yang memerlukan vote dan like segala. Kalau ada pun sangat jarang Pojie nak suruh kawan² like. Memandangkan Pojie jenis sedar diri kurang pengaruh, kawan² pun tak seberapa. Kira kalau masuk AF tuh Pojie peserta pertama yang akan keluarlah sebab tak cukup vote. Haha. 



Jadi kali ini Pojie saja² lah nak join contest dari SayCheese Production. Saja nak menggedik² sebelum jadi suami dan bapak orang. Kira berangan nak jadi model la nih! Alah bila lagi nak mencuba kan. So, kalau korang rasa korang sayangkan Pojie dan Pojie layak untuk menjadi pemenang Dare2Be contest nih, sila ikuti langkah² ini :)


  1. Like page SayCheese Production [KLIK]
  2. Lepas itu like gambar Pojie [KLIK]
Senang jer. Kalau sudilah nak vote, kalau tak sudi Pojie pun tak paksa. Saja berangan². tak salah kan. Yelah Pojie jeles tau tengok sebilangan teman² blogger² dan FB yang ada ciri² supermodel cam Daniel Adie, Hizami Li, Fiq Fiqri, Amir Naufal, dan Iezwan Malique. Yelah, kalau nak dibandingkan usia mereka dengan Pojie, sah² lah mereka jauh lebih muda. Fizikal mereka apatah lagi, semua ada cutting model. Hey, Pojie pun ada cutting model juga tau; PLUS SIZE MODEL! Haha. Actually itu impian Pojie nak jadi plus size model, memandangkan industri fesyen luar dan negara dan tanah air terlalu diskriminasi kepada yang cantik, hot, body meletop jer. Kami juga ada impian juga nak bergaya ok tanpa perlu pelangsingan badan. Makan seafood hari² pun boleh! Oklah, melalut sudah! Jangan lupa vote tau, sebelum Sabtu ini!

Mmuah muah!!!


Hanya satu,

Thursday, October 13, 2011

Giveaway Kujie2.com; Hidup Biar Sedap!

Hi Pojiepeeps,

Wah gigih tak Pojie join contest lagi untuk kali kedua pada hari ini. kali ini contest dari Kak Jie iaitu Giveaway Kujie2.com, bersempena engan ulangtahun perkahwinan beliau yang ke 20. Tahniah Kak Jie. Semoga berkekalan dan bahagia hendaknya sampai ke akhir hayat. InsyaAllah...


Actually Pojie sangat suka membaca blog Kak Jie dari dulu malahan juga merupakan antara 5 blog paling kerap dilawati pada tahun 2011. Isi kandungannya yang banyak berbentuk nasihat serta informasi yang sangat berguna untuk segenap lapisan masyarakat. Antara perkara yang disukai selain isi kandungannya adalah loading time dan juga theme blog. Setakat ini tiada masalah setiap kali melayari Kujie2.com, loading memang laju, smooth jer. Theme blog juga simple, berwarna putih suci jer dengan banner yang simple tapi comel.

Nak berbicara tentang kelemahan pula, mungkin Pojie bukanlah orang yang berhak memberikan komen, memandangkan blog Pojie sendiri pun tak seberapa. Tapi Pojie dapat mengenalpasti bahawa Kujie2.com ini tiada chatbox. Mungkin kerana pemiliknya merasakan bahawa beliau tidak memerlukan komunikasi bersama pembaca memandangkan beliau mempunyai pembaca tegar dan trafik yang cukup hebat. So far itu jela kot, lain² just nice!

Oklah kalau korang rasa² mengidam nak makan macaron, joinlah contest gievaway [KLIK]. Mana tau ada rezeki, dapat macaron free. Kalau dapat belanja makan seafood pun best. Huhu. So masih ada masa lagi sehingga 18 Oktober 2011 ni tau! Bestnya, sememangnya sedap...

Hidup Biar Sedap!

Hanya satu,

Contest DANIEL ADIE : SISPA

Salam Pojiepeeps,


Rasanya dah lama sangat Pojie tak join contest yang teman² Pojie jalankan. So rasanya tak salah kali ini Pojie nak join contest dari seorang blogger muda yang jambu yang tak pernah reput dimakan zaman dan sentiasa kelihatan kacak di mana saja terutamanya di blog beliau. Tah apa rahsia dan petuanya, tak pernah pulak dicungkil. Beliau adalah Danie Adie. So Pojie nak join contest SISPA beliau? Apa tuh? Iaitu Senyum Ikhlas Senyum Palsu. Hahah, macam². Jadi Pojie ingin mempertaruhkan gambar ini...


Urm, dua gambar dengan berbeza senyuman tetapi tetap manis menawan. Walaupun hampir mencecah 30an, keserian bakal pengantin tetap terserlah. Hahah. Mengarut jelah. Kalau korang tak diberitahun pun obviously akan cakap senyuman sebelah kanan tuh nampak sangat palsu. Kerana apa? Kerana...

"Terkadang, senyuman palsu terukir apabila diri ingin kelihatan comel dan ceria sepanjang masa dalam menutupi sebuah hati yang lara"

Gittewlah! Haha. Kalau rasa² korang nak tayang SISPA korang, boleh la join contest beliau [KLIK] yang akan tamat pada 30 Oktober 2011 nanti. Hadiahnya not bad ok. Kalau ada rezeki maka dapatlah hadiah banner, coklat Ferrero Rocher dan Angry Bird besor gedabak! Pakej pelansingan badan pun ada? Ok tipu. Jadi apa tunggu lagi, jom join. Nak ajak teman saya yang manis senyuman iaitu Aisyalicious dan Zuezoey join sama!


Ayuh!!!

Hanya satu,

Tuesday, October 11, 2011

Musim EXAM. All the best!!!

Salam kawan²,

Exam exam exam! Mesti ada di antara teman² pembaca sekarang nih sedang bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran sebab nak exam. Ada juga sekarang yang sedang exam. Tak kisah la apa juga exam, penilaian, peperiksaan yang anda amik, hatta ujian memandu sekali pun, all the best Pojie ucapkan


Pojie bab² exam nih dah berkurun ditinggalkan. Sebab tuh kalau menghadiri sebarang temuduga yang memerlukan exam segala nih Pojie lemah sikit. Otak dah berkaratlah katakan. Huhu. Lepas tuh gigih jugaklah setiap tahun apply SPA dan KPLI segala, study molek ni, buat dah betul dah tapi setakat itu jela. Apply-amik exam, apply-amik exam. Bertahun² tak juga sampai rezeki Pojie. Putus asa juga dibuatnya. Urm, takpelah kita perlu percaya pada rezeki dan ketetuan dari Allah betul tak? Tak dapat kita cuba lagi, dan lagi sampailah kita berjaya.

Hah, begitulah juga buat adik² kita yang sedang menduduki peperiksaan Penilaian Menegah Rendah atau PMR. Pojie amik dulu tahun 1999. Cuba kira berapa lama dah tuh? Alhamdulillah, berkat kegigihan serta doa ibubapa dan guru², dapatlah juga Pojie 6A 2B. Tak banyak mana pun. B tuh pun sebab dulu sangat tak suka sama cikgu Sejarah dan Geografi yang pada Pojie agak memilih kasih terhadap murid²nya. Hah, rasakan. Kalau sayang sama cikgu tuh, study bebetul mesti dah 8A tau.Takpe pengalaman semua tuh. Yang pasti mak abah la paling bangga bila anak dia yang bebal Math nih boleh gak dapat A, dengan Sains sekali. Alhamdulillah...

Lepas budak² PMR abes periksa, budak² tingkatan 5 pula akan mengambil alih dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau lebih dikenali sebagai SPM. Oh, terkenang masa Pojie amik SPM tahun 2001 dulu, abah akan hantar Pojie pergi dan balik sekolah demi menjaga keselamatan anaknya yang akan mengambil peperiksaan. Lagipun dia sangat memahami kegalauan hati Pojie setiap kali nak exam, so dengan cara tuh dia dapat membuatkan hati Pojie rasa sikit tenang. Dan oleh sebab masa tingkatan 4 dulu duk honeymoon, maka sesuailah dapat 3A jer masa SPM. Tapi alhamdulillah, Add Math, Fizik, Kimia dan Biologi semuanya dapat credit. Tough to subjek sains untuk orang yang bebal macam Pojie. Haha.

Pengalamn exam ini diteruskan sehinggalah Pojie masuk matriks di Kolej Matrikulasi Johor dan di UMT (dahulunya dikenali sebagai KUSTEM). Semuanya memberikan 1001 pengalaman pahit manis dan macam² lagilah. Yang penting perlu diingat adik² semua; "Setiap kejayaan itu bermula dari usaha yang berterusan". Yelah, tak boleh la minggu depan nak exam baru nak study, memang harapanlah (read: jangan harap) nak score kan. Ia perlu bermula seawal kita membuka buku dan mendengar pengajaran yang disampaikan oleh pengajar, diikuti dengan ulangkaji dan latih tubi, dan yang akhir sekali doa kepada Allah, insyaAllah kejayaan pasti kamu miliki. 1 lagi, kalau boleh janganlah bercinta semasa belajar, silap² bercinta buku ke lain, kuliah ke lain, cinta juga di tatang, end up FAILED! Tak nak kan? Cuba isikan maas dengan study, bercinta lepas² grad dah dapat keje best barulah boleh fikir, ok!


Muka happy lepas abis last paper untuk final exam, final year.

Oklah cukup kali ini Pojie berkongsi kisah silam, memberi sedikit iktibar dan pesanan, agar kalian semau menjadi lebih baik dari Pojie. Berjaya di dunia dan akhirat, tanpa mengulangi kesilapan yang telah Pojie lakukan! Dua orang adik (dan bakal adik ipar) Pojie si Syafiq dan Fadli, tah macam manalah korang menjawab PMR ek. Hope semuanya berjalan dengan lancar. Kalau berusaha, insyaAllah berjaya.

Selamat maju jaya!

Hanya satu,