||| Tercari² |||

Friday, May 28, 2010

I wanna watch Toy Story 3

Salam kawan²..

Hari ini cuti Wesak Day ker? Ada pembaca Pojie yang sambut ker? Kalau ada Happy Wesak Day Pojie ucapkan. Jangan lupa pergi kuil tunaikan tanggungjawab yer. Bagi yang tak sambut pula macam Pojie nih, hari ini plan mau terjah Beryl's punya kilang untuk makan coklat free. Yeahhh! Pastu planning nak tengok movie. Sekarang ni tengah mengidam sangat², over-excited mau nonton filem Toy Story 3 nih, lebih² lagi dengan team Nuffnang yang cool!



Gosssshhhh!!! My favourite cartoon since I was in primary school is now back in action. Missing Woody and Buzz Lightyear so much! Tak sabar rasanya mau menyaksikan sequence filem ini dalam 3D. Ohhhh emmmm geeee! I love watching Disney Pixar cartoon movie especially in 3D. Absolutely amazing! And guess what? They will meet a lot of new friends in this movie. Dan jika jika Bean teringin melihat Sparks dan RedFingger pula Mr Pricklepants, Pojie pula teringin melihat toy yang baru ini untuk beraksi,



KEN!!!

Seriously masa kecil² Pojie ada pernah ada patung Barbie dan Ken adalah pasangannya. Kini Pojie dapat melihat anak patung Pojie "hidup" dalam filem Toy Story kali ini. Dia seorang yang charming, bergaya, hot, fashionable dan memiliki sifat adventure dalam diri segala²nya seperti Pojie. Ehem! Di dalam filem ini, dia akan bertemu dengan Barbie dan akan menjadi tourist guide kepada toys baru ini. Mau lihat sedikit aksi Ken, saksikan ini...



Macho macam Pojie kan! Hehehe..

Love,

Facebook & Dosa²...

Salam kawan²..

Siapa kat sini tak kenal FB? Malah tiada FB? Sila senyum, kerana anda mungkin sudah terhindar sedikit dari melakukan dosa tanpa disedari melalui lama web sosial ini... Terdapat beberapa aktiviti di FB yang boleh menyebabkan jatuhnya hukum berdosa pada perbuatan itu.



1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Kadangkala kita menyalurkan rasa kecewa, marah, sedih dan sebagainya sebagai terhadap pasangan masing² di ruangan status. Kemudian ia menjadi medan komentar dan terbuka menyebabkan seluruh teman² mengetahui akan masalah itu dan ini akan menimbulkan keaiban kepada pasangan mereka.

2) Terlebih gambar.
Kebanyakan orang yang mendaftar dengan FB akan meletakkan gambar² mereka serta teman², juga aktiviti mereka. Malah ada juga yang bersifat narcism akan meletakkan gambar² mereka di dalam FB. Tidak terkecuali lelaki mahupun perempuan. Dan apabila dimuat naik gambar² itu pastinya terbit sedikit rasa ingin dipuji maka secara tidak sengaja mereka mungkin akan menonjolkan "kecantikan" yang berlebih-lebihan. Ada peempuan yang tanpa segan silu meletakkan gambar² mereka yang seksi atau membuka aurat, lelaki juga dengan menayangkan badan sasa mereka, ini akan menyebabkan gambar² mereka dieksploitasi, mencetuskan fitnah juga merangsang nafsu. Make sense?

3) Penyamaran.
Terdapat kes di mana ada lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita yang diingini. Malahan juga, dengan penyamaran pastinya anda akan menggunakan gambar orang lain dan ini bisa menimbulkan kekacauan.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Oleh sebab terlalu banyak gambar² peribadi yang menarik dan hot, maka tidak mustahil untuk orang yang melihatnya untuk menyimpan dan menjadi tatapan dikemudian hari dan pastinya bukan untuk tujuan yang baik. Lebih baik disimpan gambar-gambar cute anda, cukuplah ia buat tatapan suami/ isteri sendiri. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda tanpa perlu tamakkan pujian manusia luar, kelak menimbulkan riak di hati...

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini telah disalah guna dan tanpa kita sedari telah mengundang dosa. Ini boleh menjadi dosa, kerana mungkin sebahagian individu dalam gambar itu mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram. Gambar mengaibkan orang lain atau gambar yang tanpa izin tuannya.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan.
Kadangkala kita akan terjumpa teman² lama (mahupun baru) di dalam FB. Maka akan bermulalah sesi mengingati dan mengimbau zaman² lampau. Maka tanpa kita sedari kita akan mengutuk diri kita sendiri, dan menyebarkan keaiban yang dulu. Selain itu mungkin kita juga akan riak dengan diri sendiri, nah apa lagi yang kita dapat dari ini? Pastinya dosa bukan...

Kesimpulannya, apa pun yang kita lakukan tidak kisahlah di FB hatta di blog dan mana² pun ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook. Usahlah sehingga ketagihan dan mengundang dosa.

Love,

Thursday, May 27, 2010

Buat penggemar COKLAT dan SUSU!

Perhatian!!!

Kepada para penggemar coklat atau susu, atau kedua²nya sekali, ataupun coklat susu (seperti Pojie), maka kini dengan bangganya Pojie yang diwakilkan oleh diri sendiri ingin menjemput kalian semua makan coklat dan minum susu secara percuma pada minggu ini!!!



My favourite!



For chocoloate lover, meh la kita serbu ini tempat. Erm, tak nampak ker? Kecik sangat alamat Beryl's nih? Meh jengah kat umah Mr&Ziey nih. Ini semua MamaTisya la punya pasal, kasi Pojie stim tengok chocolate nih. Tapi nasib baik bukan After 8 Chocolate, so kira tak mampu buat Pojie terinzal ketika makan Beryl's nih la. Hehehe... Ada 3 hari uols, meh la mai on 28 Mei nih kalau korang tak sambut Wesak Day. Sebab Pojie cuti masa hari tu, so memang planning nak mai la. Mau serbu 1 kampung. Huhuhu...



Dan bagi sesiapa rasa nak buat sejarah sendiri, mau masuk muka dalam paper dan TV, leh la sertai World Milk Day 2010 di Pavilion KL pada hari Ahad ini. Kerana selain mereka akan mengedarkan minuman susu Dutch Lady secara percuma, mereka juga akan cuba untuk membuat rekod di dalam Malaysian Book of Rekod dengan The Largest Milk Drinking. Wahhh, lepas kejayaan Gatsby, Pojie akan join pula untuk Ducth Lady. JOm DD. Yang pasti Pojie mau pulun susu coklat Ducth Lady tu. Memang favourite Pojie since sekolah tadika dulu tau. Mau lebih info? Sila klik sini...

Tunggu apa lagi, SERANG!!!

Love,

Wednesday, May 26, 2010

Wajahku 20 tahun dari sekarang...

Pernahkah anda terfikir bagaimanakah rupa anda apabila menginjak usia emas? Pojie pun selalu tertanya². Adakah masih segojes sekarang ini **muntah darah, atau masihkah terpancar senyuman keikhlasan biarpun kedutan mula kelihatan di sana sini? Ohhh, Kak Atty telah memberiku sedikit gambaran wajahnya dalam masa 20 tahun dari sekarang dan Pojie pun telah mencuba² di sini untuk turut mengetahuinya dan menjelang usia 50an Pojie akan kelihatan seperti ini...



HELL NO!!!

I'm not gonna be like that. I don't want to be like that! Kedut sana sini, lemak² di muka berserta kataraks di mata. NO WAY! So, terpaksa mempersiapkan diri untuk melangkah ke usia emas dengan mengumpul stok botox dan kolagen dengan banyak. Pojie kene buat appointment sama Dr Ranjit dan Ifa Raziah sesegera yang mungkin. Huduh heh macam nih, boleh buat stok takutkan budak kecik macam nih!

Ohhh tidak!

Love,

Aktiviti di kala kebosanan...

Salam kawan².. Pojie masih lagi dalam proses mengumpulkan bahan untuk 2 entri aktiviti yang the best dalam hidup Pojie sepanjang tahun 2010 nih. Anda mesti tertunggu² kan. Biarkan perasaan itu membuak² sehingga Pojie akan story mory kepada anda dalam beberapa hari saja lagi. Masih dalam draft. Hehehe. Cuma sekarang nih Pojie nak share hobi Pojie sekarang jika buat² dah tiada kerja, atau kebosanan atau tiada idea untuk update blog, Pojie akan DELETE "kawan²" di FB. Hahaha, sememangnya Pojiepooh Abdullah seorang yang zalim. Opppss, zalim kepada orang yang menzalimi diri ini. Wahhhh, ayat tak leh blah! Erm, acapkali Pojie online FB, Pojie akan jengah ke profile kawan² yang rajin komen² Pojie, mesej² yang pendek kata kenal dan tak lupa sama Pojie la.. Selalunya apabila Pojie jalan² kat profile kawan² itu, Pojie akan jengah ke mutual friends mereka... Macam nih...



Ohooooi, kawan saper la nih ek? Ada beribu² kawan (kawan ker) dalam list dia. Ini sampel saja.. Bila tengok dalam mutual friend dan tercetus soalan; "Siapa nih? Ada dalam list aku gak ker?", maka sepantas kilat Pojie akan klik pic dan terus ke profile dia. Lepas tuh Pojie skrol bawah dan mencari word; "Remove from Friends"...



Uhuiii, maka akan muncul lah confirmation macam ini.. I like²!



Dan pastinya tanpa segan silu dan teragak², Pojie akan terus klik Remove from Friends tuh. Dan apabila notification ini keluar, yippieee!!! Misi sudah berjaya!



Jadi tak perlulah menyemak lagi dalam list Pojie... Dah macam main game pulak tiap² petang. Hahaha. Tapi CikHel dan kawan Pojie yang lain² usah risau ok. Anda masih Pojie sayang dan berhak duduk dalam list juga hati ini. Takde nak delete² block² nih. Huhuhu... Cuma sekarang dok pening, apa nak buat dengan lagi angka 271 nih. Should I remove or accept?



Ada yang sarankan Pojie buat fan page... Kepala hotak hang! Pojie lom sampai tahap artis lagi ok. Blogger pun Pojie masih hingusan walaupun dah nak masuk 2 tahun jadi blogger, tetapi masih hetu² juga level Pojie. Moteppp nk buat fan page? Buat kene gelak jer dengan blogger² ternama. Lagipun kalau depa semua kenal takpelah juga, ini jumpa depan mata, laga bahu dalam LRT never nak tegur, peminatkah itu? Bukannnn.. Itu LAHANAT namanya. Hahahah!

Ada yang marah Pojie meletakkan pic profile yang baru di FB sebab tak cute, tak cool katanya. Padahal dia tak tahu, agenda Pojie adalah untuk memperlihatkan tubuhku yang semakin ramping (sila jeles dan muntah darah dengan segera) dan mengelakkan daripada orang² yang tidak dikenali add sebab nampak Pojie cute (walaooopooonnn ado!) bukan sebab ingin mengenali diri ini seadanya... Ouuuchhh! Apa² pun...



ada sesiapa makan hati??!

Love,