||| Tercari² |||

Monday, April 5, 2010

Menyampah! Selalu jadi macam nih!

Alahai, tengah duduk² lepas kerja sementara tunggu hujan teduh untuk balik rumah, Pojie tergerak hati untuk singgah ke Portal Rasmi SPA. Dan dengan tidak semena² jantung Pojie nak gugur, sebab apa? Sebab nih;
Klik untuk pembesaran.

Damn! 10hb jatuh pada anniversary parents Pojie dan dah rancang untuk balik ke Muar. Selalu macam ni tau ada jer halangan. Memang tiada rezeki lagi untuk Pojie. Sabar jela kan. By the way, Pojie akan pulang ke Muar bersama² dengan Fir dan Aizoul. Kami akan menghadiri majlis perkahwinan Kak Mas di Melaka nanti. Selain itu Pojie akan menyambut double celebration bersama insan² tercinta Pojie, my birthday and parents anniversary.

Horayyy!!!

Love,

Sunday, April 4, 2010

Teater Bangsawan “Laksamana Do Re Mi”

Salam teman²,

Apa khabar hari nih? Apa aktiviti kalian di hari minggu nih? Hope semua enjoy yer. Terima kasih kerana masih ada yang rajin menjengah ke blog Pojie nih. Dan macam biasalah minggu kedua setiap bulan pasti akan ada teater bangsawan di Panggung Bandaraya DBKL. Dan untuk bulan ini persembahan yang telah dijadualkan adalah...



Yer, Laksamana Do Re Mi. Menarik bukan? Lebih menarik lagi kalau kalian melihat barisan pelakon² dia iaitu Raja Azrey, Man Belon, Ezad Exist, Pak Tam dan lain² yang pastinya bisa memecahkan perut kalian yang menonton. Hehehe. Ia akan dipentaskan pada 9 - 11 April 2010 pukul 8.30 mlm (dan 3.30pm pada 11hb). Alamak jatuh pada hari bahagia Pojie dan family, balik kampung pulak tuh. Takpe² bisa diatur. Jadi, kalian boleh la ajak kawan² lain untuk menonton yer, bayaran pun RM5 jer. Untuk maklumat lanjut boleh la layarinya di sini.

Love,

Saturday, April 3, 2010

P O K E N

Erm, kawan² apa khabar? Sihatkah? Actually Pojie kerja hari nih. Sangat penat, ngantuk dan lapar ok Dengan perangai kawan² lagi yang buat POjie kecewa dan sakit hati. Nak update blog pun tak sempat, ada idea tapi tak terluah sebab jam dengan task yang berlambak ini. Jadi, Pojie curi² masa untuk update 1 entri untuk hari ini. Cetusan idea untuk entri ini setelah Pojie singgah ke blog dD berkenaan dengan Poken.



Apa itu Poken? Adakah ia sejenis Pokemon? Oh, tidak kawan². Ia bukanlah sejenis Pokemon tetapi ia merupakan 1 gajet yang agak cool dalam bertukar² maklumat diri serta kad bisnes secara "poke" atau sentuhan. Dan setiap contact kita boleh lihat dan muat naik ke poken website melalui USB bak kata Incik Wikipedia. Menarik bukan? Anda boleh Google tak pun guna MyLook (lagi best, searching engine yang leh bagi duit) untuk lebih lanjut. Untuk cara yang lebih mudah difahami, boleh gambar di bawah nih.



Mudah bukan? Everyone should have 1 especially when you are kinda "blogger tegar" and bussinessman, so you could exchange you bussiness card thru Poken. Simple and convinient! Pojie akan mencar Poken ini secepat mungkin. Dan yang pasti, kalau jumpa kawan² blogger ker FB kat Pavvilion ker, KLCC ker, tak perlulah mintak no telefon, gunakan Poken sajorr!



Dan la kecik, leh buat keychain dan rantai juga! Ia didatangkan dengan pelbagai rupa dan gaya, yang boleh disesuaikan dengan karektor masing². Hebat bukan!!! Kalian boleh beli Poken nih di PokenAsia tau!



I need a POKEN!

Love,

Friday, April 2, 2010

Buang! Buang! Menyemak jer!

Erm, pagi² nih mood kurang baik. Dengan busy sana sini. Tengok workstation rasa rimas! Buka blog rasa rimas. Buka FB rasa rimas. Jadi Pojie buat beberapa clean up pada blog dan FB Pojie ni. Pojie buang segala gadget² (and friends) yang Pojie rasakan menyemak dan tak perlu. Tambahan pula ada a few gadget yang mengundang spam. Setiap kali buka blog pasti akan keluar pop up mende yang bukan². Kalau disable kan popup, payah pulak untuk urusan lain² kan. Kesimpulannya Pojie buang! Menyemak jer rasa.

Di bawah ini merupakan antara gadget² yang telah Pojie buang. Terasa aman tenteram mata tanpa mereka² ini di dalam PoJiePooH;

Cukuplah pengunjung seramai 16,506 nih dari tahun lepas.

Rasanya tak perlu suruh blog ucapkan terima kasih, Pojie leh ucap sendiri kan!


Ask me nih pun Pojie rasa tak perlu. Nak bertanya? Contact Pojie directly..

Ini yang paling best. Dari  1k++ friends sekarang tinggal 999 friends sahaja. Puas ati!

Jadi bagaimana kawan²? Ada ringan tak blog Pojie nih? Any comment? Hehehe. Kalau yang FB tuh, siapa yang rasa dia selalu komen, mesej Pojie dan pernah jumpa Pojie, insyAllah anda masih selamat. Pojie hanya delete mereka yang so called "friends" nih. Pojie tak perlukan kuantiti, tetapi kualiti. Pojie bukan sombong, dan Pojie bukan meletop sangat untuk kumpul ramai² "kawan" macam tuh.

P/S: Planning mau kemaskini blog list dan following list. Mau delete blog² yang sudah berkulat, berulat dan bersawang, dan juga blog² yang pojie rasakan tidak sesuai dengan jiwa dan minda Pojie. Huh!

Love,

Thursday, April 1, 2010

Introducing Prada Pooh!


Hola guys!!!


Maaf agak menyepi since balik dari Chagar Hutang, Pulau Redang baru² ni. Biasalah kan, cuti hujung² bulan, balik² keje berlambak dengan nak siapkan report segala. Aduh! Pasal percutian itu Pojie akan update later, tapi sekarang Pojie mau memperkenalkan kepada anda my new baby dalam hidup Pojie. Let me introduce you...



Prada Pooh!

Credit pic to Kak Tash. Itulah baby baru pujaan Pojie selama ini. Inilah mengubat duka lara Pojie setiap hari semenjak Isnin lalu, 29 Mac 2010. Inilah hadiah harijadi untuk diri Pojie sendiri yang paling mahal yang Pojie pernah ada. In advance pulak tuh. Selepas kematian Mimi, Miki, Nana dan Noni Pooh (winter white, dwarf hamster) setahun lebih, kini baru Pojie menemui cinta hati yang baru. Thanks to Kak Tash dan Frank yang memperkenalkan Pojie kepada haiwan ini. Memberik galakan dan tunjuk ajar.

Mesti ada yang bertanya, kenapa Prada Pooh? Yes, sebagaimana semua orang tahu, Pojie nih sukakan fesyen, dan oleh sebab Pojie tak berkemampuan memiliki kasut hatta beg Prada, tetapi dengan memiliki Prada yang hidup ini pun cukup membahagiakan hidup Pojie. Dan Pooh tuh macam biasalah trademark Pojie. Lagipun dia anak Pojie, surname mana leh tinggalkan. Papa Pooh, Prada Pooh! Hehehe. Kalau nampak nama ada surname Pooh, kemungkinan ada kaitan sama POjie. Hehe. InsyAllah lepas ini kalau ada rezeki, Gucci Pooh bakal menyusul...



Buat masa sekarang ini Pojie masih lagi study dan buat research pasal untuk jadi papa yang baik buat Prada. Cuma sekarang agak sedih, dia kerap tidur, makan pun sikit², nak manja² sama dia pun dia marah tau. Garang sungguh anak papa sorang nih! Kak Tash cakap takes time, ok baiklah. Mengambil petua Kak Tash, supaya bonding relationship sama dia nih cepat terjalin, masukkan baju yang lom basuh dalam cage dia, so dia akan lebih mengenali bau Pojie lepas nih. Tapi since Pojie nih kerap basuh baju, so tiadalah baju yang berbau badan ini untuk Prada cium hari². Tapi Pojie ada...



Che Tam!!!

Che Tam merupakan teman Pojie selama ini. Pojie selalu peluk time² tidur or menonton TV hatta driving sekalipun. So sudah 4 tahun Pojie bersama Che Tam bermadu kasih lebih² lagi masa tidur, sudah 4 tahun juga Pojie tidak pernah "memandikan" beliau, maka Pojie sumbatkan Che Tam dalam rumah Prada. Hehehe.

Cukup setakat ini, Pojie akan share lagi dengan korang pasal baby kesayangan Pojie ini yer. Tak boleh selalu, nanti orang bosan pulak, hilang exclusivity Prada Pooh saya nih. Hehehe. Now mau out cari Honey Manuka sebagai makanan dia, lom sempat nak mencari lagi kat Giant tuh.

Prada Pooh! Papa love you!!!

Love,