||| Tercari² |||

Monday, April 11, 2011

Birthday boy #Pojiepooh nak belanja makan malam. Jom join!

alam kawan²,

Yup, percayalah dengan kata² ku itu. Hari ni birthday Pojie. Selalunya orang bagi hadiah atau at least belanja makan kat birthday boy kan? Tetapi kali ini lain sikit, tak pernah dibuat orang, birthday boy yang cute ini nak ajak ajak kawan² makan malam bersama² dan beramah mesra. Suka tak? Teruja? Paling best peluang ini bukan sahaja terbuka kepada blogger², malahan juga kepada facebooker dan tweeples. Kira kalau takde blog tapi ada salah satu FB atau Twitter pun dah boleh join, as long as anda pembaca Pojiepooh. Jadi cepat tekan play untuk mendengar arahan :)


Amacam? Anda faham dengan semua arahan yang Pojie berikan? Tak faham? Replay cepat sampai korang muntah dengar Pojie membebel maca bertih jagung tuh. Hahaha. Okla², tak nak korang pening² jadi better korang baca arahan untuk menjadi 5 orang pembaca bertuah untuk makan malam bersama Pojie. Senang jer;

  1. Sila ambil gambar korang dengan pose paling comel yang berlatarbelakangkan header blog Pojiepooh yang terbaru ini (macam pada minit ke 2:28 pada video di atas tadi).
  2. Upload pic anda di FB fanpage Pojiepooh.
  3. Berikan slogan pada gambar yang diupload tadi; Saya suka membaca blog Pojiepooh kerana... (tiada limit perkataan).
Senang jer kan! Semudah 1, 2, 3! Pojie tak tipu kan! Oh, bagi yang belum like FB fan page Pojiepooh, sila KLIK dan like ya. Kalau tak like korang tak boleh upload pic comel² korang tuh nanti. Lepas tu kalau korang rasa korang baik hati, sayang kat Pojie, rajin²kanlah jari jemari anda untuk tekan butang share di Facebook atau Twitter tuh yer. Mention @Pojiepooh dan tag Pojiepooh Hanya Satu pun lagi bagus, jadi Pojie boleh trace insan² yang baik hati tu, mana tau ada hadiah tambahan ker.

Oh, makan malam bila dan di mana Pojie akan tentukan kelak. Yang pasti peluang ini terbuka kepada anda semua pembaca² Pojiepooh, tidak terhad kepada blogger sahaja, facebooker dan tweeples pun boleh join. Tak perlu tag kawan², buat entri, letak header kat sidebar, tak payah susah². Ia berlangsung mulai saat ini selama 2 minggu. Peluang ini akan ditutup pada 25 April 2011 pada pukul 11.59 malam. Jadi sertailah sekarang. 5 orang pembaca bertuah akan ditentukan melalui cabutan bertuah yang akan Pojie jalankan dan diumumkan dalam vlog yang terbaru. Jadi buat semua...

All the best!!!


P/S: Terima kasih kepada DD bloggerdiva yang buat special entri untuk Pojie [KLIK]. Terima kasih kepada semua yang wish, I LOVE YOU!!!

Hanya satu,


1 bicara yang baik hati...:

lalatipah said... Reply To This Comment

Hamagaddddd!! *kena buat muka comel dulu baru join* Cek kalender. Sempat lagi,hik2. TUnggguuuuuuu~