||| Tercari² |||

Monday, March 21, 2011

The Secret Life of NORA; Dari Puteri Ke Pengintip

Salam...

Korang mesti tertanya² tentang tajuk entri Pojie kali ini, The Secret Life of NORA; Dari Puteri Ke Pengintip? Apa tuh? Haaa, jangan tak tahu ia merupakan buah tangan terbaru Datin Seri Tiara Jacquelina selepas bertahun² menyepi dari pentas teater selepas kejayaan Puteri Gunung Ledag The Musical 3 dan P. Ramlee The Musical. Setelah bertahun² beliau dikenali sebagai seorang Puteri Gunung Ledang, kali ini beliau membuat kelainan apabila muncul sebagai seorang penyanyi kelab malam dan pengintip bernama Nora.

Filem ini berunsurkan kabaret 60an dan aksi di bawah produksi Enfiniti Vision ini bakal dipentaskan di Istana Budaya pada September 2011. Team produksi sedang giat mencari pelakon² bagi projek terbaru ini dan bagi sesiapa yang berbakat dan berminat untuk mencuba nasib, maka bolehlah membuat RSVP. Ia akan di jalankan di Lembah Klang dan Singapura.

Apa² pun Pojie dah tak sabar nak menyaksikan pementasan yang hebat ini memandangkan genre kali ini sangat berbeza dan tambahan pula Pojie dah beberapa kali terlepas peluang menyaksikan produksi ini beraksi di pentas Istana Budaya. Lagi best kalau Pojie sendiri dapat beraksi di atas pentas penuh berprestij itu. Apa² pun untuk infi yang lebih lanjut boleh layari Murai, Budiey dan Ecentral. Kat bawah nih ada diselitkan promo untuk anda :)

      

#crossingfingers

Hanya satu,


9 bicara yang baik hati...:

attyfir said... Reply To This Comment

macam menarik je teater ni ..
lagi datin seri lama dah tak buat teater..mesti org tertunggu2 kemunculan dia kan .

apezs shah said... Reply To This Comment

salam

harus pergi satu bala nti kan pojie hehe...:)

Yuyu said... Reply To This Comment

wahhh macam best je pojie...yuyu tgk pic ni pon dah wowwwwww !!!!

Edy Ramanov said... Reply To This Comment

wow, datin tiara ada buat pementasan baru. kena tengok nih. cam best jer.

mr.syazwan said... Reply To This Comment

mcm melatup je kan..

hoho

Call me, Eyka said... Reply To This Comment

so far belum pernah tgok mana2 teater. sedey kan? =/

kak ina kl said... Reply To This Comment

kalau datin tiara yang buat mesti best..dia tak kisah keluar budget mahal-mahal..harap-harap jangan tiket mahal udahlah ek

Pangeranz Umar said... Reply To This Comment

gelie gempak....
poster pun dah ala ala internetional taw..lama menyepi tapi keluaran bermutu tinggi!!!!

Jumie Samsudin said... Reply To This Comment

Bestnya ampa duk KL boleh selalu pi tengok teater di IB. :(