||| Tercari² |||

Wednesday, April 14, 2010

Jom saksikan Teater Makyong Sindo!

Makyong, merupakan salah satu kesenian negara yang kian pupus. Mendengarkan namanya sahaja sudah sangat familiar bagi anda semua tetapi pernahkah anda menyaksikan persembahan makyong? Pojie boleh jamin 95% - 100% pembaca PoJiePooh tidak pernah menyaksikan persembahan makyong ini. Bagi yang pernah menyaksikan persembahan makyong, apa pendapat anda? Best tak? Pada Pojie sangat best, penuh dengan kesenian, adat budaya serta nilai² moral dalam penceritaan hikayat zaman berzaman. Cuma bagi yang tidak memahami dialek Kelantan pasti kurang senang dengan persembahan ini memandangkan 98% dialek yang digunakan adalah dialek Kelantan. Jadi penyampaian tidak akan sampai. Tetapi nasib baik Pojie memahami pelbagai dialek di Malaysia, jadi ini memudahkan Pojie memahami maksud sesuatu persembahana itu.



dan Di Malaysia, kita mempunyai tokoh² makyong ternama seperti Saari Abdullah (Allahyarham) dan Ruhani Mohd Zin. Malah usaha mereka diteruskan oleh beberapa pelapis muda yang merupakan pelakon berbakat seperti Juhara Ayob, Norzizi Zulkifli dan Rosnan Rahman. Bagi memastikan usaha mereka untuk memastikan seni ini terpelihara, maka ASWARA akan mempersembahkan Teater Makyong Sindo, yang akan dimainkan oleh pelajar² tahun akhir Diploma Seni Tari dan FTV. Silalah hadirkan diri anda untuk menimba pengalaman yang baru juga menyokong kesenian kita.



Kira ini kali kedua Pojie menyaksikan persembahan ini. Jika tahun lepas Pojie menyaksikan Makyong Raja Adil, dan Pojie sangat impress kepada pelakon watak utama yang merupakan seorang remaja berketurunan Cina yang sangat fasih bertutur dalam dialek Kelantan untuk persembahan tersebut. Lakonan dan penghayatan beliau sangat mantap. Pojie berharapkan agar pementasan kali ini lebih baik dari yang lepas. Pojie akan memberikan sokongan kepada teman² Pojie yang akan berlakon nanti. Diharapkan tetamu dari jauh akan suka menyaksikan persembahan dari Malaysia ini...

Love,

3 bicara yang baik hati...:

Rinie said... Reply To This Comment

atuk kak mek dulu main menora sebab tu telinga dia ada piercing gitu

Fauzzan Helmy Anuar said... Reply To This Comment

Aloh abe wei... Berahi sungguh la kiannyo ambo dapak mengikut tuam ambo menonton samo... deng deng deng deng...
Hahaahahahah
peksela sayang...
=(

Edy Ramanov said... Reply To This Comment

salam pojie. edy baru jer baca entry pojie yg nih. agak tersentaplah dgn statement yg pojie letak kt entry nih. bunyinyer cmnih: ASWARA akan mempersembahkan Teater Makyong Sindo, yang akan dimainkan oleh pelajar² tahun akhir Diploma Seni Tari dan FTV.

hai x kanlah diorg tuh jer yg exam makyong kan. sebenarnyer semua pelajar tahun 3 diploma ASWARA yg terlibat.mcm mana pojie tahu yg makyong nih hanya palajar tari dgn ftv jer yg terlibat? miss information yer. hmm..xpelah, edy just nak bagitahu jer k. tq, pojie.