||| Tercari² |||

Saturday, November 27, 2010

Keunikan 1 Malaysia

Salam kawan²,

Actually dari dulu Pojie nak share story ini dengan kawan² semua. Kisah mengenai 1 Malaysia. Bukan sebarangan ok. Pojie mengambil keunikan ini dari sudut kesenian dan tarian. Korang mesti biasa melihat kaum Cina, India atau bangsa bukan Melayu menarikan tarian joget dan zapin bukan? Tetapi korang pernah tak melihat orang bukan India menarikan tarian bharatanatyam, iaitu sejenis tarian India? Mungkin bagi yang pernah mendengar nama Ramli Ibrahim, ya beliau merupakan satu-satunya anak Melayu yang menyelami tarian klasikal India ini, dan beliau berseorangan. Berlainan pula dengan kumpulan tarian India dari UPM iaitu Putra Kalakshetra yang dibarisi oleh pelbagai kaum di Malaysia, bukan sahaja India, Melayu dan Cina, kaum Bidayuh pun ada tau! Hebat bukan!

Kumpulan ini diasaskan oleh Ravi Shanker, salah seorang penari klasikal India termasyhur di Malaysia dan organisasi tarian India yang dimiliki UPM ini sudah bertapak lebih 2 dekad lamanya. Kumpulan ini sudah banyak membuat persembahan di merata tempat di Malaysia dan agak terkenal juga di kalangan penggiat kesenian India. Mungkin tidak banyak yang boleh Pojie perkatakan di sini memandangkan Pojie agak baru mengenali kumpulan ini. Itu pun setelah teman² Pojie di UPM seperti Ariel, Bean dan Zuleyy mula menceburkan diri mereka di bidang tarian India ini, suatu pengalaman baru buat mereka yang sebelum ini merupakan penari zapin, joget dan kontemporari. Malah kehadiran bangsa Cina juga cukup membuat Pojie kagum kerana pada pendapat Pojie, selama Pojie bersekolah dan belajar sama² bangsa Cina, mereka agak kurang aktif dalam bidang tarian dan kesenian, apatah lagi tarian klasikal India. Kumpulan ini amat unik dan istimewa.


Harapan Pojie agar kumpulan ini akan terus berkembang maju dan dikenali di seantero dunia sebagai salah satu duta kecil 1 Malaysia. InsyAllah, Pojie pun nak join juga kalau berkesempatan. Macam best tau lebih² lagi apabila akhir² ini mereka telah membuat persembahan di sebuah hotel di ibu kota, dan di saksikan oleh VIP² dengan 1 pertanyaan; "Mana 1 yang India?"

         

 
Tiada 1 pun! 
Wow!!! 

 Hanya satu,

Friday, November 26, 2010

PoJiePooH @ Facebook

Salam buat semua,

Erm, orang dah berkurun buat, beratus² readers yang like fanpage dia, aku baru la terhegeh² nak buat kann! Dan kalau korang perasan kat sidebar Pojie nih dah ada dah like box untuk fanpage PoJiePooH di FB. Kalau suka klik jela yer. Ajak kawan² klik sama. Sebab Pojie tak larat nak approve blogger² dan pembaca² baru dalam personal FB Pojie. Pojie approve pada yang rapat jer, yang kurang rapat maaflah ya. Tak larat nak handle n trace setiap seorang.


So far, nak ucapkan terima kasih banyak² buat Redlinda yang sudi mengajarku membuat like box ini. Terima kasih juga kepada beliau dan 4 orang insan yang lain yang menjadi 5 orang pertama like page Pojie; Sidaratul, Haslina, Bro, Red dan Pojiepooh (eh, sayalah tuh). Terima kasih yer. Akhir kata, sokongan anda terhadap industri ini amat² Pojie harapkan :)

Hanya satu,

Thursday, November 25, 2010

Movie Review; AKU TAK BODOH

Salam,

Oklah straight to the point, last 2 nights Pojie dijemput untuk menyaksikan preview filem baru berjudul Aku Tak Bodoh. Filem adaptasi dari sebuah filem Jack Neo "I Not Stupid Too" yang pernah popular suatu ketika dulu di Singapura, dan kali ini diberikan garapan baru di Malaysia dengan menampilkan pelakon² baru dan lama yang berbakat. Seperti Riezman Khuzaimi, Amy Mastura, Adibah Noor, Namron dan ramai lagilah.



Filem yang bergenre family comedy ini mengisahkan tentang bagaimana ibubapa tidak cuba untuk memahami masalah anak² yang sedang meningkat dewasa. Tanpa kawalan dan perhatian dari ibubapa, mereka mudah untuk rapuh dan merosakkan diri sendiri. Apabila seseuatu kebrukan yang berlaku, maka anak² juga yang akan dipersalahkan tanpa mereka memikirkan dari mana kesilapan itu berakar umbi. Untuk sinopsis filem ini boleh refer kat Budiey.

Pada Pojie, filem ini bagus sekali dengan garapan dan acuan Malaysia. Unsur² humor dan emosi di dalam filem ini agak seimbang dan sekata. Kiranya dalam gelak, membuatkan kita banyak berfikir untuk memperbaiki diri sendiri, terutamanya ibubapa dalam membentuk anak². Anak² perlu dilihat dan dinilai selayaknya, diberi peluang untuk bersuara tanpa diskrimisi. Orang tua sering memikirkan bahawa anak² muda tidak cukup ilmu atau bodoh, maka anak² ini akan cuba membukatikan bahawa mereka tidak bodoh. Apa² pun Pojie terhibur sangat² dengan cerita ini, dan tak mustahil pojie akan mengajak famili Pojie untuk menyaksikan filem ini bersama², memandangkan ia berat mengenai kisah kekeluargaan. So far Pojie beri 4 bintang untuk filem ini. Mana pergi lagi 1 bintang? Sebab kurang originaliti. Apa² pun jom layan kedua² trailer filem Aku Tak Bodoh dan I Not Stupid Too...


Fun kan! Ingat nak cari pula filem I Not Stupid Too la pulak. Apa² pun terima kasih banyak² kepada CikHel, kerana sudi menjemput Pojie dan Jojo meyaksikan filem yang best ini. Kalau ada jemputlah lagi yer. Yang paling best siap dapat makan² percuma lagi. Hahah, biasalah blogger jakun 1st time dijemput buat movie review. Kira Qarl dah biasa dah dia. Apa² pun bangga sempat bertemu dengan KakInaKL, RedLinda, AusMelankolik, AnakPerak, Sumijelly dan Khaizarien. Maaflah ya, Pojie nak juga join korang berbual² tapi since Pojie nih penyegan, Pojie hanya mampu senyum² jer. Segan berada di kalangan blogger² hebat. Lain kali kita jumpa lagi ok. Oh ya, citer nih pun ada berkaitan dengan blogger juga tau! Kalau rasa² nak tengok wajah² mereka beramah mesra dengan artis² yang hadir, boleh la terjah ke blog mereka ok... Apa² pun filem nih paling meninggalkan kesan buat Pojie lebih² lagi dengan maksud...

F.A.M.I.L.Y
Father And Mother I Love You

Hanya satu,

Monday, November 22, 2010

Entri MUNGKIR JANJI

Salam,

Baiklah, agak sedih hari ini sebab hari Isnin minggu ini is not a good start for me. Bangun pagi² ke tempat kerja dengan harapan tak nak tempuh jam, nak duduk depan cam dan siapkan vlog yang tertangguh. Tetapi, pagi² lagi ada yenna sudah kena maki hamun sebab park motor cabuk dia sebelah kereta Pojie kat driver side, nak masuk kena masuk dari passanger side. Kangkang punya kangkang, jeans yang baru beli terkoyak lagi. Damn it! Naik rumah balik tukar seluar. Drive sampai pintu ofis baru sedar kunci ofis dan kad akses ada dalam beg 1 lagi. Cool. Balik umah, datang balik ofis sudah jam. Amik masa sejam lebih kesemuanya dengan kerugian minyak lagi. Shit!

Masuk² ofis lampu dalam ofis sudah macam lampu disko, lantak. Malas amik port, suruh orang tukarkan je. Lepas tuh on PC, on cam segala, tetapi Youcam sudah tamat subscription pulak. Ok fine... Kesimpulannya, Pojie tak dapat nak buat vlog seperti yang telah Pojie janjikan sebelum ini. Dah consider mungkir janji la kan. Shit! Tak suka. Nak buat vlog yang seciput ala² pun tak dapat, dan seterusnya pun tak boleh juga la membebel depan cam selagi lom renew. Damn it! Okla, tak mahu hampakan korang yang susah² payah bertanya, kini Pojie menjawab dengan copy paste sajor kat sini...








Sorry guys!!!

Hanya satu,

Saturday, November 20, 2010

Saya BANGGA!!!

Salam kawan²,

Ohhh maaf ya buat sesiapa yang masih menantikan kemunculan vlog Pojie. Debor gak kan macam mana Pojie nak membebel kali nih. Hahaha. Maaflah yer, ada masalah teknikal kat sini. Pekat jer pose², hafal skrip tup² tak leh nak upload plak. Tapi takpe, tunggu jer Isnin nanti ok, korang tatap la puas². Meanwhile, korang tataplah vlog protege Pojie di sini, comel orangnya. Nama dia P3tani.

Dah tengok? Puas ati? Suka? Taste? Sila jumpa mak hayam dia ni, boleh? Kidding! So, Pojie just nak story kat korang Pojie berbangga selama lebih 2 tahun bergelar seorang blogger Malaysia dari Johor (walaupun menetap di Lembah Klang). Ok, cukuplah kan Pojie cakap Pojie bangga? Jadi untuk meluahkan kebanggaan Pojie itu, maka Pojie telah letakkan badge di kanan atas blog ini. Jika sebelum ini hanya memaparkan Jalur Gemilang, tetapi pojie telah menggantikannya dengan badge "Malaysia Blogger" dan "Johor Blogger", ihsan dari BigHandDesign. Terima kasih ya :)

Cun tak??!

Kalau rasa² nak yang lain dari yang lain, leh gak dapatkan Tag Bendera Negeri dan Parti kegemaran korang. Bloggernita yang comel², boleh gak cari kat Nyetok.com ini! Ada 1 tuh sebijik cam Jojobdina yang tengah gigih menjalankan contest. Sila terjah dengan segera kalau nak dapat tiket wayang free dari beliau. Sekian saja bebelan Pojie kali ini. Sekarang mahu bersiap² bergegas ke Shout Award. See ya!!!

Hanya satu,