||| Tercari² |||

Saturday, March 13, 2010

Oh, kutuk blog Pojie warna merah SAKIT MATA eh...


Hah, nah sekarang terimalah warna² alam dari PoJiePooH.. Warna hijau. Warna kedamaian, warna pengubat rindu.. Ada juga yang berkata, warna cemburu.. Opps, no komen! Tapi Pojie mahukan komen anda..

Dengan tema yang baru, PoJiePooH; Satu-satunya...

Ok tak tema kali ini? Oleh sebab Pojie adalah seorang blogger Melayu yang menggunakan 95% bahasa Melayu sebagai medium PoJiePooH, maka idea asal "PoJiePooH; The One and Only" ditukarkan kepada "PoJiePooH; Satu-satunya". Nak letak "PoJiePooH; Satu dalam Seribu" pun tak boleh juga sebab mana ada lagi orang nama nih selain Pojie. Cuba la google kalau tak percaya. Muahaha, **tarik muka riak! Dengan tagline yang agak sempoi, ok tak?

Eh, ada yang cemburu dengan kehijauan ini? Jangan cemburu buta, cucuk mata kang! Kalian boleh [KLIK] kalau nak tau lebih lanjut. Boleh godeh² sampai berbuih; bak kata Melz. Boleh design blog sendiri beb! So, lepas ini sementara nak tunggu design dari Mr Web Designer tuh, selalu² la Pojie akan menukar² layout mengikut mood dan kesesuaian agar kalian pembaca² tercinta tidak bosan dan jemu. Ngehehe..

Yer, klik di sana untuk edit layout yer!


 
 Love,

Monday, March 8, 2010

Teater Kini Kembali!

Salam buat semua...

Agak lama juga Pojie tak update pasal teater nih kan. So kali ini Pojie mau update sama kawan² semua teater terbaru yang akan berlangsung sepanjang bulan Mac ini. Ada 2 teater iaitu Melati Pujaan Tumasek dan Muzikal Gamat.



Untuk teater ini yang meneruskan kesinambungan Semarak Bangsawan di Panggung Bandaraya, kali ini menampilkan kumpulan kesenian dan kebudayaan dari Perak. Salah seorang blogger; Iena Rihana yang Pojie kenal sejak tahun lepas akan memegang watak sebagai Mak Inang. Selalunya mak inang badan besar² kan, kali ini menampilkan mak inang yang kecil comel jer tetapi dengan sanggul yang lebih besar dari kepala. Hehehe. Oleh sebab harga tiket yang murah iaitu RM5, kalian disarankan agar datang lebih awal dari masa yang ditetapkan.


Teater kedua nih adalah lebih gempak dan gamat! Sesuai dengan tajuknya. Ia merupakan persembahan kali kedua (yang sebelum ini dipentaskan di IB) yang akan menampilkan 3 orang artis popular iaitu Amy Mastura (Ibu Gamar), Misha Omar (Ketua Buntal) dan Ziana Zain (Obor²). Jadi dengan ketiga² pelakon dan penyanyi hebat itu, adan boleh bayangkan betapa gamatnyer persembahan mereka di Matic, nanti. Harga tiket pun murah la juga iaitu RM22 dan RM50.

Selamat berhibur!
Jumpa di sana!

Love,

Sunday, March 7, 2010

PoJiePooH Ada SPAM???

Salam buat teman,

Semalam Pojie telah dikejutkan dengan 1 mesej di chatbox PoJiePooH ini dari seseorang yang tidak bernama...



Oh, Encik Guest, terima kasih banyak² tolong Pojie alaert dengan masalah ini. Pojie sendiri pun tak perasan akan permasalahan ini. Ada ker yang mengalami perkara yang sama? Sebab Pojie ingatkan itu normal. Kalau Encik Guest berhati mulia, adalah baik kiranya tuan meninggalkan jejak berserta link blog/ email di chatbox itu, untuk memudahkan Pojie mengetahui penyelesaiannya, baru nampak teguran itu ikhlas (bukan dianggap kritikan). Erm, ada sesiapa yang tahu menyelesaikan masalah ini. Share la sama Pojie yer.

Terima Kasih Banyak² ('_')V

Love,

Saturday, March 6, 2010

Syoknyer Main!!!

Hari ini hari Sabtu. Korang semua buat apa di hari minggu? Pojie hari ni kerja, kene standby. Esok maybe aktiviti tidur sepanjang hari kot. Lagi pun sepanjang mingu sibuk dengan pelbagai aktiviti. Semalam pulak penat main. Hah, main apa? Korang dah fikir bukan² kan! Pojie pegi Main Zapin la lahar! Kan Pojie dah kasitau kat entri jumpa terjumpa semalam tuh!



What a great performance. Tahniah buat penari dan mereka² yang terlibat dalam persembahan semalam. sangat mengasyikkan. Pojie dan teman² sangat teruja! Sangat berbangga dengan seni kebudayaan kita yang masih lagi disanjung tinggi. Lebih membanggakan apabila tarian ini bukan sahaja ditarikan oleh bangsa Melayu, tetapi ada juga bangsa Cina, India dan lain². 1 Malaysia sangat! Malah jangan terkejut kalau Pojie mengatakan Jospeh Gonzales pun turut menari bersama dengan pelajar² dan kareografer² (AF dan Sehati Berdansa) yang lain! Hebat kan! Ada pelancong luar pun menyaksikan persembahan mereka. Tak rugi membayar RM5 untuk harga pelajar (harga biasa RM20).


Mie & Zul bersama² menyaksikan persembahan semalam.


Akhirnya bertemu juga sama Along; salah seorang teman dancer Pojie masa di KUSTEM dulu. Teringat zaman² dulu menari di Australia..

Love,

Friday, March 5, 2010

Jumpa Terjumpa di Sana!

Hola!

Ini entri kedua Pojie pada hari ini. Gigih kan. Alah short entry jer lagipun. Maaf buat teman² yang masih menantikan entri pasal minggu lepas. Sabar yer. Maaf juga buat penerjah² blog Pojie (penerjah katanyer!) dan teman² yang lain, Pojie masih belum punya kesempatan untuk menerjah kalian kembali apatah lagi membaca entri terbaru dan mengomen². InsyAllah esok Pojie kerja, dan tak banyak kerja, Pojie akan cuba sebaik mungkin utk melangsaikan "hutang²" Pojie itu yer. Apa² pun terima kasih banyak² buat kalian kerana memahami.

Apa² pun malam tadi Pojie gembira akhirnya bertemu juga dengan seorang teman blogger dari Kuala Terengganu; Mie. Gigih ni turun KL sebab nak jumpa Pojie dan teman² baik dia di sini. Terharu sangat. Kami berjumpa di KLSentral lepas Pojie habis kerja dan kami bergegas ke UIA untuk melihat show Ummati di sana. Khabarnya seorang bloggertari buat show; Am. Alahai cute jer dia, kecik orangnya. Amik pic tetap dengan signature pose dia - PEACE! Tapi bila menari zapin, meletop!


Dari kiri; Am, Pojie dan Mie

Pulang ke rumah Pojie dengan Mie berborak sambil tengok TV dan online. Hujung² tido lambat masing² dan pagi ni mengantuk. Hahaha! Petang nih insyAllah pas jumpa Nemo, Pojie bersama² dengan Mie akan pergi ke ASWARA. Oh, mungkin bukan Pojie berdua saja, tetapi ada beberapa lagi teman akan turut serta menyaksikan show Main Zapin kat sana. Ia akan berlangsung selama 3 malam berturut² dari malam ini sampai Ahad malam. Pukul 8pm. Jom kawan²! Ada yang pergi, kita akan jumpa terjumpa di sana, jangan malu untuk menegur Pojie yer :)

Love,