Erm, tahun 2009 berbaki sehari saja lagi. Kalian dah ada kalendar tahun 2010 tak? Belum ada? Ohh, tak payah susah² membeli barang² kat Mydin ker Giant ker semata² nak dapat kalendar percuma. Anda boleh buat sendiri lagi tau! Personalized siap tempek muka sendiri lagi. Glamour gittew! Caranya bagaimana? Meh sini Pojie ajar, andai anda manusia yang mempunyai penyakit 'narcism' seperti empunya blog ini, maka Pojie cadangkan anda boleh membuat kalendar sendiri dengan meletakkan muka sendiri di atas kalendar itu dengan melayari laman web ini [KLIK]. Kalau tak nak letak gambar sendiri pun tak mengapa. Kalian boleh letak gambar kucing ker, pemandangan ker, yang tersayang pun boleh. Lagi afdhal gambar mak ayah dan family (anak mak sangat kan!). Anda boleh lihat salah satu contoh yang telah Pojie buat sebentar tadi [KLIK]. Nak save, print dan tampal kat dinding anda pun boleh juga, tanda anda pembaca setia PoJiePooH. Wahhhh!! Selamat Mencuba!
Love,
Erm, mungkin kebanyakan daripada kalian sudah tau yang Pojie nih boleh dikategorikan sebagai "hantu" novel sejak di sekolah rendah lagi. Pojie paling suker novel genre pengembaraan, seram dan suspen. Yang cintan cintun, jiwang karat, ampun! Pojie leh kene migraine kalau baca. Opps! Bukan bermaksud Pojie xromantik, no, no no! Cuma Pojie rasa rimas cam tiberikan ubat tidur apabila diberikan novel² kisah romantik nih. Tak tahulah mengapa.Since beberapa minggu yang lepas, ada perkhabaran yang mengatakan bahawa ada 2 novel sedang laris di pasaran, Pojie pun apa lagi, dapat gaji minggu lalu, terus Pojie ke kedai buku mencari 2 novel ini. 1 dari novelis thriller, penulis kegemaran Pojie iaitu Ramlee Awang Mursyid dengan buahtangan beliau yang terbaru iaitu 9 Nyawa, dan 1 lagi dari seorang blogger yang Pojie pernah kenal rapat suatu ketika dulu dengan novel sulungnya bertajuk Blog Priasetia.So far, Pojie tengah gigih menggila menghabiskan novel 9 Nyawa. Memang best dan mendebarkan. Blog Priasetia menyusul kemudia. Hehehe.. Buat kalian semua yang "hantu" juga seperti POjie, jangan lupa dapatkan nashkah² ini di kedai² buku yang berhampiran yer.Adios!!!
Love,
Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,andai diri tak sehebat SULAIMAN.
Mengapa mengharapkan teman setampan YUSOF,jika kasih tak setulus ZULAIKHA.
Tak perlu mancari teman seteguh IBRAHIM,andai diri tak sekuat HAJAR.
Mengapa didamba teman sesempurna MUHAMMAD,andai tidak setabah KHADIJAH. Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai satu keunikan.Carilah kebaikan pada dirinya,dan bersyukurlah jika dipertemukan dengannya,dan berdoalah semoga dia milik kita selamanya.. Love,
Salam buat teman²..Sebagai pembuka tirai dekad baru, tahun 2010 yang berbaki 5 hari saja lagi dari sekarang, 2 ikon Malaysia iaitu M. Nasir dan Dato' Siti Nurhaliza akan bergabung membina sejarah keranan dua gergasi seni buat pertama kali iaitu Konsert Bagaikan Sakti di Esplanade, Singapura pada 1 Januari 2010 nanti.Apa yang menariknya di sini, peminat-peminat penyanyi tersohor, M Nasir dan Dato’ Siti Nurhaliza di Malaysia turut berpeluang untuk menonton Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Dato’ Siti Nurhaliza secara langsung pada pada hari yang sama jam 8 malam. Pelanggan Astro boleh melanggan Astro Box Office Events (saluran 955) untuk menyaksikan konsert ini hanya dengan harga RM10.00. Manakala siaran ulangan konsert berkenaan pula akan bermula pada 2 hingga 10 Januari 2009 di saluran yang sama. Hebat bukan!Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Dato’ Siti Nurhaliza bakal menyaksikan gabungan hebat M.Nasir dan Dato’ Siti Nurhaliza mengalunkan lagu-lagu hebat mereka serta lagu-lagu klasik yang pernah didendangkan oleh seniman terkemuka sepanjang zaman seperti P. Ramlee, Saloma dan Sudirman sepanjang persembahan dua jam tanpa henti.
Meletop!!
Love,


Pada hari ini 26 Disember sehingga 29 Disember 2009 akan berlangsungnya sebuah persembahan tarian hebat terutamanya zapin yang akan melibatkan lebih 50 orang penari dalam persembahan anjuran Yayasan Warisan Johor. Gerak tari indah ini akan diuruskan oleh Onn Jaafar. Gerakan kreatif ini akan mengikut rentak zapin yang mewakili pelbagai negeri di Malaysia seperti Zapin Arab, Zapin Lenga, Zapin Pekan, Zapin Sarawak dan sebagainya dengan iringan kumpulan muzik secara langsung.
Yang pastinya, Pojie sebagai salah seorang anak Johor yang bangga dengan tarian zapin pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai pertunjukan yang hebat ini! Pojie dah janji sama Fauzzan Helmy (a.k.a. Mie) untuk menyaksikan persembahan ini memandangkan kami berdua adalah anak Johor dan juga penari yang bangga menjalani rentak tari zapin. Oh, tidak lupa Abg Adie dan Zull akan ikut serta menyertai Pojie melihat persembahan ini. Mengikut informasi dari Mie, tiket 27 dan 28 haribulan telah habis dijual, maka tinggal 26 dan 29 saje lah. Pojie perlu bertindak segera membeli tiket² yang masih ada sebelum kehabisan. Masih belum sempat membeli. Untuk kawan² yang mahu membeli, boleh la melakukan demikian dia Ticket2U.
Sumber: Istana Budaya
Love,