||| Tercari² |||

Wednesday, January 28, 2009

Especially for Kasih...


Nothing special...
Just a simple way to show how much I love Kasih...
Just to give her something sweet and lovely when we're apart from each other...
Hope this can make her smile...
Can make she feels like I'm beside her, hugging her with a lot of love...
Ah, almost 3 years and the love still flaming in our hearts...
Love you Kasih...

p/s: Hopefully dia nmpak la special gift yg xsberapa utk dia tatkala dia buka mata bgun tido nnti. Hiks =p

Saturday, January 24, 2009

Vote for PALESTINIAN!!!

This is a Sticky Mode entry
New entries will be update below this entry

Assalamualaikum guys...


Pojie just received an email from a friend of mine (thanks Ijad) recently about to help the Palestianian by voting thru a website. Pojie xberapa pasti adakah cara ini berkesan utk membantu saudara² kita yg dalam kesusahan sekarang, tapi yg pasti ini juga merupakan usaha utk kita membantu mereka. This should be disseminate to all our friends and brothers out there...

Stop killing Palestinian!
Stop killing people!
Stop being animal!
Save our world from cruelty!



To those who got the internet access. Kindly please do something.

- Save The World -


HURRY UP!!! BEFORE THE TIME PASS we Muslim at least could do this???

A vote in CNN asking,


"Do you think Israel had a right to attack Gaza?"


We are now losing on 51.1% to 48.9% please vote.... and forward the following voting site to maximum number of your Muslim friends & relatives:


http://www.israel-vs-palestine.com

Friday, January 23, 2009

Shrinkage?!! Oh no!!!


Hah, korang nampak x apa bende natang kat atas tuh..? Itulah notes briefing kat opis pagi tadi. Bese la time² recession nih sumer company nak cut cost, n company Pojie pun xterkecuali apabila client ktorg di Kota Singa tuh dah menyuarakan hasrat mereka. I'm damn freak out ok!!! Jelas depan mata dah 2 3 org kwn² baik Pojie kene diberhentikan atas masalah ini (bukan company Pojie). Takut woo kne archieve target macam kat atas tuh. Nampak cam senang kan, tp ble korang on floor melayan mgt n custimak yg byk cekadak nih mmg xterlayan, nih mau layan mende alah bodoh nih plak. Adoi risau btol aku.

Walaupun Pojie bukan la antara staf yg tercorot, tp Pojie juga bukan staf yg terbaik. Jadi peluang utk jadi penanam anggur terchantek pasnih adalah 30-70. Walaupun seniorita kat opis nih xmenjanjikan apa² sebenarnya. Nak naik pangkat payah, mau kene buang lagi ada. So I've 2 option now;
1) keje bermatian-matian kat opis nih, or
2) blah sblm kne halau.


Oh no!!!

Thursday, January 22, 2009

Diet Mengikut Jenis Darah


Assalamualaikum sumer...

Baru² nih Pojie ada tertengok satu rancangan kat TV xingat TV apa n apa program tuh. Yang pasti program kesihatan la. Topik kali nih best, satu informasi yg Pojie xpnh tau dan Pojie pasti ramai kwn² kat luar sana mungkin xtau pasal bende nih iaitu Diet Mengikut Jenis Darah. Pernah dgr x..? Pernah? Tp xtau lebih lanjut..? Bagus.. Yg lain² xpnh eh..?

Ok meh sini Pojie nak share info berguna utk korg sumer. Mana la tau saper² yg berhajat nak kurus dan cantik (uhuk²), leh mengamalkan pemakanan berdasarkan jenis darah korg sumer.. Make sure korg tau korg berdarah apa. Klo berdarah seni or diraja xleh pakai tau! Xmasuk dalam topik. Hehehe... Jom kita tgok info yg Pojie cari dari jaringan maya.

Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D´Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan. Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang. Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.


Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki. Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain.


Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit. Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh.

~ DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’ ~

Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba


~ DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’ ~

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:
• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak. Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba


~ DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’ ~

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi


~ DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’ ~

Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.

Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.

Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:
• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba



So far apa yg Pojie tau yg hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah sesuatu yg agak baru dan masih lagi ada pertikaian. Oleh itu apa yg leh Pojie sarankan di sini, xkisahlah korg dari kumpulan darah A ker, B ker, AB ker, O ker, hatta darah putih Mahsuri ker, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.

Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada korg sama ada nak mengaplikasikan saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.

Wednesday, January 21, 2009

Blood Character Analysis

Good day everyone and assalamualaikum...

Pojie ada terima emel dari seorang kenalan berkenaan ngan Analisa Karektor Mengikut Darah atau dgn nama mat salehnyer sebagai Blood Character Analysis. Erm, best jugak tau. Meh sini tengok karektor masing²... Btw Pojie B +ve ok. Agak² betul x ek..?





Type O "Hot"

Confident and Strong-Willed, Proud, Dedicated, Sociable, Energetic, Extroverted, Frank, Realist, Showy, Flighty, Generalist, Positive, Independent, Risk-Takers, Dislike taking orders, Insecure, Stubborn & Self-Centered. Make friends easily and go with flow and grasp opportunity. Quick to start a project or chase an idea. Are good at organizing activities. May have short attention span, and expresses strong emotions. May quickly take opposite views that are deep but not always durable. Classic entrepreneurs and movers and shakers.Express their emotions but can be swayed by other blood types. Have an intrinsic elegance. Sociable and showy. May be good at adapting to circumstances. Words come easily to them. Not self conscious and will frankly reveal inner feelings. Ambitious, but may have issues with detail. Like to be touch and be touched by others.


Type A "Cool"

Obedient, Careful, Sympathetic, Self-Sacrificing, Polite, Honest, Loyal, Emotional, Introverted & Nervous. Are reserved calm and even tempered. Sensitive to public opinion. May be Introverted, shy and nervous or ill at ease with others. May be Pessimistic. Value relationships and are loyal. Hesitant to change. Nature lovers and dislike crowds - need a private place or secret hideaway. Can be indecisive. Good at team work and obey rules.

Dislike to touch or be touched by others.


Type B "Active"

Cheerful, Optimistic, Active, Sensitive, Kind, Forgetful, unorganized, Noisy, Egocentric. Energetic and have the drive to reach towards goals. May be workaholics. Not the best team players and are individualistic. Do things at one's own pace. Strong personality adventurous. Likes to get one's own way. Are Sociable and enjoy entertaining. Like to touch or be touched by others.



Type AB "Care-Free"

Social, Easy-going, Sympathetic, Diplomatic, Outgoing, Laid-back, Creative, Unpredictable, Artistic, Flexible, Moody and Brooding.
Blend of opposites. Shy with some and bold with some. Introvert and Extrovert. Unpredictable and may seem to have calm exterior. Strong creative strain. Good at spotting problems and skirting them. Like city environment. Get bored easily. Everything they do is compelling. Never take things for granted. Appear mysterious. Contribute harmoniously to society. Dislike to touch or be touched by others.


Paham idak? Hehehe... So kesimpulan yang leh dibuat mengenai karektor setiap kumpulan darah bleh la digambarkan seperti kartun² cute di bawah... Kindly pls click on the image for enlargement. So cute!!! =)









p/s: Hehehe... 80% cam sama jer. Kartun tuh mmg menggambarkan sumer sifat Pojie. Ngee..