Mesti semua tertanya² pasal pic di atas. Macam mana leh dapat jemputan ke Anugerah Skrin 2008 yang telah berlangsung pada hari Jumaat 7hb November yang lepas di PWTC telah berlangsung dengan jayanya tuh?! Hehehe... actually invitation card tuh bukan Pojie punya tapi...
Eh, macam mana invitation card Jue Aziz ada pada Pojiee...? Jeng³... Nih yang nak story sket nih. Actually Pojie la insan yang bertanggugjawab menatarias Jue Aziz (sbg pembantu jurumekap jer...) sehingga dia kelihatan cantik dan comel cam babydoll nih!!
Sebenarnya Pojie hanya mengikut kawan Pojie seorang jurumekap artis namanya Romzi Nuchi. Pojie sebagai pembantu dia jer. Since Pojie hari Jumaat tuh kebetulan free, so Romzi ajak la Pojie teman dia mekapkan Jue Aziz kat umah dia (umah kakak dia actually) kat Bangsar.
Seperti yang dirancang Jue amik kami kat area McDonald Bangsar walaupun lambat 2jam atas perkara yang xdpt dielakkan. So apa lagi kelam kabut la kami nak menyiapkan dia sebab red carpet bermula pada 7.30pm. Nasib baik gak dia bli wig, so kami xperlu nak bersusah payah siapkan rambut dia, just mekap jer. Mekap plak agak rumit sebab kami nak ikut konsep berlian dan a sense of Egypt. Lastly sempat la jugak dia lalu ke red carpet walaupun acara hampir bermula. Dia pada malam tuh tercalon utk Pelakon Harapan tapi xde rezeki dia. Pada masa kami mekapkan Jue, kawan baik dia Fezrol Khan pun datang dengan gaya rambut dreedlock dia utk filem terbaru. Cool beb! Kami tumpang Fezrol utk ke PWTC. Lawak jugak la dia nih kepala gila²... Jue biasa² jer, sopan tatkala berbicara.
Erm, so ble sampai kat dalam dewan tuh Pojie ngan Romzi lebih prefer duduk kat backstage sebab ada ramai kawan² kami n artis². Ramai la xsmpat nak amik pic sumer artis yg Pojie jumpa. Blom lg kne ngan artis yg feeling xleh diganggu di backstage kononnyer takut terganggu mood. Oklah, Pojie paham, xmo la ganggu. Saper la Pojie kan. Tp yg best ble Pojie dapat jumpa kawan lama Pojie masa study kat KUSTEM dulu; Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin. Ktorg 1 fakulti n 1 kelas walaupun berlainan kos (Pojie kos Marine Biology dan Nurul kos Marine Science). Dia budak dancer gak dulu, tp dah rezeki dia belom abes study lagi dah ken sambar ngan TV3. Jeles pun ada. Ktorg panggil dia Syud jer dulu. Pojie nampak jer dia terus berborak². Sempat Pojie sagat dia lite² coz kekwat skrg. Mana x nyer, susah nak dapat respon dari dia ble call or sms. Per² dia semakin cantik.
So far, baru la Pojie tau bukan mudah sesuatu penerbitan atau produksi itu utk berlangsung tanpa bantuan setiap pihak. Nampak kat dalam tv n atas stage cam smooth jer. Cantik jer semua. Padahal kat backsatge tuh kelam kabut masing² menjalankan segala tugas² yg diamanahkan, baik artis mahupun kru². Pojie yang tengok pun naik pening paler tau! At least Pojie dapat la pengalaman baru. Cuma pengalaman nih Pojie penah gak timba masa study dulu utk buat Konsert Purnama Merindu Siti Nurhaliza. Pojie la ahli produksi (naib bendahari), Pojie la penari. Last² abis event Pojie pun demam. Tapi enjoy! Lebih² dulu 1st time jadi dancer utk Siti Nurhaliza. Bangga beb! Cuma skrg jumpa dia pun dah biasa dah. Xheran pun. Cuma tggu peluang nak jadi artis nnti Pojie mau berduet ngan dia... Ah, feeling!!! Hahaha...





