||| Tercari² |||

Tuesday, October 12, 2010

Layan Contest Nama Untuk Anak Wa

Salam,

Erm, rajin bebenor ler kawan² buat contest kat sana sini. Macam rimas juga bila dipaksarela suruh join contest depa, tapi bila fikir² balik ada hikmahnya. Bukan habuah hadiah yang dinginkan tetapi persaudaraan di alam maya yang diharapkan. Ceh³, propah sangat! Alah, Pojie kebetulan takde idea nak tulis entri apa nih, si Yuyu plak suruh join contest, layan jela minah nih.



Terkejut jugak bila dia cakap Contest Nama Untuk Anak Wa (wa di sini refer kepada Yuyu). Ingatkan dia sudah berpunya dan akan memiliki anak? Hampir² aku patah hati nak ejas², tetapi rupa²nya untuk anak buah dia yang akan dilahirkan tak lama lagi. Uiks, minah nih kecoh kan akak yang nak bersalin dia yang dok sibuk² cari nama la, cari barang² baby la. Kalau baby dia, aku rasa gudang Anakku tuh dia pulun habis. Hahahah!

Oklah Yuyu, Pojie nak jawab nih, mahu namakan bakal anak buahmu itu dengan nama RAJA HAIRI SHAH. Amacam? Cara tak? Pojie amik nama Hairi sebab itu nama my bestfriend Pojie dari tadika sampai la dah nak nikah nih. Orangnya ensem, chinese look, yang penting dia model dan budak lawyer. Pandai ok, jeles sangat sama dia sebab mak selalu banggakan dia. Tapi Pojie bangga gak dengan dia sebab dia superduper cool! So, Pojie mau tag 3 orang awek;

Natasha Eone
Eny Kikilala
Eyka Meow

Semoga yang di-tag itu senang hati join contest minah nih. Hahah! Apa² pun Yuyu, Pojie pun tak sabar nak tunggu anak Pojie jugak. Anak apa? Anak sugar glider. Planning nak amik satu lagi yang jantan buat peneman Prada ;p

Love,

Monday, October 11, 2010

Senyum :)

Salam,

Di pagi Isnin nih biasalah kan, penyakit Monday Blues melanda. Suram dan kusam jer rasanya. Pojie pun tak terkecuali. Dengan hambatan kerja yang tak berkesudahan. Apa² pun make sure anda sentiasa happy dan ikhlas dalam sebarang pekerjaan. Yang penting SENYUM ok! Sebab bila korang senyum, semua akan sejuk hati, senyum kembali kepada korang dan secara automatiknya hati korang turut sejukkkk jer.. Apa² pun leh layan lagu nih, sure korang akan tersenyum...



Kalau saya senyum awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum, dunia tiada penyakit...

Love,

Saturday, October 9, 2010

Weekend yang padat!

Salam,

Huwaarrgghhh! Bestnya buat kuak lentang atas katil weekend² ni. Nak sambung korek idung sambil layan citer² kartun kat TV. Ohhh, what a pleasure... Ehhh, sat! Ohhh, shit! Baru teringat program yang kena attend harini dan esok....



See, gilalah. Dato' Siti pun kalah macam nih. Sampai hari Sabtu Ahad pun sibuk memenuhi undangan show rumah terbuka. Kalau nak tahu inilah Pojie. Sangat sibuk berkerja hari², dari hari Isnin sampai Jumaat. Nak rehat² kan badan hari² minggu pun ada jer yang berharap kehadiran kita. Kang kalu tak datang kurang meriah katanya, kurang hiburan. Celaka ko kannn, ko nak suruh aku buat pole dance ker lahar? Hahaha! Tak mengapalah, dah itu Pojie rela. Sebab kadang² bosan gak sepanjang hari duduk rumah. Balik² kemas umah, sapu lantai, mop lantai, basuh bilik air, walhal duk bertiga dalam umah nih macam duk sorang. Bukan bersepah sangat pun rumah Pojie tuh.

Ohh, lupa nak bagitahu, kalau sesiapa terjumpa Pojie kat mana² event di bawah, sila jangan malu untuk menegur yer, sebab nak harapkan Pojie yang pemalu nih tegur korang, kirim salam la... Kekwat tak aku. Kikiki, bukan kekwat la kawan², segan... Selamat pengantin baru dan semoga berbahagia buat buahati Pojie Malaysia, Dato' Dr Sheikh Muzaffar yang akan melangsungkan perkahwinan bersama Dr Harlina pada hari Ahad nih. Yeahh, tak sabar mahu menghadiri majlis mereka di depan TV3. Wakakaka!

Love,

Friday, October 8, 2010

Cutie Pet Fair 2001 @ Central Park, 1 Utama

Salam,

Erm, buat sesiapa yang ada pet, xkisah la sugar glider ker, kucing ker, chihuahua ker, kalau weekend nih rasa² free, takde mende nak buat, bleh la mai ke event ini. Mana tau boleh tambah pengalaman.


Ia diadakan di Central Park, 1 Utama pada 9 dan 10 Oktober 2010 bermula dari 10 pagi hingga 6 petang. Untuk senarai aktiviti dan acara yang akan berlangsung, boleh la refer ke Petfinder.my ya. Insyallah kalau Pojie pergi pun maybe petang² sket kot since program untuk sugar glider nih dalam kul 4 petang jer baru start. Sebelum tuh pasal cats la, dogs la.

So, see ya!

Love,

Contest- Gambar Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka) Kak Ina KL

Wahhhh, Kak Ina and The Baruts??! Band baru ker uols? Meletop tak? Oiii Kiah, Tipah, kau jangan main², ketua dia seorang ibu tapi masih mantooop tau! Bukan mantooop melalak, tapi mantoooop berblogging. La nih nak bagi hadiah pula. Wow, kelas kau Marlia Kak Ina oi! Mencurah² lagi la rezeki akak and The Baruts geng hendaknya. Eh, lupa masuk² tak beri salam.

Salam semua....

Nih bukan apa, saja gedik² nak join contest Kak Ina KL [KLIK]. Dia kan bloggernita, yang dijangka sebaris dengan bloggernita RedMummy dan Hanis Zalikha tak lama lagi. Kaoo mampoo? Akak tak mampoo deknon, lebih² lagi pengunjung blog beliau sudah mencecah 400,000 orang. Kak Ina dengan geng² tali barutnya (yang kini saya gelarkan Kak Ina and The Baruts) sangat gigih ok. Sampai Pojie nak join the geng pun tershampak ke geng tali lain -TALIBAN! Hahaha!!!



Hah, melerts tak tagline dia? Kira kalau orang luar Kolumpo (KL) datang KL tak ingat Kak Ina, tak sembah ratu, harus trafik korang menjunam selama seminggu. Gittew! Tapi since Pojie kira dalam KL nih, hari² ingat kat dia sama jer trafik nan ado, apa cer? Sentap tau! Takpela, usah dikenang kisah sedih seorang blogger bernama PojiePooh nih. Huhu. Tapi kan mesti korang tertanya² apa la yang best sangat pasal blog Kak Ina ni yang "Tertunailah Hasrat di Hati" nih? Tah hasrat apa yang tertunai tuh tidak pulak dikongsi bersama. Hasrat nak bagi Pojie menang kannn? Sayang Kak Ina, mmuahhh! Dan² la ko Pojie!

Okla, actually blog pemilik seorang wanita tabah ini yang akan menyambut ulangtahun ke-2 blognya November ini, banyak berkisar tentang kehidupan beliau sebagai seorang isteri dan ibu. Kelebihan yang dilihat seperti masakan. Beliau sangatlah suka berkongsi resepi masakan yang sedap² macam Kak Nor, yang bisa buat Pojie meleleh air liur kelaparan, lebih² lagi di kala bulan puasa yang lalu. Siap pernah sekali beliau hadir di sebuah event dengan membawa kuih yang sedap. Tetapi, yang peliknya, dengan kebijaksanaan beliau masak memasak nih, tidak pula Pojie dengar beliau membuat open house untuk menunjukkan skill serta kehebatan beliau. Wahhh! Bila lagi kak? Takpe² kita tunggu Raya Haji, kalau tak sempat juga, tunngu Deepavali jelah ek ;p

Selain itu juga, beliau juga merupakan anak emas Nuffnang. Yelah, earning beliau beribu kot dengan company tuh. Ko gila tak sayang orang² hebat seperti Kak Ina ni, yang sering menjayakan iklan dan event² yang diadakan, walaupun bergelar seorang isteri dan ibu. So far Pojie pernah jumpa Kak Ina 3x jer kot memandangkan Pojie bukanlah seorang blogger gigih seperti beliau dan tali barutnya. Hehehe. Okla, cukup la carutan saya terhadap ketua kumpulan Kak Ina and The Baruts nih. Lebih² kang tak menang plak aku. Hahah, usah berharap yer Pojie, entri orang lain tu diaaa lagi grand dari kamu. Takpe², saya hanya nak support kawan² dan memeriahkan majlis walaupun POjie agak keliru di sini. Dia minta pic open house aidilfitri tapi minta story pasal blog dia plak, saya pening la kak. Help! Help!!! Apa² pun bagi memenuhi syarat, jom layan pic jejaka² pujaan Malaya berbaju Melayu di rumah terbuka seorang teman Facebook pada 25 Septermber yang lalu di Putrajaya.



Contest- Gambar Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka) adalah anjuran bersama eyriqazz , beautifulnara dan nurazzah.

P/S: Tengah belek² pic raya ada tak bergambar dengan family dengan gaya yang paling cool, sebab nak join contest BeanMoreno pulak. Jom join!

Love,