||| Tercari² |||

Tuesday, September 28, 2010

Vlog: Rumah Terbuka Hari Raya

Salam,

Ikuti kisah Pojie yang sedang bersiap untuk ke rumah terbuka seorang kenalan di Facebook dan dalam masa yang saya sedang berceloteh pasal budaya rumah terbuka. Erm, Pojie bila lagi nak buat rumah terbuka ek? No komen. Hehehe. Maaf audio agak kurang memuaskan, kene increase sikit volume speaker/ headset anda kalau mahu mendengar Pojie mengomel..



Apa² pun buat yang telah menjemput Pojie ke rumah terbuka, terima kasih banyak² Pojie ucapkan. Terima kasih daun keladi, kalau ada jemputlah lagi. Hehehe. Dan bagi sesiapa yang planning nak buat rumah terbuka tuh jangan lupa jemput Pojie ek. Sementara badan tengah naik nih. Kang dah abes bulan baru nak start diet balik, boleyyhhh??! Hahahah!

Love,

Saturday, September 25, 2010

Lagi pasal MINI Driver Training

Salam,

Erm, entri ini bukanlah sekuel dari entri yang lepas berkenaan dengan MINI Driver Training nih. Just nak share video yang Pojie jumpa masa upload kat Youtube tempoh hari. Oh, ada blogger yang dah join sebelum nih pada Julai lalu iaitu HazelOng dan KYSpeaks. Kira Pojie nih blogger ke-3 la yer yang dapat jemputan nih ya. Cuma bezanya mungkin Pojie dijemput untuk memberikan liputan dan berkongsi pengalaman dengan pihak² yang dikehendaki. Tapi tak mengapakan Pojie share dengan pembaca² Pojie.



Basically this is what I did last time in the MINI Driver Training for the whole day of Wednesday. So I believe you guys drivers should join for this great and fun event. Just call the MINI hotline 1-800-88-6464 for more info... Rasanya for this year dah habis kot. Next year akan ada lagi. BMW Driver Training pun ada juga. Bezanya hanyalah kereta sahaja. Menjawab soalan bro MatJoe and bro JMR, Pojie pun secara tidak sengaja mendapat invitation nih dari seorang MINI Manager since dia tahu Pojie seorang blogger dan ramai kenalan. Tapi nak join call jer MINI hotline tuh ok. Memang fun! Hehe..

Love,

Friday, September 24, 2010

Sayalah bakal pengganti Awal Ashaari dalam Impak Maksima!!!

Salam,

Ramai yang sudah tau akan khabar angin ini, dan inilah buktinya yang sekarang Pojie tengah sibuk menjalani latihan di Litar F1 Sepang, untuk aksi lasak perlumbaan kereta. Cuma kali ini kita akan menggunkan kereta MINI. Percalayah. Ini buktinya...



Gambar itu diambil selepas habis perlumbaan kereta MINI dan melayakkan Pojie menjadi seorang pemandu kereta lumba, ataupun racer. So ada berani??? Wa cabar lu orang race sama wa kat litar? Jom!!!



Opppsss, itu bukan wajah seorang perompak yer, tetapi wajah saya dalam sarung helmet racing. Cettt! Poodahhh! Tipu sket jer, jangan marah deh! Actually Pojie menyertai event MINI Driver Training. Event ini merupakan julung² kalinya diadakan. Jika sebelum ini event seperti ini hanya diadakan oleh BMW dengan menggunakan BMW 3 Series, tetapi kali ini MINI juga menganjurkannya dengan temanya; "More safety, more fun". Bersesuaian dengan konsep MINI itu sendiri yang kecil, cool dan menghiburkan.







Di dalam program ini, ia akan memberi tunjuk ajar tentang bagaimana untuk mempraktikkan gaya pemanduan yang lebih selamat terutamanya di dalam hal² kecemasan. 1st sekali, diberikan sedikit pengenalan dan briefing. Kemudian di ajar posisi duduk yang betul ketika memandu dan tangan diletakkan di steering pada posisi pukul 3 dan 9. Itu semua memainkan peranan yang penting dalam pemanduan. Selepas itu di litar kami diberikan tunjuk ajar cara untuk brek dengan berkesan dan selamat lebih² lagi ketika kecemasan. Kemudian diajar juga teknik² untuk mengubah laluan kenderaan ketika di dalam kecemeasan dan kami mempraktikkan semua itu.



Dan part yang paling mencabar di dalam latihan ini adalah kawalan steering ketika membuat pusingan lebih² di jalan yang licin dan berair. Selain itu turut diajar membuat "agent turn", iaitu teknik reverse kereta dan memusingkan kereta dengan pantas macam dalam cerita James Bond tuh ok. Jangan tak tahu, kami melakukan aksi² lasak ini di dalam hujan lebat. Sangat mencabar dan menakutkan, tetapi seronok. Macam main roller coaster. Kira kalau kena kejar along pasni dah boleh drive dengan sepantas kilat. Huhuhu... Dan the last part was, RACING di litar!!! Memang syok habis. Baru dapat racing sepuas hati. Dapat merasai pengalaman orang berlumba di Litar F1, perasaan konar laju² sampai berbunyi tayar. Sampai terbabas, sakit² tangan dan tengkuk. Happening gila!




Ketika membuat agent turn
**maaf, audio dan video kurang kurang jelas

Sangat best ok! Pojie sarankan kepada semua pemandu² di luar sana, anda WAJIB menyertai program ini. Walaupun dikenakan bayaran, tetapi dengan ilmu, layanan, makanan serta pemberian beberapa cenderamata berserta sijil, ia sangat² berbaloi! TRUST ME! Apa² pun Pojie tertarik dengan kata² seorang instructor;



"The car cannot start is not a problem,
but the car cannot stop is a big problem"


Love,

Wednesday, September 22, 2010

Raya & Ketupat

Salam,

Kawan² mesti suka ketupat kan. Paling best time² raya. Kalau bukan hari raya memang dia kurang feel ketupat tol tak? Nak makan ketupat esti sama rendang, kasi sambal kacang, kuah lodeh, pergghhhh meleleh siot. Menangis orang² yang belajar oversea sebab tak dapat rasa ketupat yang dibuat dari daun pokok kelapa. Err, ketupat daun palas bukan dari negeri Pojie so tak mau campur dalam ini cerita. Hehehe.

Nih cakap pasal ketupat, makan sedap korang tau ker nak buat macam mana? Nak anyam dia, pastu nak ketatkan dia, nak masukkan beras, nak rebus, tau tak? Tak tahu? Err, sila belajar dengan segera especially gadis² di luar sana yang sedang mengintai saya.**muntah. Kerana saya nak bakal bini saya pandai anyam ketupat, paling² tidak pun masukkan beras dalam ketupat. Sebab apa? Sebab saya tidak mahu anyam sorang² bila kita bersama ingin menyambut hari raya.. Wooottt???! Hahaha, yuppp anda tak salah baca la. Ini buktinya...



Ok, percaya tak? Errr, xpercaya takpe next time Pojie soh anak Puan Sri rakamkan gaya bersahaja Pojie mengenyam mengumpat menganyam ketupat. Ohhhh, sungguh kembang kuncup hidung ini walaupun hanya reti buat ketupat bawang. Takpe² nanti saya akan menuntut dengan lebih gigih sama mentor saya a.k.a. Tan Sri yang sudi ajar saya dengan garang dan bias sekali. Hahaha.







Itu adalah ketupat² yang kami anyam bersama². Anak dara Puan Sri dan beliau sendiri pula berperanan memasukkan beras dan merebus ketupat. Tapi kalau diperhatikan Tan Sri anyam banyak lagi la dalam 80% dan Pojie dalam 20% jer. Sebab apa? Sebab guna gear 2 jer masa nak buat, selalu tersangkut bab mengetat²kan dia. Yelah setahun sekali buat kan.. Agak kelampaian untuk panaskan enjin dan refresh nih. Tan Sri dah pro dia buat nih dari dia kecik lagi. Hohoho.. Beliaulah yang selalu buat. Kira saya penyambung generasi. Puan Sri pun tak reti. Wakakak. Cuma tahun ini balik lewat sikit, Tan Sri dah memulakan sesi tanpa menunggu Pojie. Apa² pun beliau tak dapat challenge anak bujang ensem dia nih buat ketupat kiut miut macam ini.



Ohhh maaf tak nampak beza sebab muka dengan ketupat sama kiut.**matilaa. Sila lihat perbezaan yang saya buat bersama dengan anak kiut saya ini, "Ohhh my Prada, jangan gigit² ketupat papa tuh. Kang sumbat dalam tuh kasi rebus kang! No no no!!!" Nih dia.. comel tak???



Erm, impress tak? Silalah masuk meminang cepat sebab sayalah Gadis Melayu anda. Ehhh, silap iklan.. Sayalah jejaka Melayu pilihan mak mertua. Kikiki. Apa² pun inilah rupanya bila siap... Wish warna hijaunya tidak bertukar kepada coklat... Dan pastinya ia akan menjadi juadah berbuka puasa kami yang terakhir setiap tahun. Kira dah beraya awal la nih. Orang duk bertakbir, anak beranak duk pulun ketupat sama rendang segala kan. Hahaha!





Memang masyuk!!! Semalam pi beli ketupat sama lemang kat Pekan Subang, bawa gi opis kasi budak² opis pekena sama rendang Puan Sri. Kannn sampai menjilat betis depa dengan penangan rendang meletop nih...

Yummy!!!

P/S: Harini sepanjang hari di Litar Lumba Sepang. Mau racing dengan kereta MINI. Saya jadi Awal Ashari arini. Siapa nak jadi Jue Aziz saya? Vroooommmmmmm!!!

Love,

Tuesday, September 21, 2010

Raya.. Apa yang best? [Edisi LAMPI]

Salam...

Mesti ramai yang rindukan Pojie, betul tak? Sila muntah angguk ramai²... Hahaha.. Tau sekarang nih Pojie semakin slow dalam blog, Twitter pun dah suam² kuku big foot. Ada follower and reader pun klo dikira itu nyawa, dah leh cakap sudah nyawa² ikan bilis tau! Kekwat dah memasing dengan Pojie. Takpe² cukup haribulan Pojie kasi delete itu manusia² kekwattt!! Facebook jela nyawa hari². Wahh gittew katanya.. Masuk² meroyan kann! Hahaha. Sorry la geng emo sat. Lagipun mood raya lom abes lagi walaupun orang dah berbakul² entri dan bguni² gambar kat FB tuh. Biasalah bila dah jadi lampi (lambat pikap). Hahaha.

Saja jer short entri sebelum mengembangkan kembali sayap yang terkuncup berbulan² nih. Sementara menunggu pic² dari camera adik Pojie. Hehe.. So, apa agak² korang yang best time raya? Opkosssss selain ketupat, pastinya beraya 1 famili dengan baju raya. Tak kisah la lama ataupun baru. Hatta tema baju Citrawarna 1 Malaysia sekalipun. Hahaha!



Ohhh ya mana abah saya? Beliaulah yang menjadi fotografer sebab dia agak penyegan. Boleh dibilang dengan jari wajah beliau diabadikan dalam bentuk gambar termasuklah gambar kahwin dan hari raya. Kenapa tak ambil gambar guna self-timer? Oh, harap maklum, mak saya seorang yang agak superstitious. Katanya bergambar dalam bilangan yang ganjil akan membuatkan salah seorang di dalam gambar itu akan mati dulu. Err, saya no komen. Ikut nasihat ibu bapa tanpa banyak bertanya sudah! Dulu ada 8 ahli, sekarang sudah 7, so sampai bila² saya tidak akan ada gambar family yang lengkap dalam 1 frame yer kawan²... Dan pada masa raya inilah saya akan dapat mengambil gambar abah saya, lebih² lagi gambar berdua bersama awek dia. Hahaha...



Amacam? Cun tak? Sorang macam hero Tamil, sorang lagi cam amoi kannn! Ehhh, betul apa.. Mak kata dia suka abah sebab abah ada misai cam hero Tamil. Abah suka mak sebab dia kata mata sepet cam amoi. Whattta perfect couple. Phewwwiiittttt!!!! Oklah, nanti Pojie sambung melalut lagi yer... Nak sambung buat keje dulu weii.. Almost 2 minggu cuti, kerja pun berlambak.

Adiossss!

P/S: Ntah bila la aku nak tengok pic family aku sekeluarga dalam 1 frame besor² kat hall rumah cam orang² kaya dalam TV tuh ek???

Love,