||| Tercari² |||

Monday, September 6, 2010

Vlog Raya; Lagu Raya

Salam semua,



Pojie ada terbaca entri dari CikLolly pasal lagu raya. Yelakan dah dekat² nak raya ni lagu raya berkumandang sna sini, menimbulkan mood raya. Betul tak? Meh dengar Pojie berbicara pasal lagu² raya kegemaran Pojie plak. Siap ada nyanyi² lagi dengan suara merdu. Ok sila tahan muntah sampai lepas berbuka. Sebab muntah sekarang batal puasa ;p



Apa lagu raya kegemaran anda???

Wassalam,

Friday, September 3, 2010

Ulat tahi di Jalan TAR dan SOGO

Salam,

Haaaa, kalian jangan main² dengan tajuk entri kali ini yer. Last week Pojie pergilah teman kawan² Pojie pergi ke Jalan TAR dan SOGO. Ya ampunnnn, manusia dah macam ulat tahi ok. Penuh di sana sini dengan kebanjiran manusia yang ntah datang dari ceruk mana pun Pojie tak tahu. Yelah kan, suasana biasa menjelang perayaan. Tak kisah la raya siapa, Melayu, Cina, India semua macam Puan Nohara (mak Shin Chan) masa shopping. Huhuhu. Dan oleh sebab Pojie rasa cam jenuh Pojie nak snappy² di sana, Pojie tinggalkan saja kenangan itu dalam memori ini. Alah, kalian pun semua mesti dah tau macam mana rupa kat 2 tempat tuh kan. Port untuk shopping raya. Sangat penat yer kami ber-6; Ariel, Zull, Bean, Pia, Dayang dan Pojie sendiri.





Apa² pun kalau anda di area sana, dah dekat pukul 6pm, silalah bergegas cari port untuk berbuka puasa yer. Kalau tidak berbuka sajalah di kaki lima dan di tangga. Nasib baik kami cepat² cari port baik di foodcourt SOGO tuh walaupun makanan dia tak sedap dan harga cam lahanat. Lauk macam nih pun dah RM10 uols. Makcik depan Pojie lebih kurang lauknya kena RM30, tak meninggal kau dengar. Hahaha, nasib baiki dia salah kira.



P/S: Huh, hujung minggu ni kena temankan seorang teman nak shopping raya gak nih. Bersedialah untuk pitam di dalam lautan manusia. Hahahaha!

Wassalam,

Thursday, September 2, 2010

Nikmat berbuka bersama keluarga...

Salam,

Sedih sebenarnya hidup menjadi anak dagang nih. Mana tak nya, kalau orang lain duduk dengan family (atau dekat²) mesti mberasa nikmat setiap hari dapat berbuka puasa dengan keluarga, ini Pojie terpaksa la berkirim² SMS dan MMS buat pengubat rindu kat Mak, Abah dan adik². Berbuka puasa pun kadang² seorang diri. Tetapi baru² ini Pojie berkesempatan pulang sekejap ke Muar, bersama buahati² Pojie berbuka bersama. Nikmat sangat, tak dapat digambarkan dengan kata²...

Yang pasti, kegemaran Pojie apabila tiba waktu untuk berbuka, Pojie suka membatu Mak menyediakan juadah berbuka di dapur. Siapa anak dara yang malas nak ke dapur tuh, anda patut berasa malu kerana di zaman ini, jika ada lelaki bujang yang rajin masuk ke dapur, pastinya hidup anda bahagia kalau bersama. Wahhhh, promote. Tak leh blah. Hahaha! Tapi memang betul itu yang Mak bagitau. Walaupun hanya tolong² kopek bawang, siang ikan bilis dan goreng sayur, Pojie tetap berbangga menjadi seorang lelaki yang rajin membuat kerja² di dapur :)



Dan walaupun hanya berbuka dengan sedikit lauk pauk, tetapi jika dihidangkan dengan air tangan bonda tercinta, fuhhhh sampai menjilat jari dan pinggan. Itu pun selepas menambah nasi 2 3 kali. Lagi² plak kalau Mak masak asam pedas ikan duri dan sayur goreng yang digoreng si bujang teruna dan air kathira, cukup untuk membuatkan Pojie terbuai dengan kenikmatan dunia ini. Huhuh...



Oh, nikmat juga berada di kampung tatkala menjelang raya tak lama lagi. Pelita 7 likur sudah mula menghiasi keindahan malam. Cukup untuk membuktikan betapa damainya berada di kampung, di sisi insan² yang tercinta, buahati pengarang jiwa...




P/S: Makan ati dengan hp baru Puan Sri; Nokia E71, kemaen lagi meriah sempena nak raya ler katakan. Takpe², tunngu buahati anak Puan Sri sampai nanti. Ntah bila la dia nak mai ;p



Wassalam,

Wednesday, September 1, 2010

Hotlink HOT TICKET, memang cun lah!!!

Salam,

Kawan² semua pakai rangkaian apa untuk telefon bimbit masing². Kalau pakai talian prabayar Hotlink, maybe ini masa yang cun untuk anda cepat² grab peluang ini. Sebab apa? Sebab sempena Ramadhan dan Syawal yang menjelang tiba ni, Hotlink ada menawarkan Ramadan Hot Ticket. Di mana anda boleh menambah nilai sebanyak RM10 atau RM15 dan mendapat nilai yang lebih untuk ada bercakap dan SMS. Selain itu juga anda boleh menukarkan tiket tersebut untuk menebus ayam KFC. Wahhh, dah jimat duit untuk berbuka nih.



Macam last week Pojie beli a few yang nilainya RM15, untuk kegunaan sendiri dan diberikan kepada Mak dan adik². Walaupun dibayar dengan harga RM15, tetapi nilainya seperti RM60 tau! Tak percaya? Cubalah beli 1 dan saksikan sendiri. Mana taknya, dengan harga RM15, kalian boleh mendapat 120 minit percuma dan 300 SMS percuma tau! Dan part yang paling best apabila Pojie dapat redeem dengan ayam KFC. Hehehe.. Save duit aku. Hehehe...



Jadi apa yang kalian nantikan lagi? Tawaran ini adalah terhad. Pojie pun petang ni nak berbuka di KLCC, akan Pojie singgah di Maxis Center di sana untuk membeli beberapa lagi, buat stok hari raya. Hehehe. Yelah, selama ini Pojie kemut nak call orang sebab mahal, now dah tak kisah lagi, call sajorrrr :)

Wassalam,

Dapat kad raya. Yeahhhh!!!

Salam buat semua,

Pejam celip, pejam celik dah masuk hari ke 22 kita berpuasa tahun nih. Ini bermakna tinggal 8 hari saja lagi untuk kita bersama² meraikan kemenangan di bulan Syawal kelak. Ya Allah, sangat pantas masa berlalu. 2 hari lepas Pojie dikejutkan dengan 1 kiriman kad raya dari seorang teman maya; Shin Inesen. Thanks dear. Pojie tak sangka, masih ada lagi insan yang menggunakan kaedah klasik ini untuk memberikan ucapan kepada teman² sempena hari raya nih. Tahniah diucapkan.



Kira ini adalah kad raya pertama (dan mungkin juga terakhir) untuk Pojie bagi tahun ini. Semenjak Pojie meninggalkan bangku sekolah lagi, kiriman kad raya tak kisah la yang dihantar ataupun diterima semakin berkurangan. Kalau zaman² sekolah dulu gigih duk spend duit berpuluh² beli kad raya dan pos kepada teman² dan saudara mara. Sangat suka membuat pekerjaan itu. Sangat gembira apabila menerima balasan. Tapi lepas Pojie rasa macam useless berhabis duit hantar kad raya sana sini, orang bukan balas pun, hatta say thank pun tidak, terus Pojie sentap. Akhirnya e-kad juga jadi jalan mudah. Untuk tahun ini, Pojie agak terkilan kerana tidak mempunyai masa untuk membuat photoshoot puasa dan raya seperti tahun² sudah. So alamatnya tiadalah kad raya macam teman Pojie yang sorang nih. Tapi insyAllah Pojie akan usahakan juga walaupun cikai². Biasalah, feeling artis kan. Huhuhu...

So, dah dekat² raya nih kawan² dah banyak ke terima kad raya? Hantar pula dah banyak ker? Errr, i mean kad raya klasik macam nih? Mesti boleh dikira dengan jari kan. Huhuhu...

Wassalam,