Salam,
Mungkin entri ini agak berunsur 18SG. Tetapi dengan entri kali ini pada Pojie cukup untuk membuatkan kalian, terutamanya wanita panas hati. Yup, Pojie tidak terkecuali. Lebih² lagi yag sering melakukan keganasan terhadap kaun hawa yang lemah ini adalah golongan adam. Pojie rasa sangat malu dengan kelakuan manusia² seperti ini, menunjukkan hero kepada insan² yang lemah. Apa yang pojie boleh katakan, orang² seperti ini adalah DAYUS. Termasuk la kes baru² ini yang menyimbah anak bini dengan asid getah. Helloooo, mereka bukan anak patung yang boleh disakiti sewenang²nya.
Oklah, kita mulakan dengan Video 1. Tak pasti dari mana asalnya rakaman ini, tapi Pojie dapatnya dari Facebook. Tak tahu apakah salah wanita itu, diheret, ditampar, ditumbuk dan diterajang tanpa ada perasaan kasihan. Video 2 pula adalah difahamkan dari sebuah sekolah di Singapura. Yang melakukannya adalah seorang hadek² yang marah kepada seorang teman dan menggunakan kata² kesat. Oklah, yang ini sah² kita tahu dia sangat bukan lelaki. Bagaimana jika lawan mereka adalah lelaki juga? Berani mereka nak buat macam tuh? I don't think so.
Jika memandang kepada situasi begini, dalam benak Pojie terfikir dua perkara;

- Siapakah orang yang merakamkan video ini? Kawan ke? Sampai hati tengok jer tak tolong?
- Kenapa mangsa tidak membalas balik?
Wallahualam. Cuma apa yang pasti, wanita² di luar sana anda sewajarnya mempertahankan diri. Tak kisah la dari suami yang bengis, teman lelaki yang panas baran, kawan yang pemarah, JANGAN BIARKAN DIRI DISAKITI. Kalau Pojie jadi mangsa dalam video tuh, jangan ditanya apa yang akan Pojie buat demi mempertahankan diri. ada 2 kemungkinan, samada cacat kekal atau mati. Oklah, maybe ada yang berkata yang Pojie berani sebab Pojie ada taekwondo dan memilii talipinggang hitam, tetapi pada Pojie anda semua perlu berani. Ada talipinggang hitam hatta rainbow color atau tidak bukan persoalan utama. Persoalannya, apakah yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan diri dari menjadi mangsa keganasan ini.
Oleh itu Pojie ingin berkongsi kepada teman² semua bagaimana untuk mempertahankan diri dari sebarang serangan. InsyAllah Pojie akan cuba compile untuk anda praktik kan sendiri di rumah dengan bantaun teman. Make sure ciri² keselamatan perlu diutamakan. Ini juga tidak bermaksud anda boleh gunakan ilmu untuk serang orang atau bergaduh sesuka hati. No no no. Ia ilmu yang sangat² bermanfaat ketika dalam kecemasan. Yang penting jangan panik. Dan kalau ada peluang utuk lari dan mencari pertolongan, itu yang sebaik²nya...
Mudah saja kan. Itu teknik yang paling simple, paling asas. Ada juga teknik yang di mana anda boleh menjatuhkan penyerang anda dan memberikan peluang untuk anda melarikan diri. InsyAllah Pojie akan kongsikan kemudian. Diharapkan dengan adanya ilmu macam ini, dapat mengelakkan diri anda, bukan untuk wanita saja, tetapi juga untuk kanak² dan lelaki² di luar sana. Jadi tidaklah menjadi mangsa ragut, rogol, pukul dan sebagainya. Oh ya, sebelum berundur, izinkan Pojie berkongsi sebuah lagi video yang merupakan parody kepada salah 1 video di atas tadi itu. Kelakar juga. Tapi Pojie suka tips anger management yang cuba disampaikan itu. Semoga sesiapa yang selalu marah² tu, dapat sejuk hati sempena bulan Ramadhan nih. Insyallah...
Wassalam,