||| Tercari² |||

Monday, February 8, 2010

The Biggest Loser (Pojie's Version)

Salam buat semua,

Erm, saper nak cantik dan kurus? Meh angkat mouse! Hahaha! Actually tak ada siapa² kat dunia nih tak nak kurus dan cantik. Even supermodel yang dah kurus dan cantik pun lagi mau kurus dan cantik. Sudahnyer macam jerangkung, haha!

Pojie pun tak terkecuali. Lebih² lagi apabila Pojie dan teman² rapat mula mendapati "kesihatan" Pojie bertambah baik dari semasa ke semasa. Tak boleh blah beb kalau setiap kali jumpa kawan² lama, even ibu sendiri pun setiap kali balik kampung akan ditegur; "Makin sihat aku tengok"! Perggh!!! Kalau seorang dua boleh la Pojie cover cakap corak baju yang memberikan ilusi gemuk, kalau dah hari² dan ramai yang bertanya, terpaksa la mengiyakan sajorrr! Tapi kalau dah sehari seorang tegur kita nih gemuk, cukup 44 hari, 44 kali jugalah kita ditegur gemuk, tak ker dah betul² gemuk? Adess!! Kan best kalau korang jumpa korang sebut; "Wah, makin kurus, tough & ensem aku tengok ko!", pastu cukup 44 kali, insyAllah kurus, tough dan ensem la Pojie nih.

Kalau tang comel tuh tak payah tanya sebab apa bertambah comel dan cute Pojie ni. Sebab setiap kali orang tengok pic Pojie mesti akan cakap comel, terlebih sudah comel nih. Belum jumpa depan² lagi, kalau tidak mesti nak peluk cium punyalah! Sebab tu Pojie dah kurang letakkan pic dalam blog, tak larat nak dengar cute lagi **larekk sambil elak balingan² kasut yang tetiba datang melayang²!!! Hahaha!!!

Jadi, dengan keazaman yang kukuh lagi jitu, Pojie dan beberapa teman telah bercadang ingin membuat pertandingan The Biggest Loser. Alah, macam yang sedang berlangsung di Hallmark Channel tuh. Cuma ini versi yang agak sempoi dan santai. Pojie's version. Wakakak.



Erm, walaupun ia agak tidak memberangsangkan di kalangan teman² yang lain, sementelah lagi idea nih datang secara tiba² dan Pojie mengajak Syaf dan Amir Rayyan untuk turut serta. Tidak dilupakan 3 orang coursemate Pojie yang perempuan yang akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi (sbb tuh beriya nak kurus). Cuma sekarang agak confuse depa ni betul² ker nak join? Tapi kalau tak mau join tak mengapa. Pojie akan berusaha keras dengan usaha sendiri, menjaga pemakanan dan bergiat aktif dalam aktiviti luar.

So gigih la Pojie duk perabis duit beli kasut sukan sebab yang dulu dah lunyai, bertahun tak guna. Hahaha! Pastu beli biskut² kering letak dalam bilik dan meja ofis, sebagai pengalas perut ketika lapar. Pojie juga mengurangkan pengambilan karbohidrat terutamanya nasi sebab ia adalah penyumbang utama kegemukan! Walaupun Pojie tahu Pojie memang kalah tak makan nasi, tapi alhmdulillah kali ini Pojie kuatkan tekad memandangkan seminggu Pojie dah nampak sedikit perubahan (cuma tak timbang lagi sebab fobia). Apa yang Pojie boleh buat, Pojie hanya makan nasi seminggu sekali jer, itu pun sepinggan saja tak boleh tambah². Setiap hari makan ikan/ ayam dengan sayur². Paling best makan sup. Tapi andai nak rasa nasi juga, buat tebalkan muka, ngecek la kawan yang makan nasi, jamah sesudu dua buat² lepas gian kan. Hahaha!

Pojie sangat merindui badan masa study dulu. Walaupun tak kurus juga masa tuh, tapi oleh sebab Pojie seorang yang aktif bersukan (taekwondo) dan menari, maka tak hairanlah badan Pojie dulu sedap², just nice kata orang. Tak kurus dan tak gemuk. Masih sedap dipeluk. Heheh..

Pojie nak badan seperti ini semula...






Tak mahu macam bawah ni lagi...





Sungguh sihat kan Pojie sekarang nih. Pojie harap kalian sudi la memberikan sokongan dan galakan kepada Pojie. I'm desperately want back my previous body yang kurus sedap² dan ensem semula. Harap² la sempat kembali ke bentuk asal sebelum birthday Pojie nanti. Sebab apa? Sebab Mak dah janji nak ajak shoping from head to to toe just for me, sebab nak tengok anak dia kembali ensem seperti sediakala. So boleh la dia kenenkan kepada anak² dara kat kampung tuh dengan bangganya. Hehehe. Mak, Along tak nak apa² selain sut tuxedo dari Lord's Taylor...


BOLEH??!

Masa bila aku nak pakai tak tau la kan! Hahaha. Taklah Mak, apa yang Along nak adalah sokongan dan doa yang tak putus² dari Mak n Abah agar Along kembali jadi anak soleh yang ensem, yang menyayangi ibubapa dan banyak duit agar dapat hantar Mak Abah gi haji cepat². Tetappp kann!! Okla kawan² adioss!!!

Love,

Saturday, February 6, 2010

||| Happy Birthday Qiellah |||



To Qiellah;
I wish all the best for you!
I wish Allah will bless you!
I wish all your dreams come true!
I wish you will be marry soon!
Sayang kamu!!!

Love,

Friday, February 5, 2010

Petua Melalui Ayat² Al-Quran

Salam,

Macam biasa di hari Jumaat, penghulu segala hari yang mulia ini, Pojie akan berkongsi serba sedikit ilmu berkaitan dengan akhirat dan keagamaan ini. Kali ini Pojie mau share tentang ayat² Al-Quran yang boleh diamalkan dan merupakan petua kebahagiaan di dalam keluarga. Amalkanlah selalu, insyAllah keluarga aman dan tenteram;



  1. Untuk elak suami/ isteri dan anak² bergaduh: Surah Al Baqarah (ayat 102)
  2. Anak² pandai belajar: Surah Al Anbiyaa' (ayat 79)
  3. Anak² lembut hati/ elak panas baran: Surah Al Anbiyaa (ayat 69) & Surah Al Hasyr (ayat 22-24)
  4. Anak² malas sekolah: Surah Toha (ayat 1-5)
  5. Supaya suami tak kawin lain: Surah Toha (ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil)
  6. Ayat pendinding: At Taubah (ayat akhir)
  7. Bagi anak² yang suka keluar malam: Surah Ar Ruum (ayat 31, baca 33x)
  8. Untuk jadi pendinding rumah: Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air, dan spray keliling rumah
Sekian untuk kali ini. "Sampaikanlah ilmu biarpun sepotong ayat". Semoga setiap amalan kita diberkati oleh-Nya. InsyAllah...

Love,

Thursday, February 4, 2010

Reunion + Family Day in Planning

Salam teman² semua,

Sejak hujung tahun yang lalu, ada beberapa orang budak² kelas Pojie masa di matrik dan universiti yang mencadangkan kepada Pojie untuk membuat reunion. Dan oleh sebab masing² dah kahwin beranak pinak, maka kita akan buat sekali family day. Mana yang belum berkeluarga macam Pojie ni makan ati la yer, orang lain bawa laki bini siap anak² kita bawa anak tekak jer. Hahaha! Takpelah, leh songlap anak² diorang feeling² anak sendiri.

Berbalik pasal kisah tadi, so far masih dalam peringkat perancangan. Pojie jugalah kepala yang memerah otak untuk semua² ini. Ish, tak boleh jadi nih, kene wujudkan juga AJK beserta pengarah projek. Budak² nih pastinya akan menuding jari kat Pojie sebagai pengarah projek, biasa dah. Hujung² aku yang buat keje itu ini juga kan. Tak boleh jadi..



So, untuk reunion budak² kos Biologi Marin batch 2003-2006 dari KUSTEM (now UMT), kami merancang untuk mengadakan aktiviti ini di Pulau Perhentian. Kenapa Pulau Perhentian? Sebab kami kan budak² Biologi Marin, jadi kami ingin mengimbau semula kenangan² indah kami snorkeling bersama², mencandat sotong, menghidu aroma pasir pantai dan naik bot sampai mabuk² laut. Hahaha! Lagipun kami dah rindu sangat nak kembali ke Kuala Terengganu. Pojie sangat mengidam keropok lekor di Batu Rakit dan Air Buah. Sedapnyer!!!



Cuma sekarang ini Pojie sedang survey² harga pakej yang berpatutan untuk aktiviti 3D2N di sana. Kalau ada teman² di luar sana yang mengetahui pakej yang best², leh la usul pasa Pojie yer. Then kami akan membuat perbincangan untuk menentukan AJK dan bajet segala. Andai reunion kali ini berjaya, maka tahun hadapan kita akan proceed ke tempat lain yang lebih jauh lagi, Pulau Sipadan atau Bali mungkin. InsyaAllah...


Lagi 1 yang agak memeningkan kepala adalah reunion untuk budak² kelas Hayat 12, 1st batch dari Kolej Matrikulasi Johor (KMJ). Geng yang ini lama gila kami tak berjumpa. Bayangkan kami meninggalkan KMJ pada tahun 2003, berjanji untuk kembali 5 tahun kemudian, tetapi sampai dah masuk ke tahun 2010, belum ada rezeki untuk berjumpa.



Yang ini rasanya tak perlu Pojie pening kepala sangat kot sebab kami tak ramai sangat. Lagipun Pojie bercadang untuk membaca mereka kembali ke Gunung Ledang, berhampiran dengan KMJ. Jadi kami boleh singgah membuat lawatan ke dalam kolej yang semakin cantik itu. Lagipun kami ada menanam kapsul masa dekat area padang permainan. Harap masih ada lagi la kapsul masa tuh. Debor nih sebab apa yang Pojie tulis itu kelak memalukan diri sendiri yang hanya berusia 19 tahun tatkala menulis surat, untuk diletakkan ke dalam kapsul masa itu. Huhuhu.



Apa² pun untuk kedua² reunion (dan family day) ini Pojie akan cuba untuk mendapatkan semula contact² mereka yang dah lost contact dan membuat perancangan dengan teliti tentang tarikh, bajet dan aktiviti agar segala²nya berjalan dengan lancar. Dan Pojie berharap agar kawan² Pojie boleh memberikan kerjasama dalam menjayakan misi ini. InsyaAllah...

P/S: Rindunyer kat korang!!!

Love,

Wednesday, February 3, 2010

I'm Back!!!



I'm back!!!



Do you guys miss me? Nope??! Alah shy² cat kunun! Tak nak ngaku! Dah dekat sebulan Pojie tak update blog nih, setiap hari ada jer orang marah² soh update blog cepat². Kat chatbox, la kat komen la. Tak jalan terus email kat FaceBook. Apa kes? Tak lain tak bukan rindu sama Pojie la kan, nak dengar celoteh Pojie lagi!!! Hahah, sungguh perasan. Now Pojie sudah kembali dengan pelbagai rencana yang masih dalam perancangan. How??!

Biasalah deknon, kalau dah tak ada idea nak update dengan kesibukan lagi, lau dibiarkan berkurun tak update blog sampai dah bersawang bagai. Pastu datang pula masalah kiri kanan, atas bawah, depan belakang **oops! Hujung² sekarang dah datang kembali virus M. Nih Pojie sedang melawan la virus M nih, hiyarkhh, hiyarkhh!!! Nyah kau dari sini! Maka dapatlah entri pemanis muka dari Pojie yang tengah kelat² nih demi menjaga hati pembaca² sekalian. Wah gittew!!! Kerana korang la PoJiePooH ini kembali bernyawa!



Clap³.. Standing ovation Pojie berikan buat kalian semua! Terima kasih banyak². Terharu rasanya. Malah ada juga yang gigih melawat blog yang bersawang dan berkulapuk ini siap klik nuff segala. Jasa anda tidak dapat Pojie balas. Tak sangka kutipan nuff Pojie agak lumayan dan boleh cashout sekarang nih! Terima kasih.. Maaf tak dapat membuat kunjunagn balas sambil klik² nuff kamu semua. Tak mengapa, insyAllah apabila mood blogging nih sudah kembali, Pojie akan teruskan aktivit ziarah menziarahi sambil klik² nuff kamu. Pojie masih memerlukan sokongan dari anda semua. Tapi jangan terkejut, bahawa kadangkala Pojie membuat lawatan hendap ke blog kawan² semua, ada nuff, Pojie klik. Diam² sudah, malas nak kecoh² kan..

Buat teman² blogger yang melawat PoJiePooH ini seterusnya menjadi follower PoJiePooH, terima kasih la sekali lagi. Tak sangka ada juga la yang sudi menjengah² blog yang terbiar ini. Yang bagi komen kat chatbox, nanti Pojie akan jengah balik membalas kunjungan ok. Berikan Pojie sedikit masa untuk bangun semula dari lena yang panjang ini. Agak mamai² sikit di sini. Ngee.. Apa² pun terima kasih semua atas sokongan padu anda kepada Pojie, akan Pojie ingat sampai mati *terharu*.



P/S: Mencari idea untuk entri seterusnya. Any suggestion??!

Love,