||| Tercari² |||

Friday, January 23, 2009

Shrinkage?!! Oh no!!!


Hah, korang nampak x apa bende natang kat atas tuh..? Itulah notes briefing kat opis pagi tadi. Bese la time² recession nih sumer company nak cut cost, n company Pojie pun xterkecuali apabila client ktorg di Kota Singa tuh dah menyuarakan hasrat mereka. I'm damn freak out ok!!! Jelas depan mata dah 2 3 org kwn² baik Pojie kene diberhentikan atas masalah ini (bukan company Pojie). Takut woo kne archieve target macam kat atas tuh. Nampak cam senang kan, tp ble korang on floor melayan mgt n custimak yg byk cekadak nih mmg xterlayan, nih mau layan mende alah bodoh nih plak. Adoi risau btol aku.

Walaupun Pojie bukan la antara staf yg tercorot, tp Pojie juga bukan staf yg terbaik. Jadi peluang utk jadi penanam anggur terchantek pasnih adalah 30-70. Walaupun seniorita kat opis nih xmenjanjikan apa² sebenarnya. Nak naik pangkat payah, mau kene buang lagi ada. So I've 2 option now;
1) keje bermatian-matian kat opis nih, or
2) blah sblm kne halau.


Oh no!!!

Thursday, January 22, 2009

Diet Mengikut Jenis Darah


Assalamualaikum sumer...

Baru² nih Pojie ada tertengok satu rancangan kat TV xingat TV apa n apa program tuh. Yang pasti program kesihatan la. Topik kali nih best, satu informasi yg Pojie xpnh tau dan Pojie pasti ramai kwn² kat luar sana mungkin xtau pasal bende nih iaitu Diet Mengikut Jenis Darah. Pernah dgr x..? Pernah? Tp xtau lebih lanjut..? Bagus.. Yg lain² xpnh eh..?

Ok meh sini Pojie nak share info berguna utk korg sumer. Mana la tau saper² yg berhajat nak kurus dan cantik (uhuk²), leh mengamalkan pemakanan berdasarkan jenis darah korg sumer.. Make sure korg tau korg berdarah apa. Klo berdarah seni or diraja xleh pakai tau! Xmasuk dalam topik. Hehehe... Jom kita tgok info yg Pojie cari dari jaringan maya.

Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D´Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan. Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang. Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.


Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki. Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain.


Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit. Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh.

~ DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’ ~

Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba


~ DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’ ~

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:
• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak. Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba


~ DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’ ~

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi


~ DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’ ~

Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.

Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.

Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:
• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba



So far apa yg Pojie tau yg hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah sesuatu yg agak baru dan masih lagi ada pertikaian. Oleh itu apa yg leh Pojie sarankan di sini, xkisahlah korg dari kumpulan darah A ker, B ker, AB ker, O ker, hatta darah putih Mahsuri ker, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.

Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada korg sama ada nak mengaplikasikan saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.

Wednesday, January 21, 2009

Blood Character Analysis

Good day everyone and assalamualaikum...

Pojie ada terima emel dari seorang kenalan berkenaan ngan Analisa Karektor Mengikut Darah atau dgn nama mat salehnyer sebagai Blood Character Analysis. Erm, best jugak tau. Meh sini tengok karektor masing²... Btw Pojie B +ve ok. Agak² betul x ek..?





Type O "Hot"

Confident and Strong-Willed, Proud, Dedicated, Sociable, Energetic, Extroverted, Frank, Realist, Showy, Flighty, Generalist, Positive, Independent, Risk-Takers, Dislike taking orders, Insecure, Stubborn & Self-Centered. Make friends easily and go with flow and grasp opportunity. Quick to start a project or chase an idea. Are good at organizing activities. May have short attention span, and expresses strong emotions. May quickly take opposite views that are deep but not always durable. Classic entrepreneurs and movers and shakers.Express their emotions but can be swayed by other blood types. Have an intrinsic elegance. Sociable and showy. May be good at adapting to circumstances. Words come easily to them. Not self conscious and will frankly reveal inner feelings. Ambitious, but may have issues with detail. Like to be touch and be touched by others.


Type A "Cool"

Obedient, Careful, Sympathetic, Self-Sacrificing, Polite, Honest, Loyal, Emotional, Introverted & Nervous. Are reserved calm and even tempered. Sensitive to public opinion. May be Introverted, shy and nervous or ill at ease with others. May be Pessimistic. Value relationships and are loyal. Hesitant to change. Nature lovers and dislike crowds - need a private place or secret hideaway. Can be indecisive. Good at team work and obey rules.

Dislike to touch or be touched by others.


Type B "Active"

Cheerful, Optimistic, Active, Sensitive, Kind, Forgetful, unorganized, Noisy, Egocentric. Energetic and have the drive to reach towards goals. May be workaholics. Not the best team players and are individualistic. Do things at one's own pace. Strong personality adventurous. Likes to get one's own way. Are Sociable and enjoy entertaining. Like to touch or be touched by others.



Type AB "Care-Free"

Social, Easy-going, Sympathetic, Diplomatic, Outgoing, Laid-back, Creative, Unpredictable, Artistic, Flexible, Moody and Brooding.
Blend of opposites. Shy with some and bold with some. Introvert and Extrovert. Unpredictable and may seem to have calm exterior. Strong creative strain. Good at spotting problems and skirting them. Like city environment. Get bored easily. Everything they do is compelling. Never take things for granted. Appear mysterious. Contribute harmoniously to society. Dislike to touch or be touched by others.


Paham idak? Hehehe... So kesimpulan yang leh dibuat mengenai karektor setiap kumpulan darah bleh la digambarkan seperti kartun² cute di bawah... Kindly pls click on the image for enlargement. So cute!!! =)









p/s: Hehehe... 80% cam sama jer. Kartun tuh mmg menggambarkan sumer sifat Pojie. Ngee..

Tuesday, January 20, 2009

3 in 1?!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Knp entri kali ni 3 in 1? Ala² mcm shampoo plak yer. Hahaha, mcm xkenal plak Pojie nih jenis pemalas nak menulis bagai. Sgt pemalas ok. I'd prefer to be a TV host instead of a skrip writer. Tetibe kan! xkisah la, janji blog Pojie xde sesawang sudah la kan. Lgpun Pojie byk komitmen lebih² ngan keje.

Nak kata sibuk time keje so far org seberang xde wat promo so idup Pojie aman la jugak kat opis nih. Tp since ada sorg anak gergasi baru (kami panggil dia Dragon) kat tempat ktorg yg ske jadik pakguard ke hulu ke hilir cari kesalahan org instead of belajar product knowledge kasi mantap, so Pojie antara mangsa kegemaran dia utk dipersalahkan walaupun Pojie antara senior n product knowledge Pojie dlm opis nih tiptop lebih 100x ganda dpd dia, keje pun bagus (as per claimed by my manager la kan..). Hanjeng! So nak online kne curi². Kdg² time hanjeng tuh dia berkelibat jer depan mata nih. Berbulu mata nih tau!

Oklah no need to mentioned pasal hanjeng² kat opis nih. Dah la buruk, itam, busuk plak tuh. Wekk! Back to my stories meh. Apa 3 cerita Pojie yg nak dimuatkan kat dlama entri kali nih..? Oklah jom layan...


1) Pindah Rumah - Penat!!!

Erm, bagi yg xtau lagi kisah Pojie, benarlah klo dgr² khabar angin akan perpindahan Pojie dari rumah di Pantai Dalam ke Taman Desa. Seberang loji Indah Water sajor... Xla jauh sgt kan tp hazab jugak la Pojie nak ngemas n pindahkan barang sgala.. Pojie mmg paling benci nak pindah randah. Leceh wo.. Kne menjalani 3 proses utama iaitu;
  1. Membungkus barang² masukkan dalam kotak, blom lagi nak tanggalkan perabot²,
  2. Memunggah barang² dari lokasi A ker lokasi B. Klo rumah tanah xpelah jugak, ini rumah flat, bygkan la macam mana susahnyer nak bw turun n bw naik blk, seksa²..
  3. Mengemas dan menyusun atur smula barang².. Mmg leceh dan memenatkan..

Btw Pojie nak la ucapkan terima kasih byk² kepada insan² yg telah byk membantu Pojie ngangkut brg² n kemas segala. My appreciation goes to Zull Zaini, Zolkefli, Awie dan Remy. Sian sgt kat Remy, dah siap mekap mampan dari MAC ngan baju biru putih kedinginan dan rambut meletop kebaboomm nak tgok AJL2008 nih, leh Pojie soh dia angkat almari n sumbat dalam kete Pojie. Mesti berbakul² dia maki hamun aku dlm hati. Sori sgt² dear. Dpt gaji nnti Pojie belanja ok! Belanja sumer yg membantu la. Nasib baik la ada Remy, leh bg idea cene nak sumbat papan² lmari ke dalam kete Pojie. Pojie dh la tgh hangin n penat sgt, Zull plak baru balik keje, masing² tgh blurr n penat, nasib baik ada otak Remy yg geliga leh wat batu cincin. Thanks again dear...


2) Anugerah Juara Lagu 2008 - Sweet Memory!

Erm, gigih nih dalam masa penat² angkut² barang sepanjang hari, nak jugak pergi ker AJL2008. Bukan apa, dah Nuar beriya carikan tiket utk Pojie n Zull. Pdhal Pojie main² jer tuh. Nak xnak pergi la jugak, nanti wkn² kecik ati. Lgpun Rizz pun berharap sgt Pojie dtg. Zull pun xpnh pergi, so layan jela walaupun hati tgh hangat, hangit, badmood, confused sumer la ada... Tp ble dah jumpa gelak² segala n tgok show yg meletoppp dari sumer artis, terhibur, ilang terus sumer rasa² negatif tuh. Cuma ilang sore sakit tekak, menjerit punyer pasal sbb sumer best! So sbb penat sgt xrest spjg hari n menjerit² dlm stadium, so mintak halfday ngan manager. Nasib baik dia paham n bagi. Hehehe...

So far Pojie n Zull terhibur giler aritu. Dah la jumpa kwn² baru walaupun xsmpat exchange no tepon, tp tetap enjoy! The sweet moment for this year. Thanks to all! Tp, macam bese la Pojie antara org yg paling lambat nak update segala aktiviti kan. Lantak la. Pojie bkn ada broadband kat umah pun. Ada laptop jer. Itu oun dah nazak tau! So inilah update Pojie yer.








3) Anugerah Juara Lagu - Post Mortem...

Erm, nih Pojie nak la komen sedikit sebanyak pasal lagu² yg bertanding aritu...

1. Doa Dalam Lagu - Zahid & Heliza (Etnik Kreatif)
Lagu nih bese jer. Bagaikan kehilangan aura..


2. Dusta Berkalang - Aiman (Etnik Kreatif)
Pojie ske msj dlm lagu nih, sgt bagus dan ikhlas! Tetapi kostum dan mekap Aiman yg berlebih²an mencacatkan persembahan.
Dah macam drag queen atas pentas!

3. Persoalan Cinta - Farawahida (Etnik Kreatif)
Inilah konsep sempena menyambut Chinese New Year, kong hee pat choiii yer Farawahida. Cantik sgt kostume dan kareografi. Leh jadi duta pelancongan Malaysia..


4. Sampai Syurga - Faizal Tahir (Balada)
Bak kata Nuar, diva lelaki Malaysia. Setuju sgt. Dia ada kelas yg tersendiri. Walaupun pada mulanya xberapa meminati beliau, tapi Faizal Tahir telah merubah persepsi Pojie terhadap dia dan muzik dan persembahan yg dibawakan. So energetic. From now on, Pojie akan jadi peminat dia.. Cuma syg, lagu Sampai Syurga (lagu for Kasih, siap nyanyi kat telinga Kasih lagi pd mlm tuh ok!) xdpt jd Juara Lagu 2008, tp dia tetap juara di hati Pojie..


5. Bila Nak Saksi - Spider (Balada)
Spider? Erm, whatever la..
Macam sajer nak cukupkan korum jer.. Pojie menguap 2 3x masa nih ok!

6. Dingin - Ziana Zain (Balada)
Ziana berjaya membuat penonton terpukau. Hingga skrg vokal beliau tetap mantap. Cuma xde rezeki..
Nothing much to say, she was too gorgeus with white gown and perfect song and vocal.

7. Hanya Di Mercu - Ayu (Balada)
Ayu dapat buat ngan baik sekali walaupun dikatakan tidak berapa sihat pada malam itu. Cuma tiada apa kejutan yg dilakukan selain imej beliau ala² Whitney Houston. Meletop!


6. Cuba - Faizal Tahir (Balada)
Lagu yg agak baru pada telinga Pojie. Best jugak. But Sampai Syurga is still my fav!


9. Lagu Kita - Aizat (Balada)
What I can say about Aizat, he is so talented. Keep up the good job!
Belum rezeki lagi. Tp show dia sgt ikhlas ok..

10. Kalis Rindu - Ellyana (Pop Rock)
Sgt cute pd mlm tuh. Leh dapat title Artis Malas Malaysia selepas Artis Kaki Ayam Malaysia. Mana xnyer, dia duduk sajor sepanjang lagu, tggu gak bangun berdiri ker, dinchhh ado! Tp xpe, tayang kasut cantik bling² dia tuh, itulah motip sponsorina bg kasut kat dia kan!!


11. Lagu Untukmu - Meet Uncle Hussin (Pop Rock)
Xberapa minat ngan MUH nih, tp Pojie akui, mereka antara indie band yg terbaik skrg. Malaysia sedang mengembangkan indie band utk arus muzik yg lebih segar.


12. Yang Pernah - Estranged (Pop Rock)
Ske ngan energy kumpulan ini. Bleh menang gak, tp ckp la thn lepas, sbb tuh bagi kat MUH plak.


13. Aku Stacy - Stacy (Pop Rock)
Apa yg leh Pojie katakan, she's the Britney Spears Malaysia. Leh ganti Nicole PCD n setaraf ngan Agnes Monica. Never pancit ok! Stamina yg meletop! Chaiyok²!!!


14. Bukan Disini - Sofaz (Pop Rock)
Persembahan biasa² jer...


Overall, I think this is the best AJL and ever. Best giler babi. Dah la dapat tgok secara live. No wonder la knp org ske bertepuk tgn n menjerit cam org giler bila tgok konsert, now I know why. Even Nuar yg very der sopan santun budak² sekolah yg baik terus bertukar rupa dlm dewan tuh ble Faizal Tahir dan Ziana Zain wat persembahan. Huhuhuhu...

For more information and response on AJL2008, can refer to these blogs;
http://rizzirhamy.blogspot.com/
http://anuarkamaruddin.blogspot.com/
http://87remy.blogspot.com/
http://adriana07.blogspot.com/
http://bicarasaiful.blogspot.com/

Tag from Rizz again?!!


Eiiii, Rizz nih memang gedik tau! Klo dikira brp kali tag dia kat Pojie, dialah juara. Pojie jugak dijadikan carta hangat utk jawab tag dia. Hampeh! Xpe² jom layan...


What is your name?
Pojie


How old are you?

20++


What are the 3 electronics you can't live without?

handphone, handphone, handphone


What is the brand of the phone you are using?

Sony Ericsson K850i


Have you slept in school before?
Selalu sgt especially ble stay up kat sekolah tggu kelas tambahan...


How long are you online in a day?

Klo termasuk keje n melahar ngan myspace n blog segala lebih dari 10jam jugak!


How would you describe yourself?
funny, cute, friendly, talkative


What's your favourite topic to talk about?

gossip about celebrity and friends


Which teacher do you like?
my BM teacher, love being teacher's pet!!


Who do you think is the most handsomest in your class?

ade sorg taste gak dulu, nama dia Dz*****m*


Who are you currently aiming on?

got 1 oledi, no need aiming to other..


Do you know a lot of your siblings' secret?

a lil bit..


How do you rate your siblings?

kecoh n lucu..


Are your siblings gorgeous?

yup, lebih² lagi along dia ok. hiks =p


Do you judge people?

always..


Do you run? bile masenye?
ble kejar KTM Komuter kat Pantai Dalam dulu..


Are you lazy to tag people?
Lazy very der!!!


Who was the last person you spoke on the phone?

memey male version! hahaha!!!


What is 2 + 2?

4 of coz!


Who is your idol?

Nabi Muhamad SAW..


Are you a monster?

bile start naik hangin jgn tanya hantu mana yg merasuk!


Do you play with Barbie dolls?

dulu² penah la..


What was the last movie you watched?

KM31, boleh la..


What do you think of your English?

4.5 out of 5, kot..


What do you think about your Bahasa Malaysia?

tiptop!


Who do you hate?

Israel dan musuh² Islam..


Do you love yourself?
yup! love urself before love others..


Blurt out 5 random words:
nak blk umah dan tido!



People I tag :
malas la..