Thursday, March 10, 2011

Kisah Telur (^__^)V

Salam,

Sudah terlalu lama Pojie tidak berkongsi cerita serta informasi di dalam nih. Terlalu banyak cerita di dalam draf yang masih belum di publish. Tak mengapalah, Pojie akan kembali merangkak seperti mula² dulu untuk kembali berkongsi rahsia, rasa dan berita kepada anda semua. Pojie harapkan sokongan anda tetap teguh pada PoJiePooH.

Baru² ini Pojie terbaca artikel Periksa Telur Anda dan tertarik untuk berkongsi versi Pojie pula. Kalau dulu Pojie pernah berkongsi Kisah Tetek yang mempunyai info buat kalian tentang penjagaan payudara, kini tibalah pula tentang penjagaan testis. Pernah dengar tentang Testicular Cancer atau dalam bahasanya adalah Kanser Testis? Ia merupakan kanser yang menyerang lelaki (sahaja) di bahagian pembiakan lelaki di dalam skrotum, di mana ia berisiko tinggi terhadap lelaki muda dalam lingkungan 15 - 35 tahun.

Jika anda lelaki, dan masih mempunyai testis, adalah digalakkan supaya anda membuat pemeriksaan setiap bulan.  Digalakkan untuk anda cuba untuk memeriksa keadaan testis anda selepas mandi. Kenapa selepas mandi? Sebab di waktu itu testis berada dalam keadaan rehat. Nak periksa setiap kali lepas mandi pun lagi bagus. Cuba kenalpasti sebarang keanehan pada testis kamu. Simptom² yang boleh anda dapati seperti bengkak/ benjolan yang sakit/ tidak menyakitkan, pendarahan ketika kencing/ ejakulasi dan banyak lagi. Mungkin agak sukar untyuk diterangkan melalui kata², apa kata anda klik saya "play" pada video di bawah  

[Amaran: Video memaparkan anggota sulit]


Amacam? Ish, apa tutup² mata. Baik perempuan lebih² lelaki perlu tahu akan hal ini.  Ini info yang berguna. Kalau perempuan tuh ada anak lelaki, ada suami, adik atau ayah, boleh kongsikan video ini kepada mereka. Tak salahkan. Demi untuk kebaikan bersama. Kalau rasa² malu nak show video tadi kat mereka, share jer entri berguna nih di Facebook dan Twitter. Ataupun post saja gambarajah seperti di bawah ini...

Klik untuk tumbesaran

Bagaimana sekarang? Sudah tahu macam mana? Kalau dah tau bagus! Kalau ada simptom² yang dinyatakan, jangan panik ok, cepat² jumpa doktor. Better now than never. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa.


Hanya satu,

22 comments:

  1. oikk! aku yg baca naik segan
    wakakkah
    tak sanggup aku nak habiskan hahaha

    ReplyDelete
  2. bagos amat info neh~~..
    nak cek lah cengginih~~..
    hehehe..

    ReplyDelete
  3. heheheh...aku igtkn telur apa..telur ngn btg skali rupanya..kahkahakh

    ReplyDelete
  4. xtau la... kene mintak org tlg check kan.. hahhaahha :P

    ReplyDelete
  5. minta untuk share di DLMMedia Communication ok salah sebuat laman web milik Dunialelakimaskulin.com ok

    Dunialelakimaskulinmedia.co.cc

    ReplyDelete
  6. Dermmmmmmm!! bulu byk ! hahahah...gilo pnye doktor..lps abih tyg vdeo nih, kompom doktor tu men2 ngn laki tu..HAHAHAHHA...

    Pam susu badan wei! Hahaha
    http://decadeworld.blogspot.com/2011/03/mengepam-susu-badan.html

    ReplyDelete
  7. pojie, kurang jelas. sila buat tutorial !

    ReplyDelete
  8. btol3x...

    follow my blog

    sayangcoco.blogspot.com

    thanx

    ReplyDelete
  9. abes la ramai lelaki gay datang blog ni pasni semata2 nak tengok batang dan telur tu.. kehkehkeh

    ReplyDelete
  10. woow!!! sgt berinfo..jap nk cek laa pas ni...

    ReplyDelete
  11. hak2
    tukang komen sume laki kan nih?
    ;D
    nnti ak tgk video ni
    segan nk tgk skang ramai org
    hak2

    ReplyDelete
  12. tibe2 rase segan lak poojie..kehkehkeh..
    btw,info ne sgt bergune buat kita.. harus take note..

    ReplyDelete
  13. pergh gile ape lelaki tu pikir? ahahha ok2 nanti nak check.

    ReplyDelete
  14. wah...gud sharing..tapi segan nak view video tu..keke

    ReplyDelete
  15. alamak!..18sx..oh xpe2 aku dah above.. ;p

    ReplyDelete
  16. budak degil tu tgk video ke? hauhah

    ReplyDelete
  17. sharing is caring.. poojie! still tak faham la! poojie kena buat tutorial sdiri mybe faham.. kakakakaka

    ReplyDelete
  18. ijin repost gan..:D

    [emonr.blogspot.com]

    ReplyDelete
  19. Patience is a plaster for all sores.

    ReplyDelete
  20. Stim kote baca entri ni......

    ReplyDelete

Dah baca kan? Silalah komen...Tinggalkan sekali link tau, boleh terjah balik