||| Tercari² |||

Sunday, August 9, 2015

Teater Review: Maduku Kalut Returns

Assalamualaikum...

Ada ke yang masih ingat kat Pojie nih? Update blog pun setahun sekali. Apa nak jadi ntah (jadi apa lagi, blogger PENCENlah! Haha). Okla masih tak terlambat untuk Pojie mengucapkan Selamat Hari Raya buat kalian semua. Minta maaf zahir batin kalau ada salah dan silap selama nih.

Okla, Pojie malaslah nak berkongsi pasal raya-raya nih, boring. Nak tengok pic raya Pojie pun tak banyak, boleh jengah IG Pojiepooh kalau nak jengahlah. Just hari nih Pojie nak share ngan korang semua pasal pementasan yang sedang hangat dipentaskan sekarang di Panggung Sari Istana Budaya dari 7 - 9 Ogos 2015 ini iaitu Maduku Kalut Returns.


Maduku Kalut Returns, merupakan judul pementasan semula naskah yang pernah mendapat 6 pencalonan di Boh Cameronian Awards ke 11 di antaranya, Pelakon Lelaki Terbaik (Izzue Islam), Pelakon Pembantu Terbaik (Soffian Bujang dan Fazleena Hishamuddin), Rekaan Set Terbaik, Rekaan Muzik dan Lagu Terbaik serta Rekaan Kostum Terbaik. Dan untuk pementasan Maduku Kalut Returns, ia dibarisi oleh Remy Ishak, Jihan Muse, Nad Zainal, Sherry Alhadad, Dafi dan Atoi Tohet, yang pastinya memberikan kelianan dan nfas baru dalam penceritaan kali ini.
  
Maduku Kalut Returns mengisahkan tentang seorang pemandu teksi, Selamat yang berusaha untuk melarikan diri daripada menemukan kedua-dua orang isterinya dalam satu masa. Masalah bermula apabila kedua-dua isterinya melaporkan kehilangan Selamat kepada pihak polis dan Selamat mencuba untuk mengelakkan diri daripada menemukan kedua-dua isterinya.

Teater ini mempertengahkan nilai nilai komersial yang tinggi, yang bakal membawa penonton, untuk mengupas mengenai isu-isu semasa, dengan secara lebih santai dan bersahaja. Biarpun bergenre komedi, Maduku Kalut Returns diharapkan mampu meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada penonton yang hadir.

So far Pojie dah pun menyaksikan pementasan yang sangat menghiburkan hati ni, dan apa yang dapat Pojie katakan TERBAIK. Dengan barisan pelakon handalan yang sangat bersahaja membuat penonton semua tak kering gusi. HKudos! Hilang stres sepanjang seminggu bekerja. Haha.

Jadi, jika korang berhajat nak menontotn teater ini, cepat2 dapatkan tiket ini secara online di www.AirAsiaRedtix.com dengan harga RM35, RM45, RM65, RM85, RM105 dan 155 untuk tiket platinum, atau datang saja ke Kaunter Box Office di Istana Budaya yang dibuka setiap hari untuk pembelian tiket. Cepat-cepat dapatkan sekarang, ada tinggal 2 persembahan saja, arini last, pukul 3PM dan 8.30PM arini. 


ENJOY THE SHOW!

Love,



Friday, July 25, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!

Salam,

Sempena hari baik bulan baik nih, Pojie dengan sepuluh jari ingin memohon ampun dan maaf kepada teman-teman yang mengenali andai selama ini ada tercarut, termengumpat korang, sampai korang tersinggung, maaf sangat-sangat. Dosa-dosa korang pun kite maafkan dah. Jangan risau, tak simpan kat dalam hati dah. Buat berpanau je buat apa kan. Redho jela... Semoga lebaran tahun ini memberi sinar kebahagiaan buat kalian sekeluarga. Kalau ada buat open house jangan lupa jemput tau!


Pulak tu raya-raya nanti, diharapkan korang jagalah adab-adab tatasusila kita ye, jangan buat perkara-perkara yang tak senonoh, yang biadap. Baik-baik dapat pahala berbaik-baik, terus dapat dosa sebab bergaduh lagi sesama insan. Kene ingat DOs and DON'Ts semasa beraya nanti yer.


SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN

P/S: Sorry, kene wish awal-awal. Sebab esok lusa dah busy nak menganyam ketupat, membakor lemang segala. Korang pun mesti busy sama kan :p

Xoxo,

Sunday, July 20, 2014

Nak Menang RM 100,000! Tolong Vote Boleh?

Salam,

Baru-baru nih kami laki bini ada join satu contest yang dianjurkan oleh TUMIX Kuah. Memandangkan kami ni bukan orang glamer yang ada ramai follower dan kuat pengaruh untuk support itu ini, tapi kami tetap nak mencuba, tak salah kan. Manalah tau kot-kot ada rezeki dapat RM100,000 kan, leh share-share rezeki dengan korang, tak gitu?




Lagipun kami dah bernazar, andai kami menang mana-mana hadiah wang tunai, sebahagian daripada kemenangan itu akan kami dermakan ke Tabung Keamanan Palestin, insyaAllah. Jadi sama-sama kita beramal membantu saudara-saudara kita yang memerlukan bantuan:

1. Klik http://www.tumixkuah.com.my/
2. Pergi ke "Galeri"
3. Klik "Pusingan 4"
4. Carilah kami dengan nama ZAIHAZRA
5. Klik butang "Undi

Tadaa! Senang je kan. Kalau nak ajak kawan-kawan lain vote, leh share. Siapa-siapa dah vote tuh, terima kasih banyak-banyak. Yang belum vote tuh, cepat-cepatlah vote dan thank you in advance.


I LOVE YOU!

Xoxo,

Thursday, July 17, 2014

Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My

Salam,

Dekat-dekat nak raya nih, ada macam-macam pula duit nak digunakan. Baru-baru nih berhabis untuk servis dan repair kereta pun dah makan RM600. Belum lagi kene save some more for next month punya roadtax dan insurans kereta nak kene renew segala. Memang tahun nih takde bajet untuk beraya. Tapi macam mana kalau tiba-tiba ada orang berbaik hati nak bagi duit raya? Siapa taknak, korang pun mesti nak punya kan? 

Ahaa, berita baik! Online shopping yang meletop Nile nih tengah baik hati nak bagi duit raya. Mesti korang suka kan. Pojie pun tengah excited. Kalaulah dapat RM300 tuh, syukurrrrrr sangat-sangat. Merasalah nak membeli baju raya, tidak pun ada juga duit nak sedekah budak-budak, bagi duit raya kat diorang ye tak? Dan yang pasti, nak shopping beberapa item yang dah lama gila aim dekat Nile tuh.


Hah, korang apa lagi cepat-cepatlah join yer. 21 Julai nih last dia nak bagi giveaway. Mana tau rezeki kan. Kalau nak tau lebih lanjut boleh baca SINI.

All the best!

Xoxo,

Wednesday, July 16, 2014

Tips Kalau Berlaku Kemalangan

Salam,

Beberapa hari nih kecoh pasal seorang wanita bertudung yang mengamuk dengan seorang warga tua hanya kerana keretanya dilanggar sikit. Malas nak share lagi sebab dah sedia maklum berlambak orang post kat FB dan blog. Nak tengok jugak jengah blog Jumie dia ada share. Tak tahu apa masalah dia berlagak samseng sedemikian rupa, tapi nih zaman IT, pengaruh media sosial begitu kuat sehinggakan segala maklumat wanita berkenaan boleh dicari dan disebarkan. Malu yer, lebih-lebih lagi nak raya ni, sure beraya dalam rumah jela.


Tapi Pojie bukan nak cakap pasal kes tu, biarlah dia selesaikan sendiri. Bende simple boleh settle cara baik dia dah buat macam tuh, nasibla. Cuma Pojie nak share sedikit tips yang Pojie dapat dari FB Dr Tengku Asmadi yang Pojie copy paste kat bawah nih;

Jika berlaku, tenang, istghfar dan ingat musibah itu berlaku atas kita semuanya bersebab. Adalah tu Allah nak kifarahkan dosa-dosa lampau atau nak uji iman kita.
Lakukan perkara berikut:
1. Kalau kemalangan itu tidak serius, gerakkan kereta dan berhenti di tepi jalan agar tidak mengganggu lalu lintas. (ini penting ye, lebih-lebih lagi Malaysia nih memang hazab dengan kesesakan lalulintas sepanjang masa, dan sikap pengguna jalan raya yang kepochi nih)
2. Buat catatan tentang bagaimana peristiwa berlaku, lokasi, nama jalan, masa kejadian, no kenderaan yang terlibat dan nama serta nombor telefon orang yang terlibat. Apabila diberi nombor telefon, terus 'miss call' orang itu di situ sebab ada yang bagi nombor telefon tipu.
3. Ambil gambar kereta, road tax pada cermin orang itu, dan kalau boleh gambar orang itu sekali.
4. Bertukar-tukar maklumat dan maklumkan padanya kita akan ke Balai Polis yang mana untuk buat laporan. Ini memudahkan orang yang terlibat pergi dan buat laporan di balai yang sama. 
5. Laporan polis perlu dibuat dalam masa 24 jam. Laporan polis ini perlu untuk tuntutan insuran, tetapi kalau rasanya tak perlu nk tuntut insuran, selesaikan sahaja di situ. Biasanya kalau tercalar, RM200 - RM300 dah cukup. Tapi kalau kemek terus, eloklah buat tuntutan insuran. (mengikut pengalaman my mom in law, beliau tidak membuat laporan polis dalam masa 24 jam, kene bayar saman)
6. Kita boleh tuntut insuran orang yang langgar kita itu, kalau dia yang bersalah. Dengan cara ini ia tidak menjejaskan NCD (Non Claim Discount) insuran kita nanti. Sebab kalau kita tuntut insuran kita, masa nak renew Cukai Jalan, kita kena bayar insuran penuh 100%, tiada diskaun. Rugi.
7. Kadang-kadang melalui kemalangan ada seribu hikmah. Allah berikan kita kemalangan kecil bagi elak musibah besar. Ada yang bertemu jodoh dari insiden. Ada yang menjadi kawan dan ada yang dapat peluang bisnes. Yang penting, tidak perlu stres, mengamuk dan memaki hamun. Keep calm! 

Yup! Betul kata beliau. Yang penting tak perlu stres dan mengamuk. Keep calm, jangan kalut-kalut nak panic segala. Kalau perempuan rasa unsecure, telefon la suami ka, ayah ka, abang ka soh datang dan slow talk, bukan soh pukul pulak yer. Benda-benda macam nih semua boleh settle. Ok :)

Adios!

Xoxo,