Bulan April nih banyak pula aktiviti teater dalam jadual Pojie nih. Jika minggu lepas Pojie menyaksikan Laksamana Do Re Mi bersama Aizoul dan Fir, yang penuh dengan gelak ketawa yang menyakitkan perut, membuatkan Pojie menangis sebab tak tahan lawak, gusi pun tak sempat kering sehingga Pojie dengan suka hati memberikan 4 ½ bintang untuk persembahan itu, dan kini tibalah pula teater Muzikal Gitar Lapok dan Suspen.
Teater Muzikal Gitar Lapok ini dijemput oleh adinda Pojie yang masih menuntut di UNISEL Shah Alam. Terima kasih dik. Teater ini akan berlangsung pada 15 April 2010 di Dewan Utama UNISEL Shah Alam pada pukul 8 malam. Harga tiket adalah RM10 (jika anda beli awal). Jika kawan² berminat untuk menyaksikan persembahan dari pelajar akhir Media Massa UNISEL ini, anda digalakkan berpakaian 70'an bagi mengikut tema teater ini. Dimaklumkan bahawa mereka akan memberikan hadiah kepada penonton yang glamour yang berpakaian 70'an yang paling cantik. Erm, baju apa lah yang Pojie nak cari nanti ek?
Teater kedua adalah teater Suspen yang akan dipentaskan di Taman Budaya pada 24 dan 25 April nanti pada pukul 8.30 malam. Tiket berharga RM10. InsyAllah Pojie akan menyaksikan pada 25hb memandangkan pada 24hb Pojie ada jemputan untuk menyaksikan persembahan makyung di ASWARA nanti. Tidak sabar ingin membawa teman dari jauh untuk menyaksikan persembahan² yang telah dirancangkan ini...
Love,

wah giler teater rupenyer ko ni
ReplyDeletebila leh merasa gi tgk teater nih..
ReplyDeletewah aktif tgk teater...sokonglah anak wayang tempatan
ReplyDeletepojie nak ikut tengok suspen? pls
ReplyDeletepojie..nk ikut tgk suspen jgkkk...;p
ReplyDelete