||| Tercari² |||

Monday, April 26, 2010

Pojie demam...



Maaf yer teman². Pojie demam dah masuk 2 hari dah nih. Kerja² berlambak². Kene datang juga kerja walaupun keadaan badan yang lemah. Malas nak amik MC, keje bukan kenal erti cuti. Jadi maafkan Pojie buat beberapa hari ini, Pojie akan kurang berblogging dan main FB. Sebab fikiran celaru dan suhu badan yang tidak menentu membataskan kreativiti Pojie. InsyAllah andai ada kekuatan, Pojie akan cuba buat beberapa autopost entri agar kawan² tidak melupkan PoJiePooH ini. Doakan Pojie cepat sembuh seperti sediakala ok. Rindu nak buat blog walking ke blog kawan².

Jaga diri tau!

Love,

Sunday, April 25, 2010

Bila diva Malaysia menyanyi lagu Jepun!

Maaf teman, Pojie tiada idea, tiada mood mungkin untuk beberapa hari. Ada sedikit masalah peribadi dan famili. When it comes to this kind of problem, I just need to be alone with people who really² know me. Just wish me luck. Doakan kekuatan Pojie untuk meneruskan kehidupan ini tanpa menyusahkan sesiapa lagi. Atau mungkin perlu Pojie pergi jauh selepas ini. Sakit hati ini bila menyakitkan hati insan yang kita sayang, tapi Pojie tidak berdaya, di luar kemampuan Pojie.

Tidak perlulah Pojie kongsikan di sini. Cuma untuk melayan hati nan duka di sambil berkongsi cerita, Pojie sukakan lagu Koibito Yo dan Chitose Bashi nyanyian 2 orang diva Malaysia; Siti Nurhaliza dan Ziana Zain. Walaupun Pojie mungkin tidak mengetahui maksud disetiap bait² lirik lagu, tetapi Pojie amat menggemari alunan muziknya. Cukup membuatkan Pojie khayal seketika dalam kedukaan ini...





Best kan! Maaf untuk Koibitoyo audio dia sedikit hampeh. Tapi boleh la layan versi asal di YouTube. Kalau ada di antara teman² yang mengerti bahasa Jepun, sila² lah berkongsi sama Pojie dan teman² yang lain akan maksud lagu² ini yer. Salam hujung minggu penuh rindu dari Pojie buat semua...

Love,

Saturday, April 24, 2010

PROJECT ALPHA AUDITIONS - Vote Pojie tau!



Hah, kawan² tak percaya? Percayalah!!! Pojie join nih demi kawan² tau! Pojie nak kawan² berbangga kerana mengenali PojiePooh nih. The one and only PojiePooh in the world. Cewah! Kalau kawan² vote Pojie dan insyAllah dengan izin Allah dan doa kawan², Pojie berjaya, Pojie akan mention setiap 1 URL kawan² semua. My promise nih tau!

video

Sila sokong Pojie dengan klik "Like" dan memberikan komen bernas kalian di sini [KLIK]. Maaflah yer kalau kualiti tidak memuaskan. Pakai cameraphone cabuk jer uols. Tak mampu nak beli digicam hatta webcam sekali pun. Huhuhu. Idea gila ini datang secara tiba² masa Pojie dah habis kerja dan menanti waktu untuk pulang sahaja. Sila gelak. Wakakaka! Pojie segan sebenarnya nak amik² video nih, tetapi datang pulak idea gila secara tiba², sampai 10 kali take, dan itulah yang terhasil. Sila ajak kawan² lain vote sama ok. Sayang korang!

TERIMA KASIH!

Love,

Friday, April 23, 2010

Buat yang bertanya...

Oklah kawan.. Selamat pagi semua..

Entri kali ini Pojie dedikasikan khas buat seorang 2 insan bernama Zuhanif dan Damia. Actually sebarang pertanyaan Pojie lebih gemar jika anda emel kepada Pojie, atau nak jawapan lebih pantas dan efisien, boleh add YM atau FB Pojie dan bertanyakan soalan. Pojie pasti akan menjawab dengan sepantas kilat (kalau Pojie online la waktu tuh). Pojie kurang memberikan respon melalui komen box, sebab kurang praktikal untuk membalas² soalan dan jawapan di situ. Pada Pojie komen box berperanan memberikan idea serta komen. Pojie tetap mengambil beat akans egala komen² yang diterima serta responsif pada tempatnya. Kat chatbox pun untuk meninggalkan jejak dan pesanan ringkas boleh la, lebih² Pojie tak terbaca. Huhu..



Buat Zuhanif, terima kasih atas pujian kamu. Perlu dimaklumkan di sini bahawa bukan blog PoJiePooH saja yang comel, tetapi empunya blog juga seorang yang comel. Huhu. Dan buat Zuhanif dan kawan² yang lain, Pojie sarankan sila letak link kalian di akhir setiap komen kalau tidak mendaftar untuk memberikan komen sekalipun. Sebab apa? Senang Pojie nak trace semula insan² yang memberikan komen. Kalau kes Zuhanif ni, tak dapat la Pojie nak trace unless kalau dia melawat lagi blog Pojie dan membaca entri ini lalu meninggalkan jejak kasihnya di sini. Hehehe.

Buat Zuhanif dan Damia, tidak salah untuk Pojie memberi tunjuk ajar. Walaupun Pojie bukanlah seorang blogger yang mantap seperti Melz dan Darkbatman (sekadar menyebut beberapa nama), tetapi pada Pojie untuk menjadi seorang blogger yang bagus, perlulah ada kesungguhan, kegigihan dan kerajinan. Yalah, perlulah bersungguh² dalam mengupdate blog selalu, kalau tidak readers lari dik. Perlu gigih join gathering sana sini, berkenalan dengan blogger² mantap yang lain. Perlu rajin dalam membuat blogwalking. Kalau nak blogjogging cam BlogJog boleh juga. Ok, sudah faham?

Dan pesanan yang penting, silalah meninggalkan jejak di setiap blog² yang kalian singgah. Kalian juga perlu meletakkan chatbox di blog anda. Jadi senang orang nak tinggalkan jejak mereka. Dari situ kamu juga dapat kenal teman² baru. Diingatkan juga andai kalian ingin mendapatkan pendapatan pasif, mana la tau ada rezeki sikit² buat duit poket, silalah daftarkan blog anda di Nuffnang. Itulah petua² yang Pojie gunakan. Simple jer. Kalau nak petua yang lebih hebat, boleh refer pada blogger² yang hebat yer. Senarai nama mereka ada di sini [KLIK].

Selamat berjaya!

Love,

Thursday, April 22, 2010

'BOH' 1Ummph 1Smile 1Malaysia

Kawan² sekalian,

Pojie memerlukan bantuan kawan² (jika anda benar² kawan Pojie) untuk mengundi Pojie dalam peraduan 'BOH' 1Ummph 1Smile 1Malaysia yang sedang berlangsung di facebook ni.



Apa yang perlu kawan² lakukan ialah dengan menggunakan Facebook masing² dan search applikasi 'BOH' 1Ummph 1Smile 1Malaysia. Kalian juga boleh terus cari di sini. Lepas itu kalau kawan² rasa nak join silalah, tapi lepas itu jangan lupa pergi dekat galeri dia dan cari nama Mohd Fauzi Abdullah dan vote yer! Pojie tak boleh vote sendiri, mana aci kann!



Jangan lupa vote tau!
Terima kasih...

P/S: Pojie kalau contest guna pic Pojie confident, kalau video Pojie seram sikit. Haha, maybe sebab tak videogenic kot. Huhuhu..

Love,

HELP Me!!!



Umtuk pengetahuan teman² semua, Pojie dengan selamba badaknya telah menerima tawaran dari 2 buah organisasi, menyahut cabaran mereka untuk menjadi webmaster blog mereka. 1 organisasi sudah mempunya website dan tugas Pojie cuma perlu update dan membuat beberapa pengubahsuaian yang kecil untuk memantapkan lagi website mereka. Manakala 1 lagi nih masih lagi 0. Ini bermakna Pojie perlu start dari set up a website dan seterusnya meng"update" website ini.

Walaupun bayaran yang Pojie terima agak kecil tetapi Pojie tak kisah. Pojie ingin mendapatkan wang saku tambahan setiap bulan. Lagipun Pojie ingin menambah ilmu dalam bidang web designing. Tetapi, oleh sebab ia perlu dilaksanakan menggunakan Wordpress, jadi sekarang Pojie terasa janggal gila. Tak tau macam mana nak memasukkan page dan segala²nya la! Anyone can help me? Suggestion tutorial for me??!

Please HELP me!!!

Love,

Mo'men NOW OPEN!



Amacam? Anda gembira? Teruja dengan berita ini? Bagi yang pernah baca entri Mo'men di blog Pojie sebelum ini pasti riang kerana akhirnya anda juga dapat merasakan kesedapan makanan dari restoran makanan segera yang terbaru dari Egypt! Baru buka 2 hari lepas. Pojie dan Zull tidak melepaskan peluang untuk dinner di sana sambil merasai menu² yang terdapat di Mo'men yang beroperasi di Seksyen 7, Shah Alam, lebih² lagi apabila kami mendapat beberapa keping voucher dari pihak pengurusan Mo'men. Terima kasih!



Ada banyak lagi ni. Kalau kawan² ingin merasai kehangatan Chicken Fajitas, Chicken Ala Greque, Premium Seafood, Big Cheese Burger dan macam² lagi dengan potongan harga 10%, boleh la dapatkan dari Pojie. Kalau makan ni berbaloi² kenyang sepanjang hari. Kami pun hujung² dah tak larat nak makan sebab kenyang sangat, hujung² take away buat breakfast pagi tadi. Huhuhu..



Zull baru 1st time rasa sudah terpegun dengan kesedapan sandwich² yang dihidangkan. Lepas ini gigih la dia ajak kawan² UPM dia mai singgah makan kat Mo'men nih instead of PakLi. Kira lepas nih Mo'men jadi tumpuan la pulak memandangkan siap ada TV dan skrin besar untuk kaki bola menonton perlawanan bola, siap akan diadakan wifi lagi dan ia dibuka dari 10am hingga 3am.



Menarik bukan. Lepas ini siapa student² UiTM, Unisel, PTPL yang stay kat Shah Alam tuh pasti serang Mo'men memandangkan harganya, masyAllah murah ok. Berbaloi gila² lah. Tak percaya cubalah pergi. 1 sandwich ala-carte pun tak sampai RM10 tau. Kira kalau RM10++ tuh siap boleh dapat combo lagi. Tempat lain mampu? Tak mampu dek.. Apa² pun Mo'men memang best. Dengan keadaan restoran yang cantik dan luas, pastinya akan menjadi tumpuan ramai. Kalau bloggers pasni nak buat gathering, jom buat kat Mo'men, tempat dia luas gila untuk berkuntau tau!



Adios!

Love,

Wednesday, April 21, 2010

Sesentap Tinggi!

Jika Pn Rozita berbangga menjadi pengasas dan model untuk Sendayu Tinggi, Kak Senduk dengan Sesenduk Tinggi, Pojie pun selepas ni rasanya mau membuat produk kecantikan untuk diri sendiri - SESENTAP TINGGI. Untuk apa? Untuk melicinkan kulit yang semakin berkedut akibat kesentapan yang kuat.


Muka tengah sentap.

Motip sentap? Sebab Pojie tak puas ati la kat beberapa blogger masa kat Gatsby Street Fair punya event tuh. Pojie sentap sangat² yer sebab time² lunch Pojie ajak la insan² comel pujaan hati ni untuk lunch sama². Nan ado reply nyer. Pojie semakin dilupakan dulu, kini dan mungkin selama²nya. Bayangkanlah, uols lunch dengan 2 orang kawan jer sebab kawan² lain yang havoc cam melupakan uols, bagi mesej tak dibalas, harammm! Tup² uols dapat berita, depa bersuka ria lunch sama² susun meja panjang² kat Times Square tuh, siap tengok wayang dan main bowling lagik. Bukan itu saja, siap ada interview uols. Pojie yang paling artis nih tidak dijemput sama memang sentap, xpuas ati sangat². Ada ker patut???

Sudah!!!

Itu 1 hal, hal yang lain pulak punya beriya Pojie pose sana sini mengalahkan artis, flash tak berhenti² depan mata boleh dalam blog masing² nan ado wajah gebu ini. Ok tipu sikit, adalah dalam 2 3 blog member, tp sedey uols! I tot I sudah cukup glamour, idok juge yer! Macam haram! Bukan itu saja, malah abang² TV9 kerek sungguh sama Pojie, langsung tidak bagi peluang untuk Pojie pose² depan camera. Oh, mentang²lah Pojie tidak setinggi dan sekekar 2 orang bloggerwan mantap tuh, sebelah mata pun depa tak pandang. Sampai hati! Dan paling Pojie sentap tatkala wajah Pojie tidak terpapar dalam mana² newspaper. Kenapa tak cukp besor ker PojiePooh nih? Sentap tau!



**larekk!!!

Love,

My friends now ON BOARD!

1st all all Pojie mahu mengucapkan tahniah buat teman² Pojie yang sedang mula menjinak² kan diri dalam bidang penulsain blog. Jika sebelum ini kita ada Awie dan Rinie telah mula bertatih, kini muncul pula Zen, teman sebilik Pojie masa di kolej dulu, yang berperwatakan gila² seperti Kak Senduk.



Kawan² silalah berikan sokongan dan bimbingan buat teman² kita yang baru dalam dunia blogging ini. Buat mereka semua, Pojie ucapkan selamat berjaya. Sila amalkan petua dan tips yang telah Pojie kongsikan bersama. Jangan hangat² tahi ayam saja yer. Nanti Pojie mintak password kasi delete blog terus sebab dan bersawang kan? Lalalala...

Love,

Gelombang Merah di GATSBY Street Fair!

Salam buat teman,

Macam biasalah kalau ada apa² event, orang lain dah berpuluh entri pasal event tuh, Pojie masih terhegeh². Kalau ada anugerah blogger paling lampi, Pojie antara calon²nya. Calon jer, pemenangnya orang lain, saper tatau! **matilerr tak mau kalah! Dan masih lagi dengan kehangatan Gatsby Street Fair yang telah berlangsung dengan jayanya pada hari Sabtu lepas, kini Pojie update sedikit untuk santapan anda. MatJoe sila take note ya! Tak menyabor! Huhu. Tapi sikit jer tau sebab cerita dia sama, versi jer berbeza. Kalau nak baca banyak², korang bacalah kat blog² depa nanti yer :)




Pojie pergi sana bersama Aizoul. Gigih pecut 160km/j dari Subang Jaya ke Times Square lalu Smart segala mengalahkan Alex Yong. Yelah, kata kene datang sebelum pukul 10am untuk pendaftaran. Kat Subang Jaya pulak jam tak hengat, maka terpaksa pinjam watak Jue Aziz dalam Impak Maksima kejap. **oooopss! Sampai² dalam pukul 9.45am, kaunter pendaftaran nan ado! Biasalah. Kalau dulu² orang cakap "janji Melayu", nowadays no more, "janji Malaysia". Yelah, sama jer mana² bangsa kat mana² pun dah lambat. Tapi tak mengapalah, pengurusan Nuffnang tetap boleh dibanggakan. Kelewatan sikit boleh dimaafkan. **ayat cover seh! yela uols, lom masuk lagi RM50, kang ditarik balik how??!


Pojie sampai sana sambil mata meliar mencar geng² purple. Ada la 2 3 kerat. Nampak la CikHel, KakLily, KakTash, KakInaKL, Fateha dan Hairi. Bro Eyriqzz sekeluarga warna pink, apa kes? Hujung² purple dan pink nyer ado, sebab kene tukar baju sponsor dari Gatsby. Warna merah uols. Sure Redmummy sama Rizz terkinja² kegirangan kerana warna mereka diangkat tinggi. Wah gittew!



Lihatlah barisan blogger² tegar tetap pose walau dimana juga. Boleh tak kiranya Pojie melabelkan blogger umpama pelacur. Yelah, camwhore tuh bukan pelacur camera ker? Betula la kan! **matilaa direct translation! Tapi kat sana memang meriah, memang havoc, memang meletop dan panas! Iyer, uols puas cuci² mata kat sana sebab ramai yang hot², termasuk la dD sebab dia pakai hotpants. Confident uols! Apa² pun pandai penganjur bagi goodies bag siap ada kipas lagi. I loooiikkkee! Kira kipas ini akan ku pakai sewaktu menunggu tren dan bas yang lampi, bagi menghilangkan kepanasan di hati. Wakakaka!



Pelbagai aktiviti dan permainan yang diadakan. Pojie tak melepaskan peluang bermain segala macam jenis permainan yang ada. Sebut jer semua Pojie dah try kecuali yang ini!


Dam ular dan tangga!

Berkurun nak tunggu El punya geng abes main. Point nyer hetu² jugak kan! Tapi permainan yang Pojie sakit jiwa dan surrender adalah ini!


Wall climbing!

Hello, bukan sebab Pojie lemah, berat atau bontot sekebang ok! Tetapi sebab tak mencabar langung. Macam mana nak memegang dan memijak "batu²" plastik itu. Kalau wall dengan batu betul² sure sepantas kilat Pojie dah sampai ke atas macam dD n Aizoul.**perasan! Tapi permainan yang Pojie rasa best sangat adalah...


Twister box!

Sebab apa? Sebab rasanya Pojielah peserta yang dapat mengumpul kesemua red cube yang ada dalam itu dengan pelbagai gaya dan rupa. Cuma sayang tak sempat pakai wig macam dD supaya membolehkan rambut selembut sutera Pojie ini melayang dengan anggunnya. Cewah! Dan yang pasti, Pojielah peserta yang paling cantik beraksi dalam kotak ini!



Kao mampoo??!
**matilaaa gila dah mai.

Selain itu, ada pelbagai lagi permainan yang menarik tertarik. Macam² ada! Semua Pojie main, semua balun asalkan dapat point!


Gladiator.


Crazy Bull's Ride!


Lontar Melontar!


Golf.


Bowling buah kelapak.

Dan macam² lagilah. Kemeriahan tidak dapat digambarkan dengan kata². Happening sangat². Sesiapa yang tak pergi haritu memang tersangatlah rugi. Selain hadiah cabutan bertuah dia yang meletop, walaupun Pojie tidak cukup bertuah hari tu, tetapi dengan setiap point yang Pojie kumpul dari setiap permainan membolehkan Pojie redeem barangan Gatsby sebanyak ini!


Pojie tau korang mesti lebih banyak dari ini kan. Boleh buat stokis Gatsby kat umah lepas ni. Betul tak dD? **matilaa caruts!

Walaupun ada sedikit kecederaan yang Pojie dan dD alami, tetapi ia tetap tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan permainan dan dapat banyak barangan Gatsby. dD n Aidi juga yang bertuah sebab menang cabutan bertuah.*Jeles seh! Oh, kini ku tahu apa nama sebenarmu dD. Hahaha! Apa² pun, Pojie rasa teruja sangat² sebab jumpa member² blogger samada yang dah pernah jumpa mahupun yang belum pernah jumpa. Glad to meet you Eyka, Innz, Ellis, Faizul, Dex dan Sendra. Terharu sangat² ramai yang mengenali Pojie dan menegur, terima kasih banyak². Ada juga yang tak perasan Pojie, oleh sebab pin Pooh Pojie dah patah, maka untuk menunjukkan identiti PojiePooh, inilah penyelesaiannya!



Handiplast Pooh!


Ko nampak tak Pooh kat pipiku ini wahai Eyka? LOL!

Maaf yer Darkbatman, identitimu hilang selepas pakai baju Gatsby itu, tetapi identiti PojiePooh tetap ada dengan adanya handiplast comel itu. Maaf tiada handiplast Batman di Watson. Wakaka, bapak busuk ati. Ampunnn bro melerts!!!


dD, siap kau!

Macam yang Pojie katakan, bloggerkan camwhore, so pasti setiap saat dan detik tidak akan terlepas untuk mengambil gambar bersama andai sudah ketemu.


3 bujang dan 3 dara (oops, dara lagi ker KakLily n KakIna?)

Ini pula Uncle Syaf. Baru balik dari dating terhegeh² nak join main game. Lalala..


Ini pula Afif. Baru kenal kat McD masa tengah lunch. Sangat gigih datang dari Branang ok. Huhu..

Buat teman² yang tidak sempat berpelacuran camera bersama² Pojie, maaf sangat², photographer jemputan demam haritu uols, tak dapat nak snappy banyak². Tiada camera sendiri, tak sampai hati mau sangkak kawan² selalu, lalala..

Maaf buat Bro Jamar, Fhad, Yob, Mel, Aus, Bean, Aleen, Emy dan Eny, Pojie hanya sempat borak sikit n say hai² jer dengan korang. Daydeck pun sama. Apabila gathering terlalu ramai, Pojie jadi blur dan kelam kabut sekejap. Mulalah tak perasan orang sana sini. Sori sangat². Tapi Fatt memang aku tak boleh maafkan sebab tak tegur Pojie pun. Pojie pun bukannya pernah tengok muka dia! Huh! Kak Suzy pulak Pojie tak perasan! How come? Redfinger dan isteri, dah kali ke 2 berjumpa pun masih tak bertegur sapa. Segan ek? Bro Jai banyak gak redeem Gatsby ek.

Tapi korang tau tak, walaupun tidak digalakkan membawa anak² kecil ke program ini, tetapi Pojie selambanya membawa baby Pojie, PradaPooh.



Syyhhh...

Nyesal pulak bawa dia especially ada 1 game tuh Pojie terjatuh tergolek terhempap dia. Nasib baik tak penyek anak aku. Lepas jer event, Pojie bawa dia makan. Dia kepenatan dan kelaparan...



Maafkan papa sayang...

Apa² pun walaupun keletihan, tetapi keriangan jelas terasa sehingga ke hari ini. Malam tuh sampai Ahad Pojie lepak abes.



Lepak kepenatan la sundel bukan pose!

Tahniah buat Nuffnang dan Gatsby kerana menganjurkan event seperti ini. Gatsby Street Fair sangat hebat..



Cayalah!!!

Love,

Tuesday, April 20, 2010

Lady Gaga versi GAGAH Sherry Vine!

Maaf yer kawan², connection agak lampi kebelakangan ini. Jadi usaha Pojie untuk update entri berkenaan dengan Gatsby itu agak terbantut sikit. Tapi tak mengapa. Demi kawan² tercinta, Pojie akan post hari esok, insyAllah. Bagi mengubat kegalauan di hati sementara mau tunggu entri panas dari Pojie, silalah layan videoclip parody Lady Gaga versi GAGAH dari mak hayam besar, Sherry Vine! Sangat kreatif ok!



Selamat berhibur!!!





Love,