||| Tercari² |||

Saturday, March 27, 2010

Baby Pooh, I want you!!!


Rinduku tidak tertahan lagi selepas mendapat info dan tunjuk ajar dari Kak Tash kesayanganku.. Apa yang pasti, tidak mahu menyalahi undang², tetap bertanya kepada yang pakar, alhamdulillah tiada masalah untuk mengambil anak angkat buat jejaka bujang kacak bergaya seperti Pojie ini (cewahh!).




Buat sementara waktu ni, Pojie masih menunggu hari dan waktu yang bakal tiba, untuk dipertemukan sama anak Pojie kelak oleh Kak Tash. Bagi mengubat kesengsaraan untuk menemuinya, Pojie akan tatap wajahnya setiap kali Pojie membuat kerja di ofis ini. Semoga suatu hari nanti dia kelak jadi peneman setia Pojie bukan saja di rumah, malahan juga di ofis dan di mana² juga Pojie pergi..



Baby Pooh! I want you!!!

Love,

Friday, March 26, 2010

Terima Kasih Nuffnang, Terima Kasih ChurpChurp!

Alahai kecoh la lu mamat.. Lu orang ingat lu orang jer akan pergi ke Gatsby Deodorant Street Fair dengan jemputan khas dair Nuffnang? Gua pun ada la, cuma gua malas nak kecoh². Tapi since semua nak kecoh², gua pun tumpang kecoh la sekaki, nah tengok buktinya! Terima kasih Nuffnang atas jemputan anda..



Ohoo, tidak dilupakan ucapan terima kasih tidak terhingga dari gua buat ChurpChurp! Sebab for the very 1st time since gua join Twitter dan ChurpChurp untuk menambah duit poket berlubang gua nih, gua sudah dapat 1 task dari ChurpChurp untuk Guessjeans. Harap² approve la yer. Pojie tengok Kak Farenova pun dah approve n publish dah ChurpChurp dia melalui Twitter. Berapa dapat ek kak? Share sket!



Rezeki gua MASYUK!!!

Love,

Thursday, March 25, 2010

Mo'men Food Testing

Ini adalah entri berbayar. Apa ingat Pojie buat entri nih free² ker untuk promosi, bayar la wei! Masuk toi² (toilet) pun kene bayar tau, apatah lagi masuk blog PoJiePooH! Hehehe, kidding! Actually, entri ini adalah entri promosi sikit² pasal restoran makanan segera baru, yang akan di buka di Seksyen 7, Shah Alam. Restoran dari Egypt ini dinamakan MO'MEN. Nama pun dah ala² mukmin kan, for sure ia merupakan makanan halal dari negara timur tengah tuh. Ia akan memulakan operasi pada bulan depan, April.



Sekarang restoran ini di bawah kendalian World Dynamic Venture Sdn Bhd sedang dalam proses mencari pekerja (macam kat bawah tuh) selain akan menjalankan food testing sebelum grand launcheon pada bulan hadapan. Sesiapa yang mencari kerja dan ingin merasa makanan baru resepi dari negara Arab, silalah sebar² kan yer.. Hehe..



Oleh hal yang demikian, Pojie diberikan amanah untuk melantik seramai 10 orang blogger yang berminat dan berkelayakan untuk menjalani proses food testing ini yang akan dijalankan pada 31 Mac dan 1 April kelak. Maka Pojie mengambil peluang ini untuk mengajak kawan² yang berminat untuk makan free di samping membuat review tentang makanan Mo'men ini. Hehe. Apa yang perlu anda buat adalah dengan menghantar emel kepada Pojie di pojiepooh@gmail.com, 1 atau 2 permalink address (address khusus) anda yang pernah buat review tentang makanan dan restoran. Senang bukan? Usah khuatir, maklumat anda adalah rahsia. Jadi, sila hantar segala maklumat seperti format di bawah;

SUBJEK: Mo'men Food Testing

1. Nama:
2. URL blog:
3. Permalink review makanan:
4. Emel:
5. No telefon:

Tarikh tutup adalah pada 28 Mac 2010 (12 tgh malam). Pojie akan memberikan nama mereka yang terpilih kepada pihak pengurusan. Anda akan dihubungi melalui emel atau telefon selewat²nya pada 30 Mac 2010. Adios!!!

Maklumat tambahan;
Adie Waridi


Love,

Wednesday, March 24, 2010

Away to Terengganu... Horey!!!

Hola readers,

Pojie will be away from tonight till Sunday and will be back on next Monday. I'm going for a vacation (cum research) trip to Terengganu. Gonna miss me? Just leave your comment and say "I Miss You" in my chatbox ok, hehehe (bluekkk ;p). Nak pusing² 1 KT, pekena sotong goreng tepung dan keropok lekor, anyone wanna join me? Haha!

Kalau ada entri yang keluar esok lusa, percayalah bahawa ia entri dari Pojie, cuma sudah di set untuk autopublish. Maaflah yer, kat sana sure Pojie tiada masa untuk online dan yang pasti, tiada wifi mahupun line broadband! Huhu.. Okla, got to go now, wish my safety, you guys jaga diri tau!



Mmuuaahhh!!!

Love,

GengBlogger Meragam Lagi, OzBloggers Penyelesaiannya!



Huh, sakit jiwa bila GengBlogger sekali lagi digodam (mengikut khabar dari angin). Kenapalah tak sudah² orang mahu khianat kerja mulia orang lain. Dan bukan itu saja, malah menyusahkan blogger² yang lain. Harap pihak admin dapat menyelesaikan masalah dengan segera. Pojie pun dah 'remove' kan GB banner untuk avoid 'popup' yang bukan²..



Buat sementara waktu nih Pojie galakkan kawan² gunakan OzBloggers untuk ping blog kawan². Ia merupakan website dari Australia. Ramai blogger Malaysia dah join sini. Apa² pun, teruskan berkarya dan usaha kalian dalam menyalurkan maklumat, berkongsi rasa dan informasi kepada dunia.

Salam buat dunia!!!

Love,

Tuesday, March 23, 2010

Lagu Untuk Ferris - BUAIAN RINDU


Tiupan angin begitu kencang
Laju buaian aku digoyang
Perasaan ku kini tak tenang
Menentang rindu kian mendatang

Laju-laju dibuai buaian
Sayang ku kini teramat sayang
Cintaku kini teramat cinta
Padanya yang ucapkan cinta

Oh, sayangku
Lekas pulang lekas dekati aku
Jangan biar aku menghitung waktu
Sepi ini menyakitkan aku

Oh kasihkku
Lekas datang lekas dalam hidupku
Jangan biar aku menunggu waktu
Sepi ini menyakitkan aku

Aku hanyalah insan yang lemah
Kepada Tuhan aku berserah...

Lagu Buaian Rindu ini merupakan sebuah lagu nyanyian dari pendatang baru dalam industri seni suara; Arrora Salwa, anak kelahiran Kota Tinggi, Johor. Lagu dan lirik dicipta oleh seorang komposer muda kelahiran Kuching, Sarawak; Aesar Mustafa, yang bakatnyer digilap melalui realiti TV seperti Malaysian Idol dan Gangstarz. Lagu ini dicipta khas buat seorang ibu bernama Elis Mokhtar yang begitu cekal memperjuangkan hak penjagaan anak beliau, Ferris, yang telah diculik oleh bekas suaminya setahun yang lalu. Bercerita tentang kisah Ferris dan kasih ibunya. Ia juga sebagai sokongan buat Elis untuk terus berjuang, agar Ferris kembali ke pangkuannya.

video

"Sesungguhnya kasih ibu itu tiada tersebut dengan lidah, tiada tergambar dengan kata².. Kasihnya kekal hingga ke akhir hayat, abadi hingga ke akhirat..."

Love,

Kisah Ferris dan Kasihnya Ibu, Elis Mokhtar...



Comel kan anak kecil ini. Namanya Ferris, berusia 7 tahun. Ibunya Elis Mokhtar, 35, dan bapanya Frank Theodorus van de Ven @ Firdaus, 40, kelahiran Belanda. Siapa sangka, anak kecil yang petah dan riang ini menjadi mangsa perebutan hak penjagaan di antara ibu dan ayahnya. Keadaan lebih memilukan Ferris, terutama ibunya, apabila dia telah diculik oleh bapanya sendiri dan di bawa lari ke Belanda.

Anak kesayangannya itu dipercayai telah ‘dilarikan’ suaminya, Firdaus@Frank Theodorus Van de Ven, seorang warga Belanda, ke Belgium berdasarkan rekod Jabatan Imigresen yang menunjukkan dia meninggalkan Malaysia ke negara berkenaan melalui Rantau Panjang, Kelantan pada 5 Mac lalu. Bagaimanapun, Elis bingung bagaimana Ferris dapat mengikut bapanya sedangkan dokumen penting seperti pasport, MyKid serta surat beranak masih berada dalam tangannya.

Dalam sebuah akhbar, Elis pernah berkata, "Apabila Ferris berumur dua tahun, dia sudah petah bertutur dalam bahasa Belanda dan Inggeris. Memandangkan hanya dia seorang anak saya, dia sangat manja dan pandai menghiburkan. Mertua mula tertarik kepadanya dan itu jugalah permulaan pada masalah yang saya hadapi sekarang".

Menurut bekas pensyarah Falsafah Seni ini, ibu mertuanya sangat menyayangi cucunya itu tetapi berasa sakit hati apabila Ferris bijak mengucapkan kalimah-kalimah suci. Bukan itu sahaja, malahan Elis turut terkilan apabila Ferris sering diracuni dengan ajaran Islam sehinggakan anak beliau sering dijamu dengan hidangan daging babi dan makanan yang bercampur arak jika mereka berkunjung ke mertuanya. Beliau mendakwa, pernah cuba berdamai dengan Frank dan meyakinkan mereka bahawa, "Ferris is a MUSLIM", tapi tidak berhasil.



Kerinduannya kepada Ferris tidak pernah terubat. Setiap malam, tidur Elis bertemankan baju terakhir yang dipakai anaknya. Rayuan demi rayuan untuk bertemu anaknya tidak pernah dilayan oleh Frank. Sebaliknya Frank memberitahu Ferris kini bahagia tinggal bersamanya dan tidak mahu lagi pulang ke Malaysia untuk bertemu ibunya.

Selepas apa yang terjadi dan terpisah dengan si anak selama sembilan bulan, Elis tidak patah semangat. "Walaupun hidup saya tak semewah dulu, saya takkan berhenti berusaha untuk dapatkan Ferris dan menyelamatkan akidahnya. Saya tahu dia sangat rindukan saya dan mahu kembali ke sini" rintih Elis.



Dan demi menuntut keadilan, Elis memerlukan dana sejumlah RM100,000 untuk melantik seorang peguam di Belgium (negara asal bekas suaminya) untuk mencabar keputusan hak penjagaa Ferris. Untuk mendapatkan dana tersebut, beliau berusaha menjual beberapa hasil lukisan beliau melalui beberapa pameran malah akan akan menghasilkan sebuah novel yang berkisar tentang keperitan kehidupannya mengahwini lelaki warga asing sehinggalah saat anaknya dilarikan bekas suaminya, yang kini sudah siap 80%.

Penderitaan beliau telah mendapat perhatian seorang komposer muda berbakat; Aesar Mustafa. Beliau telah menghasilkan sebuah lagu dedikasi khas buat Ferris dan Elis iaitu Lagu untuk Ferris - Buaian Rindu. Lagu nyanyian seorang pendatang baru bernama Arrora Salwa, telah dilancarkan dan boleh ditempah melalui Persatuan Alumni UiTM (
03-5542 0091). Harga adalah RM15 (CD) dan RM16 (CD + poster Ferris), boleh diperolehi di Pejabat PAUiTM, beralamat 11B, Jln Nelayan 19/A, seksyen 19, 40300 Shah Alam, Selangor. Setiap pembelian CD ini sebahagiannya akan disumbangkan kepada ibu malang ini dalam usaha beliau untuk mendapatkan semula anaknya yang tercinta, Ferris.



Sumber:
  1. http://www.facebook.com/home.php?#!/photo.php?pid=3356858&id=842319462&ref=nf
  2. http://www.facebook.com/photo.php?pid=3356858&id=842319462&ref=nf#!/photo.php?pid=723051&id=1634900002
  3. http://ferriswithlove.blogspot.com/
  4. http://elisdanferris.wordpress.com/
  5. Facebook: BRING BACK FERRIS TO MALAYSIA



Perasaan ku kini tak tenang,
Menentang rindu kian mendatang..

Love,

Sunday, March 21, 2010

2nd Putrajaya International Hot Air Ballon Fiesta 2010


http://www.myballoonfiesta.com/
Eiii, bencinya. Kenapalah Pojie terlewat mengetahui tentang acara ini? Setiap tahun akan diadakan acara belon udara panas nih di Putrajaya. Seorang teman baru bagitahu semalam. Kawan² cakap meriah, macam tahun lepas dengan penyertaan dari beberapa buah negara. Best tuh. Macam² acara diadakan. Pelbagai rupa belon panas di udara. Berbagai-bagai ragam umat yang boleh disaksikan. Hari nih last kan? 

Tapi apakan daya, demi menyahut seruan ibunda tercinta dan menghadap duli paduka ayahanda sultan di daerah Johor ni. Lagipun terasa rindu di dada. Maka telah berangkat pulang la Pojie ke Muar kelmarin bersama² Vienna, dinda kesayangan hamba.  Oh, damainya kampung halamanku ini...  Petang karang baru balik ke KL, mau dating sama si Ibu Gamat, Ketua Buntal dan Obor² di lautan Matic!

Kesimpulannya, tahun ini terlepas lagi. 
Tunggu tahun depan la pulak..

P/S: Teringin menyambut hari ulangtahun atas belon udara panas dan star cruise. Bila la dapat ek?

Love,

Saturday, March 20, 2010

Alah Emak Kahwinkan Aku!


Rumah tepi sawah
Kena pula langsir biru
Emak jangan marah
Esok lusa dapat menantu

Alah emak kahwinkan aku
Alah emak kahwinkan aku

Jeng... Jeng... Jeng!!!


MOTIP!!!

Amboi kalau dengar bonda permaisuri ni mahu saja beliau melompat keriangan sambil menaburkan Pojie dengan gambar² calon yang ada dalam senarainya. Tidak cukup dengan itu, akan dijemput segala gadis² desa sampai ke ceruk alam bertandang ke rumah, dengan harapan anak bujang dia cepat² membuat pilihan calon isteri, bagi menantu, bagi cucu kat dia cepat². Hahaha!!! Alahai la omak den, kalau la den nih kayo, den dah lamo dah pikat Timah anak Pak Seman Ngokngek hujung kampung tuh ajak kahwin. Tapi apakan daya, dia terlalu materialistik. Tak padan mekap sepudal, bibir meah menyala, demand mengalahkan Erra Fazira, huh!

Sabar la yer mak, belum rezeki mak nak dapat menantu. Huhu. Tunggulah Along dapat banglo sebijik, abis bayar kete, dah anto mak abah gi Mekah menunaikan haji, adik² dah selamat masuk U dengan perbelanjaan yang mencukupi, barulah Along leh fikir nak cari bini. Kasi semua dah stabil dan hidup senang, barulah senang hati nih nak mengulit² anak dara orang 24/7. Ooops! Tapi kan, jeles la tau tengok kawan² bersanding atas pelamin - tersenyum² malu, fotoshot cantik² - pose sana sini dengan baju pengantin, terima hadiah banyak², dapat duit² sumbang beribu². Tapi kan, Pojie tak suka aktiviti sebelum dan selepas bersanding tuh, hahah! Pening kepala!

Oklah, lupakan saja Pojie yang tengah meroyan nih. Tetapi tumpukan perhatian anda pada 2 orang wanita di bawah ini. Mereka akan melangsungkan perkahwinan pada hari ini dan esok. Ei, bestnyer kahwin!!! Apa² pun tahniah buat Eazy dan Dee. InsyAllah akan ku berpoco² di hadapan kalian, since aku tak tau nak bersilat pengantin. Hahaha! Apa² pun tahniah buat kalian! Semoga bahagia hingga ke akhir hayat, cepat² dikurniakan anak cucu...

Eazy, 20 Mac 2010, Umbai (Melaka)

Dee, 21 Mac 2010, Batu Pahat (Johor)

Selamat Pengantin Baru

P/S: Boleh tak Pojie buat majlis bersanding olok², tanpa kahwin? Lepas tuh amik anak angkat jer. Tak pun anak hamster. Huhuhu..

Love,

Friday, March 19, 2010

Hutang Dibayar Malaikat Jibril



Tersebutlah bahawa suatu ketika Rasulullah SAW melihat jenazah. Sebelum bergegas melakukan solat jenazah, Rasulullah Saw bertanya kepada para sahabat:
“Apakah dia punya tanggungan hutang?”.
“Ya, sebanyak empat dirham,” jawab sahabat.
“Kalian saja yang mensolatkan. Saya tidak akan mensolatkan seseorang yang mati membawa hutang empat dirham,” perintah Rasulullah Saw kepada para sahabat.

Tak selang beberapa lama, Malaikat Jibril mendatangi Rasulullah SAW.
“Muhammad, Allah SWT menyampaikan salam kepadamu dan berfirman, 'Aku telah
mengutus Jibril dengan wujud manusia dan membayarkan hutangnya'. Jadi, solatilah jenazah itu, orang ini telah diampuni. Dan, barangsiapa yang mensolatinya maka dia akan diampuni”.

Nabi akhirnya bertanya kepada Malaikat Jibril: ”Dari mana dia mendapatkan kekeramatan ini?”.

"Karena keistikamahannya membaca surat al-Ikhlash seratus kali setiap hari. Surat itu menjelaskan sifat-sifat Allah dan pujian kepada-Nya. Barangsiapa membacanya satu kali saja selama hidupnya, maka dia tidak mati kecuali telah melihat tempatnya di surga. Apa lagi jika dibaca berkali-kali setiap shalat lima waktu dia dan kerabatnya yang ahli neraka akan mendapatkan syafaat di Hari Kiamat”.

Love,

Thursday, March 18, 2010

I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair

Ahaa.. Jika blogger lain sudah siap entri khas pasal Projek 400 mereka. Tak sudah² soksek² pasal Gatsby Deodorant Street Fair. Berhajat pula untuk menyertai acara terbesar blogger ini, untuk medapatkan insentif RM50. Malah tidak ketinggalan, Kak Tash boleh berbangga dengan respon yang diterima dari Nuffnang, heyyy, Pojie tak heran la! Pojie pun ada dapat jemputan tau. Hello.. Siapa tak kenal blogger paling comel yang tak meletop nih??! So, Mr. Nuffnang, I'm coming!!! Tapi bagi yang tak tahu, kalian tahu ker apa yang sedang kami bersiap nih? Ahaa.. Ini dia!



Alkisahnya, Gatsby Deodorant kelak melangsungkan ‘Street Fair’ besar²an pada di ruang legar ground floor Berjaya Timesquare, pada 17 April 2010 (6 hari selepas birthday Pojie ya kawan²). Ia akan berlangsung dari pukul 10 pagi hinggalah 5 petang. Aktivitinya kawan² usahlah dicakap, banyak tau! Antaranya seperti membaling getah dan bergusti sumo. Itu sebahagiannya saja, lom lain² lagi. Kalau nak tahu, meh la kita beramai² datang ke sana. Mana tau ada antara kalain yang nak tengok Pojie bersumo nanti, hahah!

Kalau ada aktiviti² meriah seumpama itu, pastinya ada hadiah bukan? Hadiahnya hebat² belaka malah setiap penyertaan kawan² akan layak menyertai cabutan bertuah. Mana tau rezeki anda semua untuk memenangi komputer ker, handphone ker, gadget² ker dan juga baucar tunai yang berjumlah lebih dari RM 15,000. Aiyooo, banyak tuh! Nak join Pojie tak? Kalau nak jom la!

Tak tahu macam mana nak ke sana? Alahai, pergi jer naik cab cakap nak pergi Timesquare. Kalau cab mahal, sebagai alternatif kalian boleh naik Monorail dan turun kat Stesen Imbi. Murah pun murah. Senang bukan? Tak payah pening² kepala. Kalau mau drive sendiri, boleh la lihat peta macam kat bawah nih. Peta ihsan dari Berjaya Timesquare. Hehehe..



Apa² pun, bagi kalian yang mahukan informasi yang lebih lanjut, boleh juga layari www.gatsby.com.my/streetfair, nescaya anda akan lebih teruja untuk menyertainya.

Jumpa di sana!!!

Love,

Wednesday, March 17, 2010

Lady Gaga Menggila Bersama Beyonce Dalam TELEPHONE!


Oklah, tengah² ketandusan idea untuk update entri amanah seorang teman ini, mari Pojie share dengan kalian klip video terbaru dari Lady Gaga. Kalau semalam Amarah dari CTKD, sekarang Telephone dari LGHB (Lady Gaga dan Honey B; Beyonce). Amacam, cukup gila tak bagi anda? Sangat gila, but I still like it! So, enjoy!!!




Love,

Tuesday, March 16, 2010

Amarah CTKD (klip video MELETOP)


Hoho, gumbira sungguh hati ini. Sebab apa? Sebab rasanya Pojie adalah insan pertama yang publish klip video Amarah oleh CTKD (selepas seorang teman di FB). Wahahaha, vangga²! Pojie amat suka kannya. For sure guna team Indonesia kan. Tak mengapalah, janji klip video artis kita cantik, bukan caca merba dan tangkap muat. So layan...

 

Apa komen anda?

P/S: Motif DSN diberikan watak soft dan KD agak edgy? Menantikan "Jika Kau Tak Datang", hope lagi attitude!

Love,

Meletop ker Pojie??!

Bak kata Abg eQ, saya bukan sombong, begitu jugalah dengan Pojie. Pojie tak pernah sombong walaupun ramai di antara kalian memang jenis yang sombong dan bangga diri. Dah kenal Pojie pun, berkali² add kamu ignore. Tetapi Pojie bukan seperti itu. Anda yang mengenali Pojie up-close and personal, pasti mengetahui Pojie ni macam mana. Pojie hanya akan sombong dan kekwat kepada orang² yang kekwat sama Pojie. Peduli la apa orang nak kata Pojie lepas tu. Hanya Pojie yang mengerti.


Ini adalah bilangan terkini setelah di-ignore dalam 
7 orang pada 15 Mac 2010, 3.35pm. 
Percaya tak, pernah mencecah 103 friend requests ok!

Tetapi berlainan bagi kes di atas. Orang nak berkawan tetapi Pojie ignore, buat dek jer, kekwat. Maaf yer kawan². Pojie penat la nak mencari kawan² nanti bila dah seribu lebih friends dalam friend list FB tuh. Tatkala itu bukan semuanya Pojie kenal. Ada yang kekwat, so dalam proses nak delete. Siaplah kamu! Tetapi mana yang ada add dan bagi personal mesej, cakap ini readers PoJiePooH ker, kenal masa gathering ker, nak kenal dengan lebih rapat ker, saya ni kawan kepada si Polan ker, surely Pojie akan approve. Sebab dah kenal, dah berborak, bertentang mata dan yang pasti nak add sebab memang niat nak berkawan. Make sense right?


1,078 friends. Kau giler? Kenal pun tidak!

Lagi 1, Pojie tak mau la ramai kawan dalam list, tapi semuanya tak pernah menegur. Mesej di wall pun tak pernah reply. Jumpa kat luar pun buat bodoh. Paling tak boleh blah, bila mereka nak main add²sebab nak compete sama kawan, tengok siapa lagi cool sebab ramai kawan dalam FB. Blah la woi!!! Ko ingat ini pertandingan kira kacang dalam botol ker woi??! Ker ko ingat ini permainan lawan² pemadam ker, siapa menang dia banyak pemadam??! Sigh.

Lagi pun Pojie bukan artis, tak la popular pun, meletop apatah lagi. Hot tu ada lah (uweekkk). Jadi motif nak add Pojie? Paling pelik lagi kalau memaparkan pic Pojie yang tak berapa nak hensem tuh, berduyun yang mau add. Nak letak pic lubang hidung jela boleh tak? Yang pasti Pojie akan cuba approve mereka semua, sebab mungkin ada di antara mereka yang memang ikhlas nak berkawan sama Pojie, why not? Tapi Pojie akan bagi warning, "Thanks for the add. Keep in touch dan jangan sombong², Pojie delete nanti!". Zalim tak? Nope! Dah warning awal² ok! Pojie tak mahulah jadi sesetengah orang sampai ada 2nd account, sebab apa? Sebab 1st account dah sampai friend limit dia, 5k! Ko giler? Tatkala itu, kawan² komen dan mesej², haram ko nak reply kan. Hak tuih!!! One more thing, I won't add any of the request yang letak pic bukan². Pic lucah la, pic artis la, pic kucing la, pendek kata bukan pic wajah sendiri. Memang Pojie ignore terus, kalau takut sangat Pojie akan block. Unless Pojie kenal siapa orang itu.

P/S: Sila tinggalkan mesej anda semasa mau add jika anda benar² berniat mahu mengenali dan berkawan sama Pojie. If not, IGNORE sajalah. Malas fikir.

Love,

Bila Gomen Sibuk Nak Online!


Alahai macam mana ni kawan².. Setelah KPLI, now Pojie ingin mencuba nasib untuk apply DPLI pulak. Tapi kan since Pojie beli pin no dia kat BSN, sampai sekarang Pojie masih tak boleh nak apply. Macam mana nih? Dah la hari nih last day! 





Tak ker kamu hangen kalau terpaksa mengulang step dia atas tetapi dia boleh keluar error bodoh macam tu? Sekali dua tak mengapa, tetapi berkali². Buta sangat ker mata aku nih sampai dah tak reti nak masukkan "capctha" dengan betul? Last week dapat buat 1 page, dia kembali ke page asal, then key in balik details² tuh semua. Cam lahanat kan!!

Itulah, gomen. Serba serbi lembap! Service lembap, wajah pegawai² dan kerani cabuk cam spender lembap, la nih kunun² nak advance jugak la buat application online segala, lembap jugak aku tengok! Server dia orang tua² yang jaga ker? Tahun bila nih? Tatkala call talian dia yang "hubungi kami", umpama main basket ball, main pas² line, hujung² hang up, kannn!!! Naik hantu betul aku.

Anyone can advise me? Ada yang suruh try tengah² malam or pagi² buta. Sama jer sengal dia! Hai, lah! Bila orang cakap oang² gomen serta service cam siput, mau melenting. 

Lu pikir la sendiri!!!

Love,


Monday, March 15, 2010

Bukan Tak Sudi, Tetapi Tak Minat!



Masih berkisar kisah sombong dan kekwat. Pojie tak marah pun, cuma nak membetulkan keadaan yang sebenar. Pojie tak terkilan andai ada yang menganggap Pojie sedemikian rupa. Mungkin kerana pembawaan diri Pojie juga, maafkanlah Pojie. Ada beberapa orang komen, Pojie tak pernah nak follow blog mereka yang telah follow Pojie. Macam yang pernah blogger² lain pernah kompangkan sebelum ini, kita tak boleh paksa orang follow blog kita. Bak kata Melz, jadi follower untuk apa? Tak perlu sentap kalau orang tak follow blog kita. 

Apabila seseorang berminat untuk mengikuti perkembangan blog itu, pasti dia akan follow, jika tak berminat, maaflah yer. Bukan semua content yang dicatatkan dalam blog setiap blogger digemari oleh semua orang. Macam Pojie, ada follow beberapa blog ini, tetapi memandangkan content dia Pojie kurang berminat, apatah lagi menambah dosa mengumpat, Pojie remove dari following list Pojie. Ada juga yang Pojie follow blog seorang blogger ini, suka baca tulisan dia, tetapi isi kandungan PoJiePooH tidak berapa mantap, dia tak jadi follower Pojie, tak mengapa Pojie mengerti. Yang penting di sini, kita perlulah mengambil inisiatif untuk membuat entri kita digemari pembaca, bukan syok sendiri jer. Jadi, sekali gus mereka akan berminat untuk follow dan mengikuti perkembangan blog kita..

Peace NO War ('_')V

P/S: Terima kasih banyak² atas follower PoJiePooH yang betul² follow kisah Pojie dan komen², terharu sangat! Tapi ada juga konsep follow² tapi never nak update dengan story Pojie, what can I say...

Love,

Kisah MTeST dan Teater Bangsawan

Salam Isnin buat semua..

Apa macam hari ni? Monday Blues? Pojie hari ni tak tau nak kategorikan sebagai Monday Blues atau tidak. Sepatutnya minggu ini masuk kerja syif petang, tapi datang pagi². Sangat gigih kan. Itu bukan gigih yer adik², itu TINTONG namanya! Tak mengapalah, ada la kesempatan untuk Pojie update blog Pojie sekejap nih. Hehe..

Hujung minggu yang lalu, hari Sabtu, Pojie pergi la menghadiri ujian KPLI iaitu MTeST. Agak terlambat, tetapi penampilan harus tetap perlu dijaga (Hajat di hati nak jadi cikgu kan. Kawan² doa²kanlah Pojie yer untuk menjadi seorang pendidik). Ada sesiapa yang ambil? Apa macam? Ada yang nak nangis tak? Especially untuk soalan analitikal. Sangat kritikal. Huhu. Apa² pun all the best untuk kalian dan juga Pojie.

Muka bakal cikgu. InsyAllah..
 Cerita kedua, hari Ahad, Pojie join kanda² Pojie pergi KLSentral untuk ke ujibakat Worldstar Champion, Joruney to Hollywood. Yang pernah Deja Moss menang tuh. Kami tak mengambil bahagian pun. Pojie?!! Tak kuasalah, zaman² gila nak jadi artis sudah berlalu. Pojie hanya join kanda² Pojie bagi moral support kat teman² artis dia. Pojie bukan kenal pun, tak reti lah nak berkawan sama² artis nih. Kekwat tak??! Haha. Bukan kekwat, tapi Pojie segan la nak tergedik² bersalam n bergambar sana sini dengan artis. Silap² artis tuh pun rasa rimas dengan ko. Macam sorang nih, saper tak tahu!

Tengok ada budak kekwat di sana. Cantik ker? Haha!
Malas la cerita pasal ini banyak². Cuma Pojie nak mengucapkan tahniah buat seorang blogger; Iena Rihana dan team² bangsawan beliau, Melati Pujaan Tumasek, yang telah tamat semalam. Beliau memegang watak Mak Inang. Alahai kecik jer Mak Inang dia. Bunga dah besor kepala. Yang pasti part melatah itu original, bukan lakonan, kan Iena! Best cerita tuh walaupun Pojie tengok dah tak penuh panggung macam dulu². Adakah sebab cerita ini tak pernah di dengar sebelum ini? Atau tiada pelakon² popular? Atau pun sebab dikenakan bayaran RM5 yang akan disumbangkan ke badan² bangsawan? Ntah la. 

Iena Rihana; Mak Inang cinonet!
Yang pasti, tahun ini Pojie dapat rasakan kesuraman itu memandang tahun ini pengisian dia agak kurang. Bukan kurang dari segi kuantiti persembahan, tetapi dari segi cerita² dan pelakon² yang akan menghiasi Panggung Bandaraya. Lihat sajalah persembahan yang akan berlangsung sepanjang tahun ini. Pojie akan cuba dapatkan copy yang lebih jelas. Apa² pun, Pojie akan tetap meneruskan aktiviti ini.

Semarak Bangsawan 2010

Love,