||| Tercari² |||

Monday, November 30, 2009

Tertawa dan Senyumlah agar terubat Hati yang Marah...



TERTAWA
Sekali tertawa pusing kepala hilang.
Dua kali tertawa bencipun sirna.
Tiga kali tertawa persoalan lari.
Empat kali tertawa penyakit sembuh.
Lima kali tertawa jadi awet muda.
Enam kali tertawa hati penuh sukacita..

SENYUM
Sekali senyum curiga hilang.
Dua kali senyum jadi sahabat.
Tiga kali senyum hati penuh damai.
Empat kali senyum beban jadi ringan.
Lima kali senyum rezeki datang.
Enam kali senyum keluarga rukun.

HATI
Hati yang gembira adalah obat yang manjur.
Hati yang keras menemui jalan buntu.
Hati yang lembut mendatangkan sahabat.
Hati yang Haloba menciptakan perangkap.
Hati yang bersih menjauhkan masalah.
Hati yang licik mendatangkan musuh.

MARAH
Sekali marah Sukacita hilang.
Dua kali marah Akal sehat terbang.
Tiga kali marah Tekanan darah naik.
Empat kali marah teman-teman pergi.
Lima kali marah Jadi cepat tua.
Enam kali marah Pintu dosa terbuka.

Selamat hari ISNIN..
Mulakanlah minggumu dengan senyuman..
Semoga hari² yang mendatang adalah hebat dalam hidupmu..


Love,

Sunday, November 29, 2009

Akhirnya, kau MILIKKU!!!



Setelah sekian lama Pojie memendam rasa, jiwa dan raga, akhirnya Pojie telah menyambar 1 barang impian Pojie, yang pernah tercatat dalam wishlist. Yesss, Pojie xmalu mengatakan yang Pojie beli kasut Paul Smith nih dari Uptown Kota Damansara dengan harga RM65, yang penting apa yang diimpikan telah tercapai dengan jayanya. Wahhh, ramai yang mencemik muka nampak! Alah, Pojie sedar diri tak mampu nak bgeli yang original, mahal. So, ini sajalah yang termampu setelah berbulan² target nak beli. Dulu tengok kat Downtown Cheras harganya RM85, kat Uptown Kota Damansara lebih murah, so rembat jelah!!! Itu pun tutup sebelah mata. Hahaha!

Usah diikutkan kata², "Alah membeli, menang memakai". Kalau dah tak reti jaga harta, beli mahal original macam mana pun cepat rosak. Yang penting kene la pandai jaga dan bergaya, barulah yang murah tetap dipandang hebat! Kan Pojie pernah mengeluarkan kenyataan, "It's not what you wear, but how you wear it". Cewah! Hehehe..



Akhirnya, kau MILIKKU!!!

Love,

Saturday, November 28, 2009

Qurban: Kelebihan & Hikmahnya



Hadis:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu" Riwayat at- Tirmidzi

Huraian:
i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

ii)Antara hikmah korban adalah:
a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.
b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.
c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:
a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."

Hadis:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu" Riwayat at- Tirmidzi

Huraian:
i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

ii)Antara hikmah korban adalah:
a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.
b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.
c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:
a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."



Sumber: Tripple M.

Love,

Friday, November 27, 2009

||| Salam Aidiladha |||

Salam,

Buat seluruh umat Islam di Malaysia dan serata dunia, Pojie ingin mengucapkan...



Selamat menjalani ibadah korban..
Selamat menjalani ibadah haji..
Semoga apa pun yang kita laksanakan demi Allah, akan menerima ganjaran di Akhirat kelak..
InsyaAllah..

P/S: Pojie tak balik kampung. 1st time beraya kat KL kali nih. Huhuhu..

Love,

Thursday, November 26, 2009

Wednesday, November 25, 2009

The Twilight Saga; NEW MOON



Tak sabar rasanya nak tunggu filem nih yang akan keluar panggung pada hari esok.. Erm, mesti best kan!!! Hope budak tuh dah belikan tiket untuk Pojie.

P/S: Seandainya anda ditakdirkan bercinta dengan bukan manusia, antara vampire dan warewolf, mana satu anda akan pilih???


Love,

Tuesday, November 24, 2009

Hujung Minggu yang Happening VS Tak Happening!!!

Salam..

Kalau kawan² perasan, agak lama juga Pojie tak update aktiviti Pojie dalam PoJiePooH nih kan! Kenapa ek?!! Ntah, bagi yang mengikuti perkembangan Pojie, anda pasti tahu kenapa. Lagipun malas la nak update blog nih dengan cerita² murahan, keluar makan sana sini, beli baju baru la, almari baru la. Kalau mula² maybe yela kot sebab masih tercari² idea dan identiti, now no more. Kalau update pun motip la Pojie nak update sampai 2 3 part. Cukup la Pojie update sikit² jer kehidupan Pojie bukan untuk tatapan umum. Cewahh! No offence eh!!!

Wahhh kenapa ada plak hujung minggu happening dan tak happening nih??! Bukan apa kawan², yang happening nyer bila Pojie dapat meluangkan masa melepaskan rindu pada teman² yang dah lama tak bersua muka bertentang mata, menghabiskan masa bersama² mereka dengan karaoke, bowling dan main hujan. Happening sangat! Kawan² leh baca entri dari teman² Pojie ni; Kak Heze [KLIK], Rizz [KLIK] dan Jai [KLIK]. Yang tak happening nyer bila dah main² hujan, dah berusia nih (senstitif perkataan T*A ok!) mula la kene hujan rintik² pun dah kene demam selsema. Aduhai sabor jela. So hari Sabtu dapat berjimba², hari Ahad terlentang dalam umah jer sampai la hari Isnin.




Hari Isnin kebetulan pulak memang Pojie apply AL, bukan sajer² tapi untuk memenuhi permintaan teman baru Pojie, Davina yang mengadakan Charity Outing. Sayangnya Pojie tak dapat nak join. Maaf yer Davi. Next time maybe. Jadi, melepak jela kat umah tuh sorang², masak sorang², makan sorang², tengok TV sorang², basuh baju sorang². Sedih kan!

Hari nih, datang opis dengan hidung yang "tersumbat" dan suara itik serati nih menyambut panggilan dari tetamu² di luar sana. Ya Allah, sungguh aku tak suka keadaan ini. Kerjaya ibarat penyanyi ini, yang memerlukan lontaran suara dan vokal yang mantap agak terganggu hari ini dengan keadaan sebegini. Tisu dekat sekotak abes, minyak angin pinjam dengan kakak meja sebelah dah dekat sebotol abes Pojie sental² kat batang hidung nih, tak jalan² jugak. Alamatnya malam nih terpaksa gak telan pil selsema dan tumbang sepanjang malam. Hohoho..



Wish me get well soon!

P/S: Menantikan pic² dari budak² nih. Cepat sket oii!!

Love,

Monday, November 23, 2009

||| Happy Birthday AMIR RAYYAN |||



Buat seorang teman,
Buat seorang sahabat,
Buat seorang insan yang bernama...
AMIR RAYYAN..
Ku ucapkan..
SELAMAT HARI LAHIR
Buatmu...



Love,

Friday, November 20, 2009

Sharing is Caring...


Salam kawan²..

Segmen Sharing is Caring kembali lagi.. Maaf Pojie tiada tazkirah yang berguna di hari Jumaat ini. Malah entri kali ini adalah entri fresh (sebab kali ini bukan autpost entri, kantoi!). Kepala agak pusing sekarang ini, banyak perkara yang bermain dalam fikiran. So tiada idea nak update blog, maka buatlah blog walking dan dapat la beberapa informasi yang Pojie rasakan berguna untuk dikongsi bersama.. Sharing is caring, bak kata Melz, kan²!

1) Tips Blogging Comment Reveal by Melz
2) Pakej seorang Blogger
3) Tips mengurangkan tekanan

Love,

Thursday, November 19, 2009

H A T I



Nah, ambil la benda ni.
Apa ni?
Ini adalah hati. Hati aku.
Hati kau? Hmm.. kenapa kau sudi kasi kat aku?
Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku.
Kau lebih dari seorang kawan.
Terima kasih.... ianya bererti. Aku terlalu
menghargainya.


Oh ye ke... tapi maaf.
Untuk apa?
Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya.

Cuma sebahagian saja..

Maksud kau?
Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga.
Dan aku tak pernah beri kesemuanya. Aku
takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri.
Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga
dengan sebaik-baiknya. Ianya bukan seperti
barangan lain seperti duit, permata dan
sebagainya. Hati ini penuh mistik, ada
keajaiban yang tersendiri.

Mistik? Kelakar bunyinya...
Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya.
Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau.
Rentak perasaan orang yang aku beri. Jika dia
betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar.
Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan
malap. Mungkin akan terus mati untuknya. Ianya
b
ukan satu benda yang percuma. Hati ini diberi hanya
kepada insan yang terpilih sahaja. Insan yang istimewa.
Dan kau adalah salah seorang daripada mereka, kerana
naluri aku terlalu percayakan kau.

Aku insan terpilih?
Ya, kau yang terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar
mengikut perasaan orang yang diberikan. Ianya
terlalu sensitif. Tapi ianya cukup kebal dan kental
pada musuh aku. "Musuh", mungkin terlalu kejam untuk
aku memperkatakan perihal mereka ini. Ianya tak
berubah-berubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi
pada orang yang istimewa.

Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada orang
yang tidak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya
pinjamkan sekejap. Ada yang pulangkan dengan penuh
kelukaan. Ada yang sudi berikan sebahagiaan hatinya
pula sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu, setiap hati
manusia ada nilai yang tersendiri. Setiapnya terlalu
mistik!

Cuma satu saja yang kau tak mengerti. Sekali hati itu
terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Ada
kalanya, mengambil masa yang lama untuk itu.
Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin
pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika...
sehingga hatinya pulih seperti sediakala.
Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ianya
lahir atas satu kepercayaan. Dari situ, wujudlah kasih
sayang. Jika hilang rasa percaya itu, maka sukarlah untuk
hati itu kembali indah.


-anynomous-


P/S: Happy 39th (month) Anniversary Kaseh...


Love,

Wednesday, November 18, 2009

Jawapan Quiz Melz 6 Uji Hati



Ini adalah entri khas buat seorang blogger yang Pojie salut bernama Melz. sempena menjawab soalan cepumas dari beliau [KLIK]. Ok Melz, mau dengar jawapan ikhlas dari insan bergelar Pojie? Nah amik nih!!!

1. Blog Melz Best kerana banyak ilmu-ilmu dan infromasi yang berguna untuk menjadi seorang blogger.

2. Blog Melz Tak Best Kerana kadang-kadang entri tuan blog terlalu emosi sehingga menakutkan pembaca-pembaca.

Amacam??! Ok x?? Macam mana nak tentukan pemenang nih?? Xmenang lagi Pojie nak majuk la macam nih. Hehehe..

Love,

DYESEBEL; kisah duyung² HOT!!!

Arini mood agak noty and horny. Jangan marah naa.. Hujan kat luaq mencurah² arini. Dalam opis plak buka aircond fullblast. Hohoho.. So, arini Pojie mau intro kat kawan² semua 1 series baru dari Filipina yang sedang hangat ditayangkan di Astro Prima 105 setiap hari jam 2pm dan ulangan pada pukul 12am. Cerita dongeng kisah seekor duyung yang cantik rupawan bernama...



DYESEBEL [KLIK].. Bukan "dia sebel" ("dia marah" dalam bahasa Indon) yer kawan². Dia tinggal di dalam laut di dalam kerajaan duyung². Dia jatuh cinta dengan seorang manusia bernama Fredo. Maka bermulalah konflik apabila dia sering menhadapai masalah dengan ratu kerajaan duyung yang melarang duyung² naik ke permukaan air apatah lagi berhubung dengan manusia yang dianggap kejam.

Walaupun jalan citer dia agak klise dengan props dan aksesori duyung yang very der over dan di Malaysia, part dada duyung² di blur² kan, tapi itu xmemusnahkan semangat Pojie untuk menonton citer nih setiap hari, never miss. Xsempat tengok petang, Pojie gigih tunggu sampai tengah malam. Sebab apa? Bukan sebab Dyesebel sahaja, malahan sebab duyung² dan manusia² dalam kisah nih TERSANGATLAH HOT sehingga bisa merembeskan hormon tostesteron dan adrenalin ke tahap maksimum sehingga hampir orgasme. Hahah!



Itulah barisan duyung² dan manusia² dalam Dyesebel. Hot kan!! Cair x?? Kebanyakan mereka adalah model² kat Filipina tuh, what do you espect? Mestilah mengiurkan bukan!!! Hahaha.. Giler noty Pojie arini.. Hahaha.. Biasalah uols, sekali sekala kann!! Sebab tuh kalau nak jumpa Pojie nih bahaya sikit, make sure anda tidak hot atau Pojie kelak kepanasan. Hahaha!!! Meh layan pose dari hero dan heroin dia!!!



Fredo & Dyesebel

Love,

Tak Perlu...

Tak perlu ucapkan janji andai tidak bisa ditepati...
Tak perlu berkata cinta andai tidak dapat dikasihi...
Tak perlu mengaku sahabat andai tiada rasa di hati...



Love,

Tuesday, November 17, 2009

Makeover... Wow!!!

Salam teman²..

Maaf la yer beberapa hari nih Pojie diserang penyakit B. Bukan BABI tetapi BLANK. Honestly, setelah apa yang Pojie update pad entri² yang lalu, di mana kebanyakkan entri berbentuk ilmiah serta informasi yang berguna (cewah², angkat bakul sudah), perah² otak sampai xde idea lagi nak story apa dalam blog nih. Tapi jangan risau, Pojie gagahkan usaha jalan blog teman² blogger yang lain², cari maklumat dan apa² info di talian maya dengan bantuan Auntie Yahoo dan Pakcik Google, so arini maybe Pojie nak citer pasal sorang makcik yang menjadi inspirasi buat Pojie sampai sekarang. Beliau adalah Susan Boyle!



Kalau dulu Pojie tayang wajah beliau masa last entri yang Pojie cakap dia makcik yang amazing [KLIK], masih ramai yang xkenal. Dah lama² beliau menjadi 1 fenomena, seluruh dunia membuka mata melihat kehabatan beliau dalam melontarkan suaranya yang lunak merdu. Kalau dulu wajahnya menjadi bahan jenaka rakyat merata, tetapi sekarang lihatlah dunia, Susan Boyle yang baru, yang telah disuntik elemen kecantikan atau nama lainnya, MAKEOVER!!! Lihatlah penampilan yang lebih bergaya serta wajah yang lebih anggun dari beliau...







Menakjubkan bukann!!! Yela, bila manusia ada nama, mula dikenali ramai, maka berpusu²lah sponsor yang datang. Ibarat lombong emas. Diharapkan beliau ini emas yang tidak akan hilang sinar cahayanya...

P/S: Erm, dah tau pose untuk kelihatan lebih muda dan menawan. Huhuhu..

Love,


Friday, November 13, 2009

Panduan Bagaimana Untuk Solat Kembali



Salam,

Sebagai seorang yang bkerjaya, anak muda yang gemar berfoya², kadangkala membuatkan Pojie terlupa kepada Sang Pencipta yg Esa. Pojie masih jahil dalam setiap perkara. Pojie akui, walaupun mendapat pendidikan agama yang mencukupi semenjak kecil, Pojie tidak terlepas dari melakukan dosa² termasuklah dosa kerana melupakan rukun Islam yang ke-2 nih. Pengaruh kepada kejahilan adalah lebih banyak dari kebaikan membuatkan Pojie malu dengan diri sendiri lebih² lagi kepada Allah. Solat merupakan tiang agama, runtuh solat, runtuhlah agama. Pojie tau semua tuh. Kadangkala tertinggal 1 2 waktu, kadangkala 1 hari xsolat. Astagfirullahalazim..

Oleh itu, Pojie perlu muhasabah diri ini atas segala perkara yang berlaku pada diri ini mungkin balasan ke atas setiap dosa² Pojie pada-Nya. Oleh itu, Pojie nak berkongsi panduan buat teman² di luar sana agar kita sama² membangunkan solat. Peringatan juga buat diri sendiri, insyAllah.. Inilah dia panduan untuk kembali bersolat;

1. Sematkan azam, bulatkan tekad
Sebaik sahaja tersedar dari lamunan (sedar rupanya dah lama tinggal solat), cuba fikir sedalam mungkin tentang apa yang anda lakukan, apa yang tak sepatutnya anda lakukan, dan apa yang sepatutnya anda lakukan. Dari situ, tanam keazaman yang kukuh bahawa anda ingin mengerjakan solat, dan tidak akan meninggalkannya sampai bila-bila. Kerana itulah tujuan anda hidup di atas muka bumi ini sebenarnya.

2. Cari masa dan tempat yang sesuai, sunyi, jauh dari dugaan
Kemudian tetapkan masa di mana anda akan mula menjalani kehidupan sebagai seorang yang mengerjakan solat. Lebih cepat lebih baik. Ingatlah, berdosa besar bagi orang yang melengah-lengahkan solat. Sebaiknya, cari tempat yang sunyi dan jauh dari dugaan. Jauhi rakan-rakan yang tidak solat atau suka mengejek, sekurang-kurangnya untuk waktu itu sahaja. Masjid juga adalah tempat yang baik.

3. Solat sekali dahulu, baru ada kali kedua
Walau sekuat mana pun azam, sebulat mana pun tekad, sebaik mana pun masa dan tempat, tanpa solat yang pertama, takkan jadi solat yang kedua dan seterusnya. Oleh itu, mulakan sahaja tanpa berlengah. Bak kata iklan NIKE - Just do it!

4. Buat nota peringatan dan galakan
Kalau ada masa dan semangat yang berkobar-kobar, tuliskan kata-kata peringatan dan galakan di atas sehelai kertas (besar atau kecil). Kemudian yang besar tampal di dinding, manakala yang kecil diletakkan dalam wallet atau poket baju.Tips ini mungkin kurang sesuai jika anda tinggal bersama rakan-rakan yang tidak mengerjakan solat. Dibimbangi ada yang kata anda nak tunjuk bagus.

5. Fahami maksud setiap bacaan dalam solat
Jika anda kurang bersetuju dengan point ini, saya nasihatkan supaya cuba dahulu. Anda pasti akan merasai kelainannya. Bukan faham satu-satu ayat, tetapi satu-satu perkataan. Di situ akan bermula keindahan solat, di mana anda akan rasa seolah-olah khusyuk itu mula hadir dalam diri semasa mengerjakan solat.

6. Baca perlahan-lahan mengikut tertib
Sewaktu solat, baca perlahan-lahan untuk meningkatkan rasa manis, indah dan seronok.

7. Tingkatkan imaginasi
Sewaktu menghayati maksud, tingkatkan imaginasi anda. Bayangkankeindahan bertemu Allah yang menjemput kita untuk sujud kepada-Nya.

8. Doa mohon kekuatan dan sokongan
Panjatkan doa kepada Allah s.w.t dengan memohon kekuatan dan sokongan untuk berubah menjadi hamba-Nya yang taat. Hendaklah diamalkan sejurus selepas setiap kali solat.

9. Tumpu perhatian pada hari-hari yang dilalui
Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui denganmengerjakan solat. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengerjakan solat.

10. Dapatkan adrenaline sewaktu mendengar azan
Adrenaline boleh digunakan sebagai pembantu dengan memberi suatu kejutan semangat yang berkobar-kobar untuk terus pergi menunaikan solat tanpa berlengah-lengah. Jika anda dapat menanam adrenaline ini sehingga menjadi tabiat, anda pasti akan meninggalkan segala kerja yang anda lakukan, apabila terdengar sahaja azan berkumandang. Best tak?

11. Berfikir secara positif
Fikirkan diri anda sebagai seorang yang mengerjakan solat sebaik sahaja anda memulakannya dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian. Sekiranya ada rakan anda yang mengajak anda ke mana-mana sebelum sempat anda menunaikan solat, katakanlah saya belum bersolat, tunggu sebentar atau pergi dahulu. Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk mengerjakan solat.

12. Dapatkan sokongan mental dan rohani
Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang anda telah mula mengerjakan solat dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka. Mintalah rakan-rakan anda yang tidak mengerjakan solat supaya menghormati keputusan anda.

13. Lawan kemalasan dalaman dan godaan syaitan
Dari semasa ke semasa anda akan merasai suatu kemalasan, kebosanan, dan sebagainya, yang mana semua itu sebenarnya hanyalah godaan syaitan dan kemalasan diri sendiri.
Oleh itu lawanlah sehabis-habis mungkin. Ingatlah anda lawan ni pun tak lama. Lama kelamaan ibadah ini akan sebati juga dalam diri anda, dan tidak perlu dipaksa lagi.

14. Banyakkan bahan bacaan tentang solat
Kerapkan diri anda membaca kisah-kisah nikmat solat untuk membangkitkan semangat. Baca juga tentang dosa meninggalkan solat untuk membangkitkan rasa takut pada Allah s.w.t. Moga-moga dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh-Nya.

Kesimpulan
Jika topik ini dirasakan tidak berkaitan dengan anda, ingatlah: Hari ini mungkin bukan hari anda. Esok lusa tiada siapa yang tahu. Diharap dapat dijadikan panduan kita bersama. InsyAllah...

Sampaikanlah ilmu walau sepotong ayat..

**Kredit kepada blog http://bjue.blogspot.com

Love,

Thursday, November 12, 2009

Be A VICTIM??? Hell NO!!!

Lupakan kisah promosi AirAsia yang memeningkan kepala tuh. Dicuba sampai sekarang pun xdapat². Ada rezeki adalah Pojie oii. Xde rezeki, lain kali jela. Itu kes semalam. Arini plak kes tayangan 2012. Wow, fenomena Transformers 2 kini kembali. Masing² beriya² nak tengok filem yang baru release arini. Ada yang dah tengok, ada yang akan tengok, ada yang dah beli tiket, ada yang dah book tiket dan xkurang jugak yang xdapat² tiket. Nak book online pun semua dah penuh sampai hari Ahad nih. Ohhh my Dior!! Hebat penangan 2012 nih kan. So any comment???

Tapi sekarang Pojie xmau komen pasal 2012 apatah lagi Pisau Cukur yang Pojie layan semalam. Sebab feedback lebih kurang sama jer, mende yang sama, jelak pulak orang membacanya.. Sekarang, Pojie just nak share dengan kawan² tentang tips mempertahankan diri dari menjadi mangsa penjenayah.



Pojie terbuka minda nak share mende nih dengan kawan² since Pojie ada terbaca dari ZonBebas.com. Yelah kan, zaman sekarang nih baik lelaki baik perempuan semua kene berhati² setiap masa. Even dalam ofis dan rumah sendiri pun kene berhati² tau! tengok jela kes sekarang, abang rogol adik, gangguan sexual di dalam opis dan macam² lagi la.

Teringat beberapa kes teman² Pojie yang pernah mengalami saat² mencemaskan berhadapan dengan peragut, penculik dan perompak. Banyak, malas nak share kat sini. Cuma Pojie nak share beberapa tips untuk menangani masalah ini daripada berlaku. Kalau ada yang kurang, sila la tambah² yer kawan². Ini adalah melalui pemerhatian dan pembacaan Pojie;
  1. Ketika memakir kereta, seboleh²nya elakkan diri dari memakir berdekatan dengan tembok atau tiang, yang membolehkan sesiapa bersembunyi di sebaliknya.
  2. Sebelum keluar dari kereta, pastikan sekeliling selamat untuk anda keluar dan pastikan anda cepat² pergi ke tempat yang dituju.
  3. Pastikan kunci kereta sentiasa di dalam genggaman anda ketika mahu kembali ke kereta.
  4. Sila pastikan bahagian tempat duduk belakang selamat dan terus masuk ke dalam kereta dan kunci.
  5. Seandainya anda diserang, anda boleh menggunakan kunci sebagai senjata dan menekan butang penggera kereta untuk menarik perhatian orang² yang berhampiran lantas boleh menakutkan penjenayah itu (nak mnjerit pun boleh kalau rasa² leh high pitch macam Jac).
  6. Seandainya anda ditahan (walaupun polis), adalah dinasihatkan agar anda tidak menurunkan tingkap kereta sehingga habis. Turunkan setakat yang perlu untuk berkomunikasi. Usah matikan enjin kereta.
  7. Bagi seorang wanita, pemakaian kasut tumit tinggi bukan sahaja untuk menyerlahkan penampilan, malahan juga boleh dibuat senjata. Begitu juga dengan beg tangan. Terpulang kepada kebijaksanaan anda menjadikannya sebagai alat untuk mempertahankan diri.
  8. Digalakkan untuk menyimpan penyembur mata (spray perfume juga boleh) dan juga alarm yang kecil di dalam beg.
  9. Andai anda diekori, pastikan anda cepat² pergi ke kawasan orang ramai atau ke Balai Polis. Minta bantuan mereka untuk menemani anda andai perlu. Itu memang tugas mereka.
  10. Tidak kira anda lelaki, perempuan, kanak² atau orang tua, anda digalakkan mempelajari teknik² mempertahankan diri. Ia sangat senang dipelajari lebih² lagi andai anda boleh mencari titik kelemahan penyerang.
  11. Dan yang paling penting adalah; JANGAN PANIK. Jika anda panik, segala ilmu yang telah anda pelajari akan tidak berguna sama sekali.
Amacam?? Banyak x? Actually xbanyak tuh. Itu baru sikit, sebab Pojie cuba untuk mengerah otak mengingati semula tips² nih. Nanti Pojie akan share kan lagi buat teman² yer. InsyAllah, Pojie akan cuba menurunkan beberapa langkah teknik mempertahankan diri yang Pojie pernah pelajari dulu. I got black belt taekwondo, jangan memain. Cuma dah lama xjoin, berkarat sudah. Tapi Pojie akan share juga nanti. Tapi itu semua tips untuk mengelakkan serangan, tetapi kalau berlaku tuh silalah ikut tips ini [KLIK]. Pesanan Pojie..

PEKA
BERHATI-HATI
TENANG

P/S: Ingat dulu masa nak balik kolej di Kuala Terengganu, sampai sana kul 4am atau 5am, orang² xramai, teman xde, akan pastikan ada pisau lipat dalam stokin. Duit² yang Abah bagi pun simpan dalam stokin. Huhu..

Love,

Wednesday, November 11, 2009

AirAsia buat promo, Pojie PENING kepala!



Airini masuk² opis, budak² opis kecoh pasal AirAsia buat Free Fare Promo. Korang tau x?? Ajer giler klo ko nak gi Bandung (motip Bandung) just bayar RM30 jer untuk airport tax. Motip!! Xker giler sat Pojie nih. Dah ler memang tengah merancang nak gi bercuti jauh sekt kali nih. Yelah, orang duk canang bercuti sana sini, Pojie pun nak la jugak! Lagipun dah lama giler Pojie xgi bercuti jauh².

So, tanpa melengahkan masa, Pojie pun survey² la tiket ker Bandung. Kalau xke Bandung pun plan nak gi Bali ataupun Sabah/ Sarawak. Kira sepanjang arini Pojie lebih banyak menghabiskang masa duk online AirAsia berbanding blog, FB dan apatah lagi sistem kerja. Hahaha. Tapi masalahnyer, bila dah buat promo giler babi macam nih sistem AirAsia plak cam cib**. Hanjeng sangat tau. Dah cun² pilih tarikh dan flight, bila nak masukkan booking details, dia hang la, down la, xker naik hangen Pojie nih. Buat dari pagi tadi, bersambung pas lunch, masih xboleh² lagi. Aduhai, sakit jiwa la macam nih. Hujung² Pojie pening paler...

Aduhai!!!

Love,

Lagi-lagi Kisah NUFFNANG!!!



Semenjak dua menjak (a.k.a. 2 3 minggu) nih Pojie rajin sangat² buat blogwalking nih especially kalau ada orang yang singgah dan tinggalkan mesej pada shoutbox Pojie tuh memang Pojie akan singgah balik. Lebih² lagi kalau orang tuh ada cakap yang dia klik² nuff Pojie, oii dengan sepantas kilat Pojie akan membuat lawatan muhibah sambil membalas klik nuff di blog orang tuh plak! Boleh dikatakan yang Pojie sekarang dah ketagih klik natang nih tau! Macam cool! (Kan Pojie cakap, lagi² kisah nuff kan. Xsudah² Pojie borak pasal natang nih! Hahah!)

Kawan², nasihat Pojie bila Pojie klik nuff kamu tuh, sudi² la klik nuff Pojie yer. Sampai la ada sorang hamba Allah nih ajar cara nak buat statik nuff pada blog. Cool! So, nuff Pojie nih akan sentiasa terpapar di ruangan sebelah kanan PoJiePooH nih. Korang perasan x?? Xperasan alamatnya 3 Jumaat lagi yer, sila buat persiapan. Wakakaka! Nak tau macam mana nak buat statik nuff tuh?? Meh [KLIK] sini. So, pasnih senang la nuff tuh muncul depan mata korang, just klik jer tau!

Terima Kasih!!!

Love,

Tuesday, November 10, 2009

Annoyed!!!



Maaf andai entri ini akan membuatkan teman² blogger di luar sana marah pada Pojie. Pojie bukan berniat nk mengutuk apatah lagi nak membangga diri. Jauh sama sekali. Cuma Pojie rasa agak terganggu and feel annoyed sekarang nih apabila membuka beberapa blog teman² blogger Pojie. Kenapa? Sebab Pojie selalu membuat kerja sambil dengar lagi² di PC Pojie. Kadangkala melayan YouTube juga. Tetapi apabila tiba² Pojie ada dengar lagu lain Pojie terus rasa menyampah! Lagi memburukkan keadaan apabila lagu² tuh sangkut² (tengah buffering). Pojie akan sepantas kilat mencari punca lagu² yang menjengkelkan itu dari blog siapa dan akan terus close blog tuh tanpa membaca entri terbarunya sebab Pojie dah turn off. Paling sadis bila Pojie xjumpa akan Pojie close semua blog yang terpapar, puas ati aku! Xsenang nak bukak banyak² blog sementara menanti tengah loading gambar² dan entri² sebab ada gangguan macam tuh. Adakah itu sangat merugikan menulis blog itu sendiri??

1 lagi widget serata alam, penuh blog dengan widget itu ini. Naik pusing berpinar² mata nih. Ini pun menimbulkan jelak untuk Pojie komen entri yang telah diupdate. Pada pemerhatian Pojie, mostly blog² yang super meriah macam nih adalah dari bloggernita (blogger wanita). No offended ok. Just melalui pemerhatian Pojie dan blogger lain jer. Ada juga bloggerwan (blogger lelaki) yang mat jiwang akhirnya menjadi mat kacau mood Pojie nak membaca sebab ada mende² nih semua. Pada Pojie, xsalah nak letak lagu la, video clip la, widget la cuma kata orang kene agak² sket la. Usah la hias blog macam hias rumah macam nak keje kawen. Kalau letak lagu tuh usah la autoplay. Xsemua lagu yang anda minat tuh, pembaca² minat gak. Kalau depa nak dengar, tau la depa mana nak klik butang PLAY kan.

Wahhh, mesti ada yang panas ati membaca entri yang agak pedas² wasabe nih. Rileks la kawan². Bukan berniat nak mengutuk, cuma mahu berkongsi ilmu jer. Sharing is caring. Yang marah entri Pojie nih bak kata pepatah Jepun, "siapa makan sushi cicah wasabe, dia la yang terasa pedasnya".. Gittew!! Pojie tertarik sama entri di blog Aku X-PO (xtau la ekspo apa dia buat) tentang Wanna Be Awesome Blogger. Anda boleh membacanya di sini; Part 1 [KLIK] dan Part 2 [KLIK]. Thanks X-PO for sharing this information. Banyak yang telah Pojie pelajari sejak kebelakangan ini.

Renung-renungkan!

Love,

Kasihnya IBU, Cintanya AYAH...

Kawan² ingat x yang Pojie ada bgtau kat kawan² kisah ketureng? Pastu Pojie ada cakap pasal mee peng kan [KLIK]?? Nah inilah dia rupa mee peng yang Pojie cakap tuh. Nampak sedap kan? Mmg sedap lebih² lagi Puan Sri Ramlah yang masak untuk anak dia.



Aduhai.. Mak aku ni macam tau² jer anak dia tengah rindu giler kat dia [KLIK]. Tengah ngidam juga nak makan mee peng dia. Maka last week dia datang KL ngn Tan Sri Abdullah dan anak²nya Syafiq dan Wanie.. Oh, terharu sungguh. Lagi pun Mak dengan Abah mmg berniat nak datang KL sebab mau belikan Pejul laptop! Alahai, bestnyer dapat laptop baru. So, selamat duit aku nak gi belikan untuk dia.. Kikikiki..

Kami 1 big happy family nih gi la Low Yat beli laptop Pejul jenama Compaq. Oklah, harga not bad. Harap pandai lai dia jaga. Lunch² kat KFC then pas Zuhur, Mak n Abah gerak balik sama adik² Pojie. Lepas la jugak rindu dendam walaupun sekejap. Xpe, bulan depan Pojie balik untuk besday Abah nanti.. Dan yang pasti, kesedapan dan kepedasan mee peng Mak mmg terasa sampai sekarang. Sedap giler!! Kan Zull kann!!!


"Erm, mmg sedap sgt!"

Terima kasih Mak!!!
Terima kasih Abah!!!

Love,